Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Tandas yang tak best

AMARAN tidak digalakkan membaca entry ni semasa sedang makan atau sedang pening kerana boleh menyebabkan rasa mual dan nak termuntah yang keterlaluan
Dulu aku pernah post satu entry berkenaan mangkuk tandas terbaik yang pernah aku guna, kali ni aku nak tunjukkan contoh mangkuk tandas yang paling tak best yang pernah aku duduk.
Kalau selalunya orang lain rate sesebuah tandas kerana kebersihan, aku pulak lebih suka rate sesebuah tandas berdasarkan jenis mangkuk tandas.
Lokasi tandas ni terletak pada latitude2°59'22.82"N dan longitude 101°43'26.28"E[1]. Malas aku nak bagitau lokasi sebenar tapi cukuplah kalau aku kata tandas ni terletak di salah sebuah university yang terkemuka di Malaysia.
Kenapa aku kata mangkuk tandas kat situ tak best? Korang tengok la sendiri “gambaran pelukis” kat bawah ni:
kalau tak paham ni gambar apa, abaikan. 
Ada ka patut design pelapik mangkuk tandas macam tu? Tak belajar ke diorang yang pressure = force / area. Kalau area kecik, pressure makin t…

Rabu Kedu #10

untuk maklumat lanjut klik siniwordless wednesday yang lepas :#WW1#WW2#WW3#WW4#WW5#WW6#WW7
#WW8
#WW9

p/s : minggu ni diorang kata nak bagi kelainan. suruh tukar "wordless wednesday" kepada "rabu kedu" (istilah BM). 

Kenangan Bersama Kad Raya

sebuah segmen dari sergeant keroro. nak joint klik gambar
dulu masa aku kecik2, ada jugak la aku saling mengePOS kad raya. mula2 masa sekolah rendah dulu dengan dua-pupu aku. (aku punya tok punya adik punya cucu). tahun2 yang berikutnya aku hantar kat kawan2 sekelas yang rapat pulak (masih lagi di bangku sekolah rendah).

bila sekolah menengah, aku dah tak hantar dah kad raya. sbb masa tu hampir semua kawan aku dah ada henfon (kecuali aku). so, diorg dok layan sms raya la.

tapi semenjak aku masuk usm, semenjak aku install adobe photoshop, bila time raya je aku buat kat raya "maya". post kat pesbuk, tag ramai2.. hehehe... kan mudah... kat bawah ni contoh2 kad raya yg aku buat :


ni kad raya Aidilfitri tahun lepas

ni pulak Aidiladha tahun lepas

tahun ni punya kad raya pon dah hampir nak siap. nanti aku post yer... heheheh



Pha is

Wave 125x ultimo

Bila belek2 keyword analytic kat pak cik nuffnang, banyak jugak aku jumpa tentang soalan2 yang berkaitan dengan moto yang sedang aku pakai sekarang ni. Antaranya
Wave ultimo 125Wave 125 xOk ke wave ultimoWave 125 x ultimo
Lantas, aku mengambil keputusan untuk buat sikit review berkenaan moto ni. At least bagi sesapa yang berhajat nak beli moto ni, boleh la pertimbangkan.
Tapi sebelom tu, aku nak ingatkan yang aku baru lagi pakai moto ni. mileage pon baru 7000++.. Dan moto ultimo ni moto pertama yang aku beli. So, tak dapat la kalau aku nak compare moto ni dengan moto2 jenis yang lain.
Aku Cuma boleh bagitau setakat yang aku tau dan setakat yang aku alami je la. lagipon, banyak lagi yang aku tak tau pasai moto ni..  kalau nak tau lebih detail, sila Tanya otai2 moto di mana2 forum2 moto yang ada. Hehehe..


1. Kelajuan
Dulu aku ada terbaca dalam 1 forum moto yang mengatakan “sapa yang nak beli moto untuk kelajuan, jangan beli ULTIMO.” Dan aku agak bersetuju dengan statement tu. So far, moto a…

wordless wednesday #WW9

untuk maklumat lanjut klik siniwordless wednesday yang lepas :#WW1#WW2#WW3#WW4#WW5#WW6#WW7
#WW8

Toyota Supra

hari : selasa
tarikh : 16 Ogos 2011masa : 17:11lokasi : jalan butterworth (simpang empat permatang sintok - teluk air tawar)jentera : Toyota Suprasituasi : snap picture masa atas motor wave ultimo..


Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 42

Terjemah Hadits :
Dari Anas r.a dia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: Allah ta’ala berfirman: “Wahai anak Adam, sesungguhnya Engkau berdoa kepada-Ku dan memohon kepada-Ku, maka akan aku ampuni engkau, Aku tidak peduli (berapa pun banyaknya dan besarnya dosamu). Wahai anak Adam seandainya dosa-dosamu (sebanyak) awan di langit kemudian engkau minta ampun kepada-Ku niscaya akan Aku ampuni engkau. Wahai anak Adam sesungguhnya jika engkau datang kepadaKu dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiku dengan tidak menyekutukan Aku sedikitpun maka akan Aku temui engkau dengan sepenuh itu pula ampunan”(Riwayat Turmuzi dan dia berkata : haditsnya hasan sahih).

nasib bakal bini aku

Perbualan kami sekeluarga masa berbuka tadi :

Mak : rasanya mak kena tolak siap2 la baby yang baru nak mai ni. sebab nanti mak sibok nak jaga tok wan.
p/s 1: a. mak aku keje jaga budak (pengasuh)b. ada orang kampong aku yang baru je lepas bersalin tapi dah “tempah” kat mak aku agar jadi pengasuh anak dia nanti.c. tok wan aku masih di hospital sebab penyakit demam kuning (jaundice).
Anim (adik aku) : tak pa la mak...dah bukan rezeki..
Mak : hmm... hangpa nanti kalau mak sakit pon macam tu la.. kena utamakan mak dari kerja.. tau..!!!
Aku : (tengok anim)
Anim : tapi mak, kami nanti keje tetap. Keje makan gaji. Bukan keje sendiri2 macam mak. Susah sikit la.. bukan boleh berenti gitu2 je...
p/s 2: a. aku student farmasi (bakal ahli farmasi)b. anim baru nak masuk UM amik kos kejururawatan (bakal jururawat)c. kinah (adik yang lagi sorang) sedang berada kat kolej kejururawatan. (memang konfom keje jururawat)d. opi (adik bongsu) tengah amik SPM tapi kami sekeluarga dok pulun suruh dia amik medic. Ba…

Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 41

Terjemahan hadits :
Dari Abu Muhammad Abdillah bin Amr bin ‘Ash r.a dia berkata : Rasulullahsaw bersabda : “Tidak beriman salah seorang diantara kalian hingga hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa”
(Hadits hasan sohih dan kami riwayatkan dari kitab Al-Hujjah dengan sanad yang sohih.)
(Hadits ini tergolong dho’if. Lihat Qowa’id Wa Fawa’id minal Arba’in An-Nawawiyah, karangan Nazim Muhammad Sulthan hal. 355, Misykatul Mashabih takhrij Syekh Al Albani, hadits no. 167, juz 1, Jami’ Al Ulum wal Hikam oleh Ibn Rajab)

wallahu a'la wa a'lam...




senarai semua hadis arbain [klik]

teka-teki 1

dah lama aku tak update.. ye la.. sekarang ni kan bulan posa. so, bulan ni memang aku rancang nak kurangkan sikit BW dan hal2 yang berkaitan dengan blog ni.. seelok2nya dalam bulan yang mulia ni kita banyakkan baca Al-quran dan perbanyakkan amalan. ye dok? hehehe..

eleh, kalau malas tu cakap je la..eh, ko ape tau..?

apa2 pon, sebagai selingan di bulan posa ni, apa kata kalau aku nak bagi 1 teka-teki. teka-teki ni ada 4 soalan tapi cuma ada satu jawapan. dalam erti kata lain, jawapan bagi semua soalan tu adalah sama. ni soalannya :



1 - kenapa pencuri kena tangkap

2- kenapa gigi sakit

3 - kenapa ubi kayu berulat

4 - kenapa perempuan mengandung

 amacam? boleh jawab?








p/s : hari ni dah 11 ramadhan, sudah brapa juzuk al-quran yang dah dibaca?


Pha is

Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 40

Terjemah hadits :
Dari Ibnu Umar r.a berkata : Rasulullah saw memegang kedua bahu saya seraya bersabda : Jadilah engkau di dunia seakan-akan orang asing atau pengembara. Ibnu Umar berkata : Jika kamu berada di petang hari jangan tunggu hingga pagi hari, dan jika kamu berada di pagi hari jangan tunggu hingga petang hari, gunakanlah kesehatanmu untuk (persiapan saat) sakitmu dan kehidupanmu untuk kematianmu(Riwayat Bukhari)

Tuhan "seru" sekalian 'alam

Bagi sesiapa yang perasan, diawal filem “hikayat merong mahawangsa”, masa sultan yang ceritakan kisah merong tu baru nak mula cerita, dia ada sebut lebih kurang macam ni : segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian a’lam.
Atau pon bagi sesiapa yang pernah baca kitab lama2, terutamanya kitab tulisan jawi lama, juga banyak disebut “Tuhan seru sekalian a’lam”. Korang tau tak apa yang dimaksudkan dengan “seru” disini?

Kalau dalam kitab jawi lama, ejaan seru tu hanya terdiri dari 3 huruf jawi iaitu sin-ro-wau. Kalau mengikut ejaan baru jawi, memang sin-ro-wau akan berbunyi seru tapi oleh kerana ejaan ni dalam bentuk ejaan jawi lama, maka sebutan yang betulnya sepatutnya ialah SARWA.
Hal ni kerana tulisan jawi lama banyak “kekurangan” huruf2 “vocal” seperti alif, wau, dan ya. So, kalau ikut tulisan jawi baru, ejaan tu sepatutnya sin-ro-wau-alif.
Dalam kem kelab santun yang aku penah ikuti sebelom ni, ada satu ceramah berkenaan “sarwa islam”. Penceramah yang menggelarkan dirinya “abu faiz” itu …

Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 39

Terjemahan hadits :
Dari Ibnu Abbas r.a : Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya Allah ta’ala memafkan umatku karena aku (disebabkan beberapa hal) : Kesalahan, lupa dan segala sesuatu yang dipaksa”(Hadits hasan diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Baihaqi dan lainnya)

wordless wednesday #WW8

untuk maklumat lanjut klik siniwordless wednesday yang lepas :#WW1#WW2#WW3#WW4#WW5#WW6#WW7

bangsa membaca, bangsa berjaya

Beberapa minggu yang lalu, masa aku on the way dari KL ke Penang, aku sempat singgah kejap kat 1 kedai buku kat stesyen bas puduraya. Kedai tu banyak jual majalah dengan novel. Setelah pusing2 kedai tu, akhirnya aku membeli sebuah novel yang bertajuk “ISABELA”.
Novel tu asalnya dalam bahasa urdu. Lepas tu diterjemahkan dalam English, tapi yang aku beli tu terjemahan ke bahasa melayu. Hehehe.. cerita pasai seorang anak ketua paderi kristian di cordova, sepanyol yang masuk islam, semasa sepanyol dibawah pemerintahan islam.
Aku ni bukannya apa, sebagai seorang rakyat yang perihatin dan bertanggung jawab, aku terpanggil untuk menyahut seruan kerajaan untuk membudayakan amalan membaca. Ala, macam yang ditayang kat iklan2 kat TV tu.. contohnya yang drebar teksi baca majalah sementara tunggu penumpang.

Sekurang2 nya, sementara nak tunggu bas bertolak, ada benda yang aku boleh baca. Tak la terbuang masa aku begitu saja. Ye dok..?
Maka, setelah aku naik bas, sementara tunggu bas bertolak, aku pon …

Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 38

Terjemah hadits :
Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah saw bersabda : Sesungguhya Allah ta’ala berfirman : Siapa yang memusuhi waliku maka Aku telah mengumumkan perang dengannya. Tidak ada taqarrubnya seorang hamba kepada-Ku yang lebih aku cintai kecuali dengan beribadah dengan apa yang telah Aku wajibkan kepadanya. Dan hambaku yang selalu mendekatkan diri kepada-Ku dengan nawafil (perkara-perkara sunnah diluar yang fardhu) maka Aku akan mencintainya dan jika Aku telah mencintainya maka Aku adalah pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangannya yang digunakannya untuk memukul dan kakinya yang digunakan untuk berjalan. Jika dia meminta kepadaku niscaya akan aku berikan dan jika dia minta perlindungan dari-Ku niscaya akan Aku lindungi.(Riwayat Bukhari.)

antara wajib dan mesti

dulu masa aku blajar silat kat sekolah, masa kami tengah praktis "buah serang", jurulatih aku ada cakap kat aku yang serangan ni special, sebab "yang elak pasti kena, yang tangkis pasti dimakan"

kata beliau lagi, buat la apa pon, serangan ni mesti kena. tak wajib kena, tapi mesti kena.

aku : ada beza ke?
jurulatih : ada... kalau wajib kena, tapi tak kena, berdosa tak?
aku : owh..


.
.
.

Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 37

Terjemah hadits :
Dari Ibnu Abbas r.a, dari Rasulullah saw sebagaimana dia riwayatkan dari Rabbnya Yang Maha Suci dan Maha Tinggi : Sesungguhnya Allah telah menetapkan kebaikan dan keburukan, kemudian menjelaskan hal tersebut : Siapa yang ingin melaksanakan kebaikan kemudian dia tidak mengamalkannya, maka dicatat disisi-Nya sebagai satu kebaikan penuh. Dan jika dia berniat melakukannya dan kemudian melaksanakannya maka Allah akan mencatatnya sebagai sepuluh kebaikan hingga tujuh ratus kali lipat bahkan hingga kelipatan yang banyak. Dan jika dia berniat melaksanakan keburukan kemudian dia tidak melaksanakannya maka baginya satu kebaikan penuh, sedangkan jika dia berniat kemudian dia melaksanakannya Allah mencatatnya sebagai satu keburukan.(Riwayat Bukhori dan Muslim dalam kedua shahihnya dengan redaksi ini).

jadi kambing

Sapa yang kat sini penah makan daun pokok asam? Sedap woo.. dia ada rasa masam2 sikit. Rangup pulak tu. Terutamanya kat pucuk dia.Dulu masa aku kecik2,dalam umur lingkungan 5-6 tahun, memag fevered aku la...
Masa tu kat belakang rumah aku, kat atas ban (jalan tanah merah di tebing tali air) ada satu anak pokok asam. Pokok tu kecik ja. Tinggi dia pon tak sampai 1 meter. Memang tak berbuah lagi. yang ada Cuma daun dan batang ja.
Tiap2 hari, kerja aku pi kat pokok tu, ambik daun pokok asam tu dan makan. Makan fresh2 kat situ jugak.Sampai lah mak dengan arwah ayah aku marah.
Lepas kena marah, aku masuk rumah. Esoknya pulak aku pi kat pokok tu dan makan lagi. memang tak makan saman betol. Hehe...
Pernah sekali, arwah ayah aku kata kat aku : “hang nak jadi kambing ka? hari2 makan daun pokok..!!!Dah la malas mandi..!!!” .
Tapi masa tu aku buat bodo je...sedap punya pasal. Dah tak heran dah. Kambing ka, lembu ka, aku sebat jugak daun pokok tu.
Sampai satu tahap, suatu hari, masa aku nak pi kat pok…