Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

'Compulsory Service' untuk farmasi dipendekkan dari 3 tahun ke 1 tahun.?

Kalau dulu, bila dah grad kena keje ngan kerajaan selama 1 tahun (untuk lesen farmasi) + 3 tahun (malaysia’s compulsory service – tak termasuk kontrak JPA). Tapi kali ni dah tukar. Dari 1 + 3 tahun kepada 1 + 1 tahun.
Sebelom ni aku dah dengar dah ura2 pasai benda ni. tapi masa tu aku ingatkan khabar angin je. Tapi tadi dah disahkan oleh lecturer aku. Aku tak tau nak kata apa. Kebaikan atau keburukan?
(sumber video)


Tahniah Prof...

PULAU PINANG, 26 SEPTEMBER 2011: Prof. Syed Azhar Syed Sulaiman, Dekan, Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia (USM) mencatat sejarah apabila terpilih menerima Anugerah Farmasi MPS 2011.Beliau adalah tenaga akademik pertama USM yang terpilih menerima anugerah tersebut.Anugerah tersebut disampaikan oleh Dato’ Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia dalam majlis khas di Kuala Lumpur hari ini.Anugerah Farmasi MPS diwujudkan oleh Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) bagi mengiktiraf sumbangan dan ketokohan ahli farmsi di negara ini yang telah menunjukkan kecemerlangan di dalam dan luar negara. Penerima anugerah ini juga perlu terdiri daripada tenaga pakar bidang farmasi yang telah menghasilkan mutu kerja yang terbukti telah memberikan sumbangan kepada negara dan komuniti global.Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh MPS, penerima anugerah ini sekaligus turut dianggap sebagai ahli farmsi terulung di negara ini yang telah mempamerkan nilai-nilai standard dan etika profes…

wordless wednesday #WW13

Pharmacy : course paling susah?

Semenjak dua menjak ni, aku agak terpana dan terkesima apabila membaca satu quote yang disebarkan oleh kawan sejurusan (ijazah sarjana muda sains farmasi) yang mengatakan bahawa kursus yang sedang aku ambik ni (farmasi) adalah antara kursus yang paling susah mengikut Guinness book of records.


Pharmacy has been chosen as the TOUGHESTcourse among all d courses including B COM,CA,IAS,IPS n MBBS; by d Guinness Book of World Records, on 18Aug2011. It has 58 university exams+ 130 series exams + 174 assignments within 4years (max 750 workings days) All Pharmacy students please circulate this among your fellow Pharmacist & be proud to be a Pharmacist. :) Finally someone realized our pain & effort!
Well, student mana yang tak bangga bila course dia dinobatkan dalam rekod dunia. Kan?  tapi, sahihkah kenyataan ni? apa yang aku dapat bila aku search pasai benda ni adalah :

The Guinness Book of World Records does not rank toughness of courses.

Recently Facebook users have been posting statuse…

Nilai Hantaran_2

Kalau dulu aku dah post pasai kejatuhan saham dalam nilai hantaran, kali ni aku nak kongsikan satu situasi yang juga berkaitan dengan nilai hantaran, tapi dari aspek yang agak loyar buruk sikit. Papepon, layan.

BAKAL MERTUA: "Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye.. ".
BAKAL MENANTU: "Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat "
BAKAL MERTUA: "Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap."
BAKAL MENANTU: "Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar downpayment 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya…

graduation day

tahun ni abang azizan dah grad. tahun depan si anha pulak. tahun seterusnya, seriusly aku masih rasa yang aku tak akan sempat untuk grad. mungkin perlu extend lagi setahun.
Tapi, harap2 sempatlah. Dah la tadi Dr. Azmi bagi tau satu berita yang bakal mengecutkat perut2 student farmasi sekarang. Khabarnya, walaupon dah grad farmasi, tapi belom tentu lagi akan dapat kerja dengan kerajaan. 
Kata Dr. lagi, semuanya akan bergantung kepada CGPA. Seriously, perut aku tengah kecut sekarang ni. (kecut perut, bukan kempis).
Nak tak nak, kali ni memang kena strungle betol2 la. kalau aku tak bersungguh-sungguh, lambat la aku grad. kalau CGPA aku rendah, susah la aku nak dapat kerja. Kalau susah aku dapat kerja, payah la aku nak angkat Kawasaki ninja 250R.. tak salah kan kalau ada impian... hehehe



study Nota, study Dota

sedang aku asyik melayan saki baki movie yang masih lagi tersisa dalam laptop lenovo kesayangan, tiba2 masuk farhan(bukan nama sebenar) ke dalam bilik aku setelah pintu diketuknya sebanyak dua kali.
"wafi (juga bukan nama sebenar), jom study..!" ajak farhan setelah melihat wafi sedang asyik melayan movie sambil memeluk teddy bear kuning kesayangannya. entah movie apa yang ditonton, aku kurang pasti.
sejurus itu juga, aku tergamam. ah, betapa ruginya aku... enak saja aku menonton movie, melayan kehendak hati, bersenang-lenang, sedang farhan sudah bersemangat untuk study. celaka kau faiz, celaka kau faiz, celaka..!!!
lantas, wafi bersuara. "betol ke ni..?" riak wajahnya bertukar. kalau tadi asyik dengan cerita yang ditatap pada skrin laptop dell hitam, khusyuk dalam setiap babak2 movie yang disusur, kini mukanya terpancar bibit2 teruja. bersemangat.
"betol la. kita study dengan arman(pon bukan nama sebenar)... lagipon, dia yang ajak.." balas farhan bersungguh. 

buat hingar

kat penang, kalau masa korang pi pekena kat kedai nasi kandar, tiba2 terdengar sekumpulan manusia yang sedang rancak bersembang dengan suara yang agak kuat sehingga semua orang boleh dengar, itu perkara biasa.
Ianya disebut "buat hingar" (hurufr ditukar sebutan seperti hurufain). Benda ni memang sudah menjadi kebiasaan tidak mengira bangsa. Melayu, cina, india, sama saja.
Kadang2, kalau bukan kat kedai makan pon, boleh berlaku jugak. Contohnya, lepas main futsal dan sebagainya.
So, bagi mereka yang tak biasa, bila berdepan dengan perkara macam ni, tak perlu lah terasa hati. Benda normal. Kat penang ni, biasa la kalau nak sembang dengan kawan2 sambil “buat hingar”.
Tapi, kalau yang buat hingar tu perempuan, apa korang rasa?

Berdikari

Suatu hari di hari raya, seusai menyambut tamu-tamu yang bertandang dari kaum kerabat yang jauh, telah berlaku satu perbualan antara seorang ibu saudara kepada anak menakannya.
“hani, cuba kau tengok anak-anak mak su kau tu.” Soal si mak teh sambil memuncungkan bibirnya ke arah 2 anak gadis yang sedang leka menjamah kuih-muih dan biskut raya sedia terhidang di atas meja. Disebabkan kesyikan menjamah juadah raya, tidak mereka sedar ada mata yang memerhatikan.
“kenapa dengan mereka, mak teh?” hani terpinga dengan sapaan mak teh.
“Mak su kau tu tak bagi mereka bersekolah di asrama. Besar nanti, mesti mereka tak pandai berdikari.” Kata mak teh lagi.
Hani mengangguk lemah. Sememangnya kalau dibandingkan antara mak su, makteh, pak lang, dan mak kepada hani sendiri, hanya anak-anak mak su sahaja yang tidak berasrama. Tapi, dia faham benar perangai mak tehnya itu.
Dia tahu, mak teh sememangnya bangga dengan anak-anaknya. Kesemua anak-anak mak teh Berjaya ke sekolah berasrama. Malah, bukan cala…

wordless wednesday #WW12

untuk maklumat lanjut klik siniwordless wednesday yang lepas :#WW1#WW2#WW3#WW4#WW5#WW6#WW7
#WW8
#WW9
#WW10
#WW11

Kerja Gila

Kelmarin (sabtu, 10/9/2011) aku baru abes buat demo kat SMK Seri Balik Pulau, penang sempena hari ko-k sekolah tu. demo kali ni memang terbaek.. esok pagi ada persembahan demonstrasi, malam ni baru nak setting. Kerja gila.! Memang kelam kabut.
Dah la habis praktis pon dekat pukul 2 pagi, esoknya hari persembahan, tapi sempat lagi pi pekena ayam tandori kat restoran kapitan sampai kulul 3.30 pagi. Kerja gila.
Lepas tu pulak, malam tu aku tak boleh tidor. Kejap kalih kiri, kejap kalih kanan, tapi tak lena jugak, sampai la aku dengar azan subuh. Dengan tak tidur semalaman, aku buat demo yang hanya praktis sekali saja. Memang kerja gila.
Tapi Alhamdulillah, tak banyak kesilapan yang dilakukan. Kira puas hati la. lepas je demo, diorang ajak mandi sungai pulak.


Lepas penat2 berdemo, kalau dapat mandi sungai, memang la best. Cuma masa tu penat pon tak hilang lagi, peluh pon tak kering lagi, badan pon tak sejuk lagi, terus terjun sungai. Ni lagi satu kerja gila.
Bila aku terjun je, terus MIGRAIN…

Nilai Hantaran

baru2 ni aku tengok kat wall pesbuk aku tu dah ada beberapa friend aku yang post-kan maklumat ni di dinding2 fesbuk mereka : 

nilai hantaran kahwin mengikut harga purata terkini dan status pelajaran di seluruh semenanjung :-
UPSR, PMR/SRP = RM 1000 - RM 3000SPM = RM 3000 - RM 8000STPM/DIPLOMA = RM 8000 - RM 12000DEGREE = RM 12000 - RM 150002nd DEGREE/MASTER = RM 15000 - RM 20000PHD = RM 20000 - RM 30000
masalahnyabukan sorang duaje yang post. lepas sorang, sorang. orang yang postnya pulak terdiri dari kalangan yang bertaraf "anak dara" sehinggalah yang bertaraf "bapa kepada anak dara". 
semakin mahal ya nilai hantaran ni. sama naik dengan harga minyak. kalau minyak ikut gred RON 95 dan RON 97, yang ni pulak main ikut status pelajaran.
tapi, mana diorang dapat entah statistic tu. entah betol entah tidak. tapi rasanya tak perlu kot untuk aku mengupasfenomena "kemahalan nilai hantaran"yang melanda kat malaysia ni. semua orang dahsedia maklumdansedia jadi pak turu…

heavy-duty engine oil (HDEO)

Apa itu HDEO?Sejenis pelincir kerja berat(heavy duty) yg digunakan pada kenderaan komersial-diesel.....juga sesuai digunakan pada enjin motor.[1]

Dulu, masa aku baru beli moto, member aku ada bagi cadangan supaya masa nak tukar minyak itam nanti, bubuh minyak itam yang lori punya. Mula2 aku was2 gak dengan apa yang dia kata. Lepas buat sikit research, aku pon try je la.
Mula2 aku try Mobil Delvac MX kat Wave 125 x Ultimo aku tu. Tapi malangnya masa tu aku tak test habis moto aku tu. So, tak perasan sangat perbezaan. Yang aku ingat, masa nak start engine memang senang tapi enjin senang mampos kalau kat traffic light. Sangat leceh. Member aku kata mungkin masalah timing. Tapi tak pa. Nanti aku try lagi sekali.
Lepas tu aku try macam2 jenis minyak itam. Tukar2 antara yang biasa dan yang heavy-dutty. Kata orang, kalau kita try sendiri, baru puas. Mula dengan hi-rev 4T 600. Yang ni ok je. Biasa2..
Lepas tu aku try Shell Rimula R3+. Yang ni aku tersilap beli. Asalnya aku nak pakai Rimula R3X. M…

polar kematian di rumah aku

kematian pertama di rumah aku sepanjang kehidupan aku ialah kematian tok aku pada tahun 1999. masa tu aku baru darjah 3. tak banyak penglibatan aku dalam aktiviti pengurusan jenazah tok aku masa tu. apa yang aku ingat, hari kematian tu jatuh pada bulan mac, lagi seminggu nak sampai birthday aku.

dua tahun lepas tu, tahun 2001, ayah aku pulak yang pergi. waktunya jam 6 petang 25 ramadhan, pada tahun tersebut. masa tu aku darjah 5. mula kali ni, ada la sikit2 aku tolong2 dalam aktiviti pengurusan jenazah arwah.

lepas tu, masa aku form 5, tahun 2007, kakak aku yang sulong pulak mengikut jejak arwah ayah aku. walaupon kak aku meninggal kat area KL, tapi jenazah beliau dikebumikan disini (penang) disebabkan wasiat beliau yang menginginkan agar disemadikan di sebelah kubur arwah ayah.

hari tu, aku agak kelam kabut balik rumah sebab hari kejadian tu dalam minggu peperiksaan SPM aku. hari tu hari sabtu kalau tak silap aku sebab hari isnin selepas tu aku ada paper add math. Alhamdulillah, wal…

wordless wednesday #WW11

untuk maklumat lanjut klik siniwordless wednesday yang lepas :#WW1#WW2#WW3#WW4#WW5#WW6#WW7
#WW8
#WW9
#WW10

shinigami dalam LRT

bila terbaca entry sahabat upm aku ni berkenaan pengangkutan awam, tetiba aku teringat 1 peristiwa yang hampir sama yang memang tak akan aku lupa. masa tu, aku dalam perjalanan ke upm untuk menghadiri kursus pentadbiran PSSCM-IPT (Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia - Institud Pengajian Tinggi) 2011.

masa tu kami pi upm dengan kos sendiri tanpa peruntukan dari BHEPP (Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar)  USM sebab surat jemputan tak sampai ke meja BHEPP tapi sampai kat penyelia 1 PSSCMUSM (Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia USM). so, merasa la kami naik turun bas, LRT, dan komuter untuk ke upm.

masa kami baru nak naik LRT, kami masuk kat gerabak yang paling belakang. masa tu orang tak ramai dan cuaca agak mendung. memang agak gelap dalam gerabak tu. bila aku masuk je dalam tu, tiba2 meremang bulu roma aku sebab aku ternampak shinigami (malaikat maut versi jepun) ala-ala macam dalam cerita "Death Note".

ekceli, shinigami tu sebenarnya seorang foreigner yang berkuli…

penyakit yang tidak boleh diiklankan

masa bulan posa yang lalu, aku ada temankan adik aku pi klinik kesihatan butterworth untuk buat medical check-up sebab dia baru nak masuk UM.

tapi, setahu aku, UM ada pusat kesihatan sendiri. aku heran kenapa diorang tak buat check-up untuk pelajar baru kat pusat kesihatan diorang sendiri. kan senang kalau macam tu.! tak payah student2 yang baru nak masuk buat keje 2 kali.

klinik kesihatan butterworth tu under klinik kerajaan. so, secara lumrahnya, memang la segala urusan akan ambil masa yang lama. jadi, dari aku termenung sorang2 tunggu adik aku, aku pon pi la melawat2 sekitar tempat tu, termasuklah farmasi. (well, mana lagi student farmasi akan pi kalau bukan ke farmasi)

dalam sepanjang "lawatan" aku tu, mana2 "brochure" yang aku nampak, terus aku ambik. teringat pulak brochure2 kesihatan yang kami kena buat untuk assignment dulu. antara brochure yang menarik perhatian aku ialah menganai iklan perubatan.


menurut brochure tu, ada 20 jenis penyakit yang tidak boleh…