30.6.11

sombong

masa aku form 1 kat sekolah aku dulu, kami ada aktiviti "usrah" setiap mingu. naqib (fesi) aku masa tu memang sporting giler. memang kami agak rapat la dengan beliau. ada satu pesan beliau yang aku still ingat sampai sekarang iaitu :

"sekarang ni hangpa tok sah dok kalut sangat pasai awek. belajaq dulu sungguh2. bila hangpa dah masuk U nanti, belajaq rajin2 dan jangan sombong..."

sejak tu, aku macam "berpegang teguh" dengan nasihat beliau. yang pertama, belajaq elok2, yang kedua, jangan sombong. dan masa tu, aku ingat perkara yang pertama tu lebih susah. tapi, sekarang, aku rasa perkara yang kedua tu lagi susah daripada perkara pertama.

sekarang, aku cukup trauma dengan istilah sombong. semuanya disebabkan apa yang berlaku kat matrikulasi. terutamanya dari perempuan. maklumlah, time tu aku masih lagi segan dengan golongan wanita. contohnya seperti yang berlaku dalam entry ni.

mungkin time tu just miss understanding. sebab masa tu aku tak biasa dan tak selesa berinteraksi dengan mereka.  mungkin pasai tu aku disalah ertikan.

apa2 pon, aku harap perkara yang berlaku masa tu tak berulang. aku cuba sedaya upaya, supaya tak "dianggap" sombong lagi. aku betul2 trauma. dan yang pasti, tolong jangan "cop" aku sombong lagi. kalau korg nk tau sombong aku macam mana, try la...


Pha is

29.6.11

akibat approve tak tentu hala



apa? ingat pompuan je ke yang kena berhati-hati nak approve orang kat fesbuk? laki pon boleh jadi "mangsa" serangan seksual tau.! hehehe..

benda ni dah berlaku kat aku lama dah.. sejak aku masih dizaman jahiliah lagi.. masa baru mula nak menyampakkan diri di lembah fesbuk.

masa tu, bilangan frend aku kat fesbuk just beberapa orang je.. tak sampai 50 kot. dan disebabkan kejahilan aku masa tu, aku pakai "approve" ja mana2 request nk jadi frend aku kat fesbuk.

sampai lah satu hari, aku telah meng-approve-kan seorang pompuan ni. lepas tu, dia letak satu link kat wall aku. link ape ntah, aku pon tak ingat. aku pon, dengan hati yang penuh suci, bersangka baik la dengan post pompuan tu lantas klik kat link tu.

masuk2 je, rupa2nya page yang ape2 ntah. page laman sisoal yang melucahkan..

then aku dapat fb mesej dari budak tu. mesejnya mcm kat bawah ni :

A****a
Hi Pha why aren't you answering my messages? Don't you want to talk to me?
Anyhow, I just wanted to ask you some thing up front so we both dont waste our time.. I know I'm being forward but would you be open to having a friends with benefits type of relationship?
I'm bored so I created an over 18 page. click here: http://***********.com/5ra0 << You must sign in to verify u are an adult )
ok, im going to log in right now. my username is cow girl 98 see u there


MySpace

Blog Kesayanganku


yup. Aku Sayang Blog Ini... 
hahaha jangan marah... ianya sekadar segment. nak joint? jom. klik sini.

Kerana aku seperti air



Kerana aku seperti air
Aku boleh mencari jalan mudah untuk merupa diriku
Membentuk diri pada bejana yang telah sedia ada
Lalu sama seperti yang biasa
Tetapi kerana aku seperti air
Aku memilih untuk terus sebagai air
Mengalir tidak pernah berhenti
Melimpah, menyerap, menghakis, menembus
Memenuh setiap ruang yang kosong
Tanah tandus dan benih kering
Kucurahkan subur agar muncul tunas
Yang pucuknya nanti mahkota rendang
Tempat berteduh di dataran gersang
Kerana aku seperti air
Aku boleh mencari alur pendek untuk meringkaskan perjalananku
Mencari kolam kecil dan lopak yang telah sedia berlubang
Lalu bertakung tiada hasil menunggu kering masa
Tetapi kerana aku seperti air
Aku memilih untuk terus gagah mengalir
Dari pancaran anak batu di hulu belantara
Meliku, melekok, membelah dada baruh dan darat, selatan dan utara

wordless wednesday #WW4




untuk maklumat lanjut klik sini
wordless wednesday yang lepas :

28.6.11

aku yang sesat


Kisah ni berlaku masa aku kat kolej matrikulasi. Dalam kelas aku, ada seorang budak tudung labuh. Beliau ni memang terkenal la dengan kewarakannya. Sehinggakan waktu dinamika kemahiran pon, masa semua orang kena bagi “ucapan umum”, beliau bagi tazkirah.

Dan aku pulak masa tu nama je budak dari sekolah agama. Tapi perangai lebih kurang macam budak biasa ja. Tak de la alim sangat. Tak da la sampai jalan tunduk, pi kelas pakai songkok, dan sebagainya.

Suatu hari, dalam makmal kimia, saat experiment dah habis, tatkala aku nak pi simpan lab coat kat almari, beliau datang kepada aku sambil berkata  “pha is, saya nak cakap dengan awak sikit, boleh?”

Dalam hati aku masa tuh, berdebar-debar jugak. Ye la. Tak pernah aku tengok dia tegur budak laki. So, aku ingat dia nak Tanya pasai kimia la kot.

“oh, boleh. Pasai apa?” jawab aku sambil control macho.

“saya harap, awak tak marah ye. Saya tengok, awak ni, nama je dari sekolah agama, tapi langsung tak mencerminkan budak sekolah agama. Perangai awak sama je dari budak2 yang lain. Tak ada beza langsung.”

Aku : MySpace

Mula2 aku ingat aku sorang ja yang kena. Bila ku sembang dengan member2 aku yang lain, rupa-rupanya  diorang semua dah kena dah. Aku yang paling last..!!! hahahahaha

Tapi kira aku ni ok lagi la. Sebab aku dengar je. Tak kata apa2 pon. Tapi Ada member aku yang melawan balik. Dia kata : “biaq pi kat aku la. Ada aku kacau hang ka? Ada aku mengorat hang ka.?”

Moral of he story : jagalah tingkah laku anda.. kerana anda mungkin diperhatikan... MySpace

27.6.11

hikayat budak pening



Tetiba rasa nak tengok page mana yang akan keluar kalau aku search “hikayat budak pening” kat google. Hasilnya, sangat MEMENINGKAN.

Hanya 4 result je yang linkkan ke blog aku. Selebihnya, ke “search engine INDONESIA”. Memang amat2 mengelirukan aku. Antaranya link ke laman web indonesiasearchengine.com, 2iklan.com, loker2011.info, modemmurah.net, niamwebs.com, dan banyak lagi.

Semuanya dari INDON. Carian searchnya sejibik dengan nama blog aku. Siap dengan tajuk entry lagi. Tapi isinya langsung tak ada kaitan. Yang paling tak tahannya, ada yang tulih :

hikayat budak pening mungkin ini yang anda cari dan anda butuhkan tapi bila anda tidak menemukan hikayat budak pening anda bisa membaca artikel lainnya yang berhubungan dengan hikayat budak pening di halaman blog ini...”

WTH...!!!!

PENING aku... Can anyone explain this to me..?


Pha is

25.6.11

How I Meet Your Mother - 2

sebelom korang baca entry ni, bagi lebih memahami, better tengok sini dulu.

setelah US meng-halal-kan perkahwinan gay, antara artis yang yang sedang "merayakan" peng-halal-an perkahwinan ni adalah salah seorang pelakon siri How I Meet Your Mother iaitu Neil Patrick Harris sebagai "barney".
dalam cerita siri tu, dia bukan main playboy lagi... konon dah tidur dengan lebih  beratus perempuan. tapi baru sekarang aku tau yang dia gay.. damn... pandai dia "berlakon"...

dan semalam (24 jun 2011) selepas peng-halal-an perkahwinan gay di US, diorg terus proposed each other. dan sekang, diorg dah bertunang..!!!


deyymm....

rujukan :

1. peTUA KITA semua : undang2 perkahwinan gay diluluskan  


sekian..


Pha is

24.6.11

Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 31



Terjemah hadits :

Dari Abu Abbas Sahl bin Sa’ad Assa’idi r.a dia berkata : Seseorang mendatangi Rasulullah S.A.W, maka beliau berkata : Wahai Rasulullah, tunjukkan kepadaku sebuah amalan yang jika aku kerjakan, Allah dan manusia akan mencintaiku, maka beliau bersabda: Zuhudlah terhadap dunia maka engkau akan dicintai Allah dan zuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia maka engkau akan dicintai manusia.
(Hadits hasan riwayat Ibnu Majah dan lainnya dengan sanad hasan)

They have my respect



Okeh, semua orang penah pi pasar malam kan? dan kalau aku Tanya korang, selalunya apa yang ada di pasar malam, apa yang korang akan jawab?

Burger? Yong tau fu? Cendol? Nasi kerabu? Air tebu? Sate? Pasembur? Laksa? Hmm...... Apa lagi?
Payung, meja, mesin tebu.... lagi..???
Tentulah orang yang jual, dan orang yang membeli... lagi..????
Peminta sedekah... kan?


Ni aku nak cerita sikit ni. Kalau korang datang kat area tempat aku hari selasa, try pergi pasar malam kat pekan penaga. Kalau korang bernasib baik, korang akan jumpa dengan seorang pak cik (aku tak sure dia OKU or tak tapi Nampak macam buta) yang sedang bermain gitar “karan”.

Huh... smart giler beb... kat tangan dia ada gitar, kat tepi dia ada speaker dan kat depan dia ada “tapawaer” (aku tak tau ejaan betul dia macam mana) untuk orang letak duit.

Suara dia boleh la tahan. Janji picing (ni lagi satu aku tak tau ejaan) tak lari... tapi shahdu je kalau dengar. Antara lagu yang beliau penah main yang aku ingat ialah Lagu Selagi Ada Rindu (penyanyi asal - Pak Long). Lagu ni first time aku dengar dari pak cik tu la..

Sekurang2nya beliau ada la “effort” berbanding orang lain yang selalunya hanya duduk saja sambil memperdengarkan bunyi duit syiling yang terhasil bila mereka menggoncang tapawear duit mereka. Beliau “menjual” bakat sedangkan yang lain “menjual” simpati.

Aku tak pandang hina dan tak salahkan peminta sedekah. Aku Cuma lebih hormati orang yang macam pak cik tu.

Dan Bagi pihak2 yang bertanggung jawab, cadangan aku, mereka2 ni rasanya tak perlukan sumbangan kerana mereka lebih memerlukan pekerjaan. Daripada menghulurkan derma dengan cek yang besar gedabak di depan kaca tv, lebh baik wujudkan perusahaan atau yang sewaktu dengannya yang boleh membuka peluang pekerjaan buat mereka2 ni.

Contohnya , dulu ada seorang pak cik (dah arwah dah) yang berjiran dengan aku. Aku panggil beliau “pak tam”. Dulu arwah patah kaki. dengar cerita sebab jatuh dari pokok kelapa. Dan masa tu, arwah pon dah agak tua tapi, daripada dia mintak sedekah, dia kerja dengan arwah ayah aku. buat kerisik.        


Pha is

23.6.11

wang emas.

dalam bulan lepas, member aku (merangkap pengganti jawatan aku kat PSSCMUSM) telah promot nak jual emas dan perak. promosinya 1 dirham perak dan 1/8 dinar emas. harga boleh tahan. setelah sediikit berbingcang, aku pon setuju nak beli. buat permulaan.. hehehe

kalau diikutkan, tak rugi beli... nanti harga dia kian meningkat. aku nak cakap banyak pon, aku bukannya pakar dalam bab ni. tapi korang tengok la sendiri graf kat bawah ni. harga emas dalam 10 tahun lepas hingga sekarang.



22.6.11

Surat Cinta Untuk Future Wife(s)

Photobucket


Assalamualaikum

Kehadapan my future wife(s)

So, wahai my future wife(s)

I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?

Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.

anda rasa anda cantik?

sapa yang terasa yang diri tu cukup cantik, atau cukup hensem, try la sign up kat laman web beautifulpeople.com ni. laman werb ni untuk orang "cantik" je... hehehe  

Photobucket

kat sini la korang buleh tau dan pastikan sama ada korang cantik or tak. sebabnya, kalau korang tak cukup cantik, korang akan direject oleh admin. so far dah 30,000 orang dah yang kena reject.

so, ader bran..? hehehe

(cerita asal)

wordless wednesday #WW3


untuk maklumat lanjut klik sini
wordless wednesday yang lepas :
#WW1
#WW2

20.6.11

besaq nanti hang tau la...

Kisah 1

Dulu masa aku kecik2 (tak ingat berapa tahun) ada satu cerita siri dari jepun (tapi cakap melayu) yang agak popular dalam kalangan budak2 kampung aku iaitu “cybercop”. Aku memang minat habis la cerita tu.


Tapi malangnya, time cerita tu ditayangkan kat tv, ada satu drama melayu disiarkan dalam masa yang sama iaitu drama “hayati”. Drama ni pulak mak aku minat giler. Sebuah cerita berkenaan dua orang isteri yang dimadukan. Heronya zaidi omar.


So, setiap minggu, memang “berperang” la kami anak beranak. Hehehe.. berebut tv. Kadang2 aku menang. Kadang2 mak menang. Dan dalam drama tu, ada kes pasal “talak tiga”. Since masa tu aku tak tau lagi maksud “talak tiga”, aku pon Tanya la mak aku.

Aku : mak... talak tiga tu apa.?
Mak aku : besaq nanti hang tau la...



Kisah 2

Dan masa aku kecik2 dulu jugak, aku ada satu “bantal busuk.” Bantal tu bukan bantal kepala tapi bantal peluk. Sekarang ni entah hilang ke mana tak tau bantal tu.

Kadang2 adik aku pon nak jugak tidor pakai bantal tu. So, “berperang” la kami adik beradik. Hehehe... Mak aku selalu marah kat aku sebab selalu berebut bantal tu dengan adik aku.

Mak aku : hang tu abang..!!! abang kena beralah kat adik..!!!
Aku : tak boleh. Abang tak boleh tidoq kalau tak peluk bantai ni...
Mak aku : tak boleh tidoq..? kalau lagu tu kena kawen awai la...
Aku : ..??? kenapa kena kawin awai pulak mak..?
Mak aku : besaq nanti hang tau la...

sekian...


Pha is

Konsep masjid dalam rumah tangga



Seringkali kalau orang nak kahwin, disebut “nak membina masjid”. Ini menunjukkan persepsi bahawa membina rumahtangga itu punya maksud yang suci murni dan nilai yang tinggi hingga dikatakan sebagai membina masjid.

Selain tu, jom kita tengok perkaitan antara masjid dan rumah tangga:

1. Masjid dibina kerana Allah SWT dan bukan kerana niat yang lain. Begitulah dalam membina rumahtangga, tidak boleh dengan niat lain. Niat-niat yang tidak murni akan mengundang kemurkaan Allah SWT. Bila benda ni berlaku, macam mana rumah tangga nak tenteram?

2. Arah kiblat semua masjid adalah sama. Maknanya semua anggota keluarga mesti memiliki niat dan arah kehidupan yang sama iaitu mencari keredhaan Allah SWT melalui rumahtangga dan hidup berkeluarga. Barulah rumah tangga itu akan melahirkan orang-orang yang mudah sepakat, seia sekata, saling bekerjasama dan bertolong bantu.

Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 30




Terjemahan hadits :
Dari Abi Tsa’labah Al Khusyani Jurtsum bin Nasyir r.a, dari Rasulullah S.A.W dia berkata : Sesungguhnya Allah ta’ala telah menetapkan kewajiban-kewajiban, maka janganlah kalian mengabaikannya, dan telah menetapkan batasan-batasannya janganlah kalian melampauinya, Dia telah mengharamkan segala sesuatu, maka janganlah kalian melanggarnya, Dia mendiamkan sesuatu sebagai kasih sayang buat kalian dan bukan kerana lupa jangan kalian mencari-cari tentangnya.
(Hadits hasan riwayat Daruquthni dan lainnya).

Hadits ini dikatagorikan sebagai hadits dho’if (lemah).[1]

[1] lihat :
  1. Qowa’id wa Fawa’id Minal Arbain An Nawawiah, karangan Nazim Muhammad Sulthan, hal. 262
  2. Misykatul Mashabih, takhrij Syekh Al Albani, hadits no. 197, juz 1.
  3. Jami’ Al Ulum wal Hikam, oleh Ibnu Rajab.

wallahu a'la wa a'lam




senarai semua hadis arbain [klik]

19.6.11

kenapa aku tak layan raja lawak @ maharaja lawak..



kat rumah aku memang tak ada astro. tapi nak kata aku tak pernah tengok langsung siri raja lawak atau maharaja lawak ni, tak jugak. ada la sikit2 aku pernah tengok. tu pon dari laptop member aku. jangan harap la aku nak simpan dalam lenovo aku ni.

dan antara sebab kenapa aku tak layan (enjoy) tengok siri ni adalah :

bestnya botak...


first time aku cukur kepala (tak termasuk cukur jambul time bayi) ialah masa aku lepas PMR. maklumlah, time tu tengah seronok dengan result pmr. hehehe

tapi tadi, tetiba je aku rasa nak cukur kepala. mungkin nak mengingati zaman kegemilangan aku time botak dulu kot. so, dengan akal yang waras, tapi dengan tanpa memikirkan panjang, aku ke kedai gunting rambut.

aku : rambut kasi cukur terus..
tukang gunting : tak mau rambut ka..?
aku : hehehe...
tukang gunting : pakai mesin atau pisau..?
aku : pisau terus.. kasi licin.. hehehehe...

dan hasilnya...


15.6.11

Berhenti makan sebelum kenyang.



Nabi Muhammad SAW bersabda “Seseorang tidak pernah memenuhkan karung seburuk perutnya, cukuplah bagi seseorang beberapa suapan untuk membetulkan tulang belakangnya (memperolehi tenaga), jika perlu untuk mengambil lebih, maka satu pertiga ruang untuk makanan, sepertiga untuk air dan sepertiga untuk pernafasan.”
(hadith riwayat Imam Ahmad, Termidzi, Ibnu Majah dan Nasa’i).

“Kami adalah kaum yang tidak akan makan kecuali apabila lapar dan apabila kami makan tidak sampai terlalu kenyang.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

Dari Abu Hurairah ra, katanya:
Ada seorang laki-laki yang biasanya banyak makan. Setelah masuk Islam, makannya sedikit. Hal itu diceritakan orang kepada Rasulullah SAW. Beliau bersabda: Orang yang beriman makan untuk satu perut. Orang kafir makan untuk tujuh perut."
(Shahih Bukhari)

Nabi SAW juga bersabda, “Perut adalah rumah segala penyakit”.

 Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.
(Al-'Araf 7:31)

Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 29



Terjemah hadits :

Dari Mu’az bin Jabal r.a dia berkata : Saya berkata : Ya Rasulullah, beritahukan saya tentang perbuatan yang dapat memasukkan saya ke dalam syurga dan menjauhkan saya dari neraka, beliau bersabda: Engkau telah bertanya tentang sesuatu yang besar, dan perkara tersebut mudah bagi mereka yang dimudahkan Allah ta’ala, : Beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukannya sedikitpun, menegakkan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji. Kemudian beliau (Rasulullah S.A.W) bersabda: Maukah engkau aku beritahukan tentang pintu-pintu syurga ?; Puasa adalah benteng, Sedeqah akan mematikan (menghapus) kesalahan sebagaimana air mematikan api, dan shalatnya seseorang di tengah malam (qiamullail), kemudian beliau membacakan ayat (yang artinya) : “ Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya….”. Kemudian beliau bersabda: Maukah kalian aku beritahukan pokok dari segala perkara, tiangnya dan puncaknya ?, aku menjawab : Mau ya Nabi Allah. Pokok perkara adalah Islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah Jihad. Kemudian beliau bersabda : Maukah kalian aku beritahukan sesuatu (yang jika kalian laksanakan) kalian dapat memiliki semua itu ?, saya berkata : Mau ya Rasulullah. Maka Rasulullah memegang lidahnya lalu bersabda:  jagalah ini (dari perkataan kotor/buruk). Saya berkata: Ya Nabi Allah, apakah kita akan dihukum juga atas apa yang kita bicarakan ?, beliau bersabda: Ah kamu ini, adakah yang menyebabkan seseorang terjungkel wajahnya di neraka –atau sabda beliau : diatas hidungnya- selain buah dari yang diucapkan oleh lisan-lisan mereka.
(Riwayat Turmuzi dan dia berkata: Haditsnya hasan sahih)

wordless wednesday #WW2

credit to DSLR  sarah ashila. klik untuk tumbesaran sempurna.


untuk maklumat lanjut, klik sini

#WW1

14.6.11

"ganyang" laman web malaysia?

plan Xpax baru




jom ushar plan Xpax terbaru. 28 sen untuk panggilan selama 10 minit. amat sesuai bagi kaki gayut. hehehe..




untuk keterangan lanjut, klik gambar....

13.6.11

porsche cayman

hari : ahad
tarikh : 12 Jun 2011
masa : 14: 31
lokasi : dewan melenium, kepala batas
event : kenduri kawen






kaum muda dan kaum tua

prolog

pagi itu, aku ada paper organic chemistry untuk peperiksaan kscp di usm. sesudah subuh, bagi menaikkan semangat aku untuk revise sikit2 apa yang aku dah study semalam, aku mulakannya dengan membuka fesbuk. bukannya buat apa pon, just tengok notification skit, lepas tu, revise la..

dalam aku dok selak nota aku sehelai demi sehelai, tiba2 keluar mesej dari chatbox fesbuk. mesej dari seorang sahabat lama baru. menanyakan pendapat aku tentang isu "kaum tua dan kaum muda." tentang perbalahan mereka mengenai cara pemikiran dan method perjuangan.

huh..!!! berat tajuk tuh.. hehehe... dan disebabkan kotak fikiranku masih lagi berkecamuk dek reaction2 kimia untuk exam yang akan bermula lagi sejam, aku mintak tangguh dulu jawapannya. dan petang tu jugak, aku cuba jawab soalan tuh.

situasi

pasal bab ni, aku rasa yang hidup aku ni pon dah ada "perbalahan"  yang tak terzahir antara kaum tua dan kaum muda ni. contohnya, kat usm ni, ada 2 persatuan yang aku masuk yang perjuangannya berbaur keislaman tapi methodnya yang berbeza.

persatuan2 yang aku maksudkan ialah halaqah mingguan dari pertubuhan yang aku tak dibenarkan untuk bagitau namanya kat korang dan satu lagi ialah persatuan seni silat cekak malaysia-PSSCM (yes, aku meletakkan silat sebagai satu medium agama)

kedua-dua persatuan ni boleh la kalau nak kata macam kaum tua dan kaum muda. banyak perbezaan. dari sebelah halaqah, banyak menekankan soal amalan dan ibadat. contohnya, setiap ahli kena hantar "laporan" kepada murabbi berkenaan amalan mereka setiap minggu. contoh laporannya seperti dalam minggu tu, qiamullai berapa yang dibuat, al-quaran berapa juzuk yang dibaca, puasa sunat buat atau tidak, dan sebagainya. tapi berbanding dengan ahli yang lain, aku paling kurang.


di sebelah silat pulak, banyak menekankan soal "perdu" berbanding "ranting" . lebih menekankan soal aqidah berbanding syariat. dan cara pembawakannya kalau sekali pandang macam tak ada kaitan dengan agama.

sebab tu orang luar selalu memprejudiskan silat. sebab mereka tak masuk. tapi sekadar tengok luaran saja. tu pon dari luar. dari jarak jauh pulak tuh.apa sangat yang mereka boleh nampak?

bak pesan ustaz hanafi dalam pantun cekak :
silat cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
insyaAllah beroleh faedah[1]
bagi aku, "mereka" berdua ni tak ubah macam kaum tua dan kaum muda. punya matlamat yang sama tapi dengan cara pembawakan yang berbeza. yang bestnya, aku kat tengah2. woha...!!!

so, buat apa nak pening2. yang baik kita ambik, yang buruk kita tinggal. maka, aku ambik ja dua2. at least, yang mana ada kekurangan, boleh ditampung denga nyang lain. dalam hal ni, aku cukup suka dengan sebaris ayat dalam lagu dari kumpulan rabbani : walau pandangan jauh berbeza tak bermakna ada salah ada benar[2]. kita nak bersatu, bukan nak berpecah...!!!

kita bersilat bukan kerana silat, kita bersilat kerana agama
kita bersilat bukan kerana silat, kita bersilat kerana Allah..[3]



Pha is


rujukan :

[1] Hanafi hj Ahmad. pantun cekak. Majalah Suara Cekak 1. 1975. dari : http://www.silatcekak.org.my/index.php/persatuan/pantun.html
[2] rabbani - satu qiblat yang sama
[3] Ishak Itam. "konsep dan ciri keagamaan dalam silat cekak." kursus tenaga pengajar seni silat cekak. island view resort, Terengganu. 4 Jun 1992. dipetik dari :
Prof Madya Ar. Dr. Abdul Majid Ismail. berita cekak bil. 2, jun 2003 : http://www.silatcekak.org.my/arkib/artikel/jatidiri.html

Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 28




Terjemah hadits :

Dari Abu Najih Al Irbadh bin Sariah r.a dia berkata : Rasulullah S.A.W memberikan kami nasihat yang membuat hati kami bergetar dan air mata kami bercucuran. Maka kami berkata : Ya Rasulullah, seakan-akan ini merupakan nasihat perpisahan, maka berilah kami wasiat. Rasulullah S.A.W : “Saya wasiatkan kalian untuk bertakwa kepada Allah ta’ala, tunduk dan patuh kepada pemimpin kalian meskipun yang memimpin kalian adalah seorang budak. Karena diantara kalian yang hidup (setelah ini) akan menyaksikan banyaknya perselisihan. Hendaklah kalian berpegang teguh terhadap ajaranku dan ajaran Khulafaurrasyidin yang mendapatkan petunjuk, gigitlah (genggamlah dengan kuat) dengan geraham. Hendaklah kalian menghindari perkara yang diada-adakan, karena semua perkara bid’ah adalah sesat”
(Riwayat Abu Daud dan Turmuzi, dia berkata : hasan shahih) 

Dalam Hati Ada Taman

dalam aku dok berlatih demo kat umah persatuan PSSCM cawangan Pulau Pinang, macam2 "kenangan" yang aku dapat. tapi, bak kata orang, yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. hehehe..

dalam banyak2 hal, ada satu kejadian yang aku tak boleh lupa. masa tu kami tengah berlatih demo. tiba2 salah seorang dari kami ternampak seekor kucing yang tengah berjalan (merangkak) sambil menghenjut-henjut kaki. macam patah.

lepas seorang, seorang pi tengok kucing tuh. kesian. nampak macam kucing tu terseksa. tapi dah nak buat macam mana.. aku pon buat bodo je la.. bukannya aku tak kesian,  cuma rasa kesian tu sikit je la.. tak de la sampai aku menangis.

tapi yang tak tahannya, latihan demo kami malam tu sampai hampir2 tergendala disebabkan  ahli2 silat yang lain kesian tengok kucing tuh.

semuanya otai silat, muka dah ganas, kalau ajak pi gadoh pon kira no hal la... segala serangan senjata tajam dah tak heran, hati dah keras la katakan. takat luka berdarah time latihan pon dah lali dah. tapi bila tengok kucing patah kaki, semua pakat dok sedih dan kesian kat kucing tu sampai latihan silat terhenti.

"ish, aku tak boleh la tengok benda2 macam ni. kesian kot.... sakit tuu...."
"tu la pasai... kesian..."
"tak sampai ati la aku nak tengok.."
"macam mana nak buat ni? vet bukak tak lagi tengah2 malam ni..?"
"tak kot... kalau bukak pon, susah nak bawak. dia tengah dok sakit. kalau kita pegang, bukannya dia mau dok diam.."
"tu la... sat lagi dia lagi sakit... lagi kesian.."
"ish... tak tau la aku... abih tu, tak kan nak biaq?"
"tu la... tak sampai ati wei... tak kan kita nak biaq macam tu ja...?"

(antara dialog2 yang diucapkan pada malam tu)

aku : pergh...!!! gua respect la sama lu.... hehehe...




Pha is

10.6.11

Silat Hantu Raya (kebatinan dalam persilatan)


Dlam dok blokwalking, kadang2 aku tengok ramai jugak yang post entry berdasarkan analisis katakunci (keyword analytic) kat nuffnang. So, aku pon try la tengok aku punya. Nak jugak aku tau apa yang orang dok cari dalam blog aku ni.


Bila dah buka, senarai yang paling atas sekali rupanya “silat hantu raya”. Huh.. KHURAFAT..!!!! apa kejadah silat hantu raya..? banyak lagi silat2 yang bagus. Silat Gayong fatani ka, silat gayong Malaysia ka, silat lincah ka, silat CEKAK ka, dan banyak lagi.

klik untuk tumbesaran sempurna..



Memang tak dinafikan dulu2 ada ja silat yang ada “bela”. Manusia zaman dahulu suka mengambil jin-jin sebagai pembantu mereka untuk menjaga rumah, keluarga, ladang, perubatan, persilatan dsb. Sudah menjadi budaya bahawa setiap keluarga zaman dahulu mendapatkan pembantu dari kalangan jin, kalau tak ada seolah-olah tak lengkap[1].


Itu dulu2 la. Sekarang, kalau ilmu kebatinan itu, memang ada. Ilmu kebatinan bagi setiap silat adalah berbeza pengertiannya. Tak semua ilmu kebatinan ada kaitan dengan makhluk halus.  Contohnya, bagi silat cekak (aku belajar silat cekak je, silat lain aku tak tau), ilmu kebatinan yang dimaksudkan ialah ilmu pegangan hati dan bukan ilmu kebal.


ahli demo psscm usm 2010 (induk + kampus kejuruteraan)
gambar kredit to sarah ashila  

Melalui Haji Zain dan pada mulanya dari Pak Ngah Syarif, ustaz Hanafi (pengasas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia-PSSCM) dapat memutuskan fahaman kebatinannya (iktikad, pegangan hati). Yang dimaksudkan dengan fahaman kebatinan itu ialah membersihkan hati atau menghilangkan sakit jiwa, seperti tubuh boleh berpenyakit, roh juga boleh berpenyakit (risau, sombong, gila pangkat dan lain-lain lagi ).

penyakit jiwa ini mesti dibuang supaya roh dapat berhubung dengan Allah taa'la dengan tenang dan khusyuk. dengan ini, jiwa akan merasa tenteram dan aman dalam dunia ini. setelah roh mendapat kesejahteraan, tubuh juga akan memperoleh kesejahteraan dan dapat mencapai kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.[2] 


Dan visi PSSCM sendiri ialah “Mendaulatkan Seni Silat Melayu yang asli, khususnya Seni Silat Cekak Malaysia dan membersihkan segala tahyul dan khurafat yang tidak sesuai dengan iktikad Islam.”[3]

LAKSAMANA SUNAN, watak utama dari novel bagaikan puteri, cinta sang ratu, hijab sang pecinta, cinta sufi, dan sutera bidadari karya Ramlee Awang Murshid. contoh terbaik penggunaan ilmu kebatinan dalam persilatan. kalau nak tau lebih lanjut,klik gambar ni.

Silat2 yang ada kebatinan ni ada jugak yang ada unsur Islam, seperti Silat Syeikh, amalan al-Fatihah, Silat Seru, Silat Sinar Islam, Silat Hikmah, Silat Daim Perati dan sebagainya. Amalan tersebut melibatkan pengijazahan daripada guru kepada murid, amalan-amalan berzikir, seperti yang banyak diamalkan dan lain-lain lagi termasuk berpuasa dan berpantang supaya jangan tinggal sembahyang, jangan berzina, jangan melawan guru, bermusuhan sesama anak murid, kekuatan yang ada mesti untuk Islam semata-mata dan sebagainya.[4]

gambar hiasan dari uncle google



Apa2 pon, silat Cuma salah satu usaha nak menjaga diri. Menjaga diri tu wajib. Tapi belajar silat, jangan bergantung kepada silat. Bergantunglah kepada Allah...


Yang selebihnya, wallahu a'la wa a’lam...


Rujukan :

[1] Apa itu saka? http://abuzulfiqar.tripod.com/id72.html
[2] Halimah hj Ahmad. tesis cekak. (bahagian fahaman kebatinan hanafi) m/s 27-28   http://www.scribd.com/doc/18595653/tesiscekak
[3] misi PSSCM http://www.silatcekak.org.my/index.php/persatuan/misi.html
[4] silat melalui perantaraan jin lebih memudharatkan http://grenbara.bravejournal.com/entry/17871


Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 27



Terjemah hadits :
Dari Nawwas bin Sam’an r.a, dari Rasulullah S.A.W beliau bersabda :  Kebaikan adalah akhlak yang baik, dan dosa adalah apa yang terasa mengaggu jiwamu dan engkau tidak suka jika diketahui manusia “
(Riwayat Muslim)

Dan dari Wabishah bin Ma’bad r.a dia berkata : Saya mendatangi Rasulullah saw, lalu beliau bersabda : Engkau datang untuk menanyakan kebaikan ?, saya menjwab : Ya. Beliau bersabda : Mintalah pendapat dari hatimu, kebaikan adalah apa yang jiwa dan hati tenang karenanya, dan dosa adalah apa yang terasa mengganggu jiwa dan menimbulkan keraguraguan dalam dada, meskipun orang-orang memberi fatwa kepadamu dan mereka membenarkannya.
(Hadits hasan diriwayatkan dari dua musnad Imam Ahmad bin Hanbal dan Ad Darimi dengan sanad yang hasan.)