Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

martabatkan silat.

walaupon aku bukan ahli silat lincah, tapi ada la sikt perasaan bangga bila seni warisan melayu ni dapat melakar nama di Guinness World of Records. sekarang ni, orang melayu sendiri pon ramai yang malu dengan budaya warisan mereka. asyik mengagong-agongkan seni bela diri lain.
apa2 pon, baca dulu 2 petikan akhbar utusan melayu kat bawah ni: 
...........................................................................................................Silat lincah sembilan jam tanpa henti 
KUALA LUMPUR 26 Mei - Kira-kira 500 pesilat daripada pertubuhan Silat Lincah Malaysia akan beraksi selama sembilan jam tanpa henti bermula pukul 8 malam sehingga pukul 5 pagi, Ahad ini.
Pengerusi Majlis Tertinggi (MT) Silat Lincah Malaysia, Datuk Omardin Mauju berkata, program yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa, di ibu negara itu bertujuan mencipta rekod di dalamGuinness World of Records.
"Program ini juga sempena menyambut 50 tahun Silat Lincah Malaysia yang akan dihadiri seramai 20,000 ahli dari s…

Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 21

Terjemah hadits :
Dari Abu Amr, -ada juga yang mengatakan Abu ‘Amrah-, Sufyan bin Abdillah Ats Tsaqofi r.a dia berkata, saya berkata : Wahai Rasulullah S.A.W, katakan kepada saya tentang Islam sebuah perkataan yang tidak saya tanyakan kepada seorang pun selainmu. Beliau bersabda: Katakanlah: saya beriman kepada Allah, kemudian berpegang teguhlah . (Riwayat Muslim).

Faiz's 1st Law = music-velocity relativity

Hasil pemerhatian aku, ketika menaiki kereta abang munzir, telah menunjukkan bahawa muzik sememangnya dapat member kesan terhadap kelajuan sesebuah kenderaan apabila memacu di jalan raya, terutamanya di lebuh raya.
hal ni kerana saat beliau hendak memandu dengan lebih laju, beliau akan memasang lagu2 yang rancak dan bertemakan perlumbaan kereta seperti "marabahaya" oleh pop shuvit, dan sebagainya.  
oleh yang demikian, Sebuah uji kaji telah dijalankan terhadap seorang respondent yang bernama Faiz berkenaan pemanduan beliau sama ada dengan mendengar muzik ataupon tidak. Jenis muzik yang dimainkan pula adalah lagu2 OST-original sound track dari siri anime yang berkisarkan perlumbaan kereta iaitu “initial D”

Antara tajuk2 lagu yang dimainkan termasuklah Blast My Desire, Dogfight, dan Rage Your Dream, yang dinyanyikan oleh kumpulan “move”.

Atas sebab2 keselamatan, dan kerana respondent belum mempunyai sebuah kereta, mahupon lesen memandu kereta, maka uji kaji tersebut dijalankan den…

Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 20

Terjemahan hadits :
Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al Anshary Al Badry r.a dia berkata: Rasulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya ungkapan yang telah dikenal orang-orang dari ucapan nabi-nabi terdahulu adalah : Jika engkau tidak malu perbuatlah apa yang engkau suka . (Riwayat Bukhori)

walimatul urus

Alhamdulillah, selesai sudah tadi persembahan demo silat untuk satu kenduri kawen. Next persembahan, esok. Papepon, nasib baik tak injurt apa2.

Majlis perkahwinan tadi boleh tahan la meriahnya. Dan yang bestnya, diorang guna kaler biru sebagai kaler tema.My fevered..(slang oghang putih sambil tangan melenggok lemah gemalai bak usop wilcha.. hehehe)



Tapi, setiap kali mak aku tengok orang kawen pakai kaler biru, mesti dia kondem. Mak aku kata, baju pengantin kalau kaler biru, tak sesuai. Selalunya dia cakap macam tu masa dia tengok rancangan “nona” kat tv3. Dan setiap kali dia cakap macam tu, mesti dia jeling2 kat aku, sebab dia tau aku paling suka kaler biru. Macam blog aku ni. Hehehe...
Aku pon angguk dengan penuh ketaatan... tak kisah la. Aku nak kawen lambat lagi. Harap2 nanti, bila masanya tiba, semoga pintu hati mak aku terbuka untuk menerima kaler biru... hehe..



Okeh. Jom kita tengok beberapa hal yang berkaitan dengan kenduri kahwin dalam islam (walimatul urus)..
1. sunat diadakan dan…

study sampai muntah

1st time aku didedahkan dengan istilah "study sampai muntah" ni kalau tak silap aku melalui blog member aku si fatihah. dan pada masa tu, aku betul2 anggap yang dia melawak. macam impossible je kan, study sampai muntah.

tapi, semalam, since tak de latihan demo silat, dan dengan semangat nak study yang membuak-buak, aku memutuskan untuk study. tapi dalam sejam lebih gitu, tetiba aku rasa tak sedap duduk.

perasaan tu hampir sama masa aku nak khatan test Ujian Sijil Rendah silat... rasa cuak, cemas, risau, sempit dada (macam nak kena heart attack), MIGRAINE (mild), sakit perut, loya, dan nak termuntah (nausea and vomitting) dalam masa yang sama.

lantas aku bergerak ke tandas untuk basuh muka. dan aku tengok kat cermin, bibir aku merah..

patutla.... mungkin sebab tadi time magrib tadi aku buka posa dengan pecal... hehehe.... perut tengah kosong pekena pulak ngan benda pedas...

apa2 pon, akhirnya, merasa la jugak aku baca note sampai muntah.. penangan KSCP...



Pha is

Nabi minum air zam-zam berdiri?

jom baca hadis ni :
Dari anas ra, sesungguhnya nabi Muhammad saw melarang minum berdiri. (riwayat Muslim, dalam didalam kitab minuman, bab tegahan minum berdiri, hadis yang ke 3771)
Dari hadis ini, Ibn qym berpendapat hukum minum berdiri ini adalah haram dan hanya dibenarkan sekiranya terdapat halangan yang menghalangnya minum secara duduk
Tapi terdapat hadis lain yang bermaksud :
Dari Ibn Abbas r.a berkata, aku memberi air zam-zam kepada Rasulullah saw, lalu baginda meminumnya sambil berdiri. (riwayat muslim, dalam kitab minuman, bab minum air zam-zam berdiri, hadis ke 3776).
Imam Malik berpendapat laranagan minum berdiri dalam hadis pertama tadi telah dimansukhkan oleh hadis yang kedua ini yang menunjukkan minum berdiri bukan haram.
Hadis dari anas ra merupakan hadis sunnah qauliyah (percakapan) dan hadis dari Ibn Abbas merupakan hadis sunnah fi’liyyah (perbuatan). Apabila kedua-dua hadis ini bertembung, yang menjadi dasar hukum ialah hadis sunnah qauliyah. 
Hadis sunnah fi’liyyah akan berpe…

Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 19

Terjemah hadits :
Dari Abu Al Abbas Abdullah bin Abbas r.a, beliau berkata : Suatu saat saya berada dibelakang nabi S.A.W, maka beliau bersabda :
Wahai anak, saya akan mengajarkan kepadamu beberapa perkara: Jagalah Allah[1], niscaya Dia akan menjagamu, Jagalah Allah niscaya Dia akan selalu berada dihadapanmu[2]. Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah, jika kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jika sebuah umat berkumpul untuk mendatangkan manfaat kepadamu atas sesuatu, mereka tidak akan dapat memberikan manfaat sedikitpun kecuali apa yang telah Allah tetapkan bagimu, dan jika mereka berkumpul untuk mencelakakanmu atas sesuatu , niscaya mereka tidak akan mencelakakanmu kecuali kecelakaan yang telah Allah tetapkan bagimu. Pena telah diangkat dan lembaran telah kering[3] .
(Riwayat Tirmizi dan dia berkata : Haditsnya hasan shahih).
Dalam sebuah riwayat yang lain :
Jagalah Allah, niscaya engkau akan mendapatkan-Nya didepanmu. Kenalilah Allah …

Ultimo aku potong GT-R..!!!

Semuanya bermula bila aku menghantar adik aku ke terminal bas jeti agar beliau dapat ke sekolah lama beliau bagi mengambil sijil SPM. Dan semasa perjalanan pulang dari jeti, setelah pekena roti telur 2 biji kat restoran nasi kandar Subaidah di Bagan, tiba2 aku ditemukan dengan kereta fevered aku iaitu Nissan Skyline GT-R (R-34).

Err.. ok. Walaupon aku sebenarnya lebih suka GT-R (R-35), tapi bak kata orang, tak dapat rotan, akar pon jadilah. Apa2 pon, rasanya ni la 1st time aku dapat tengok jentera spesis ni real depan mata. kat USM ari tu aku ada Nampak satu. Tapi rupa2nya GT-T dan bukannya GT-R.



Kereta tersebut kelihatan baru keluar dari Taman Robina, Teluk Air Tawar, Butterworth. Lagi pon, aku tak heran sangat kalau penduduk taman tu ader GT-R sebab menurut mak aku, kawasan tu sememangnya didiami oleh golongan “elit”.
Buktinya, aku ada 2 orang kawan yang duduk kat taman tu dan kedua-dua mereka bergelar “tengku”. Seorang bernama Tengku Irfan (kawan sekolah) dan seorang lagi Tengku Azha…

Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 18

Terjemah hadits : Dari Abu Zar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdurrahman, Mu’az bin Jabal r.a dari Rasulullah S.A.W beliau bersabda : “Bertakwalah kepada Allah dimana saja kamu berada, iringilah keburukan dengan kebaikan niscaya menghapusnya dan pergauilah manusia dengan akhlak yang baik”
(Riwayat Tirmizi, dia berkata haditsnya hasan, pada sebagian cetakan dikatakan hasan shahih).

header kscp

ok, kronology header2 blog aku ;










dan yang terbaru, KSCP mode :



Pha is

Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 17

Terjemah hadits :


Dari Abu Ya’la Syaddad bin Aus r.a, dari Rasulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah telah menetapkan perbuatan baik (ihsan) atas segala sesuatu . Jika kalian membunuh maka berlakulah baik dalam hal tersebut. Jika kalian menyembelih berlakulah baik dalam hal itu, hendaklah kalian mengasah pisaunya dan menyenangkan hewan sembelihannya. (Riwayat Muslim)

musim kahwin

sekarang ni cuti sekolah pertengahan tahun dah nak dekat. dalam waktu2 cuti macam ni la banyak la kenduri kahwin. kalau dok kat umah pon, kejap2 ada je orang datang rumah mai "memanggil".

time ni la semua pakat dok sibok nak kawen. termasuklah aku.

aku dah nak kawen ke? tak lah. aku cuma sibok ngan persembahan demonstrasi silat untuk hari perkahwinan je... time2 macam ni memang laku la persembahan demo silat. (cakap macam dah ada pengalaman tapi aku baru sekali je joint demo untuk kenduri kahwen - untuk kenduri kahwen anak Dr. Majid)

minggu ni sibok sampai terpaksa tolak program yang memeber aku ajak kat Quensbay.. nak buat macam mana... dah orang sibuk nak kahwin... hehehe...

aku tengok white board kat umah persatuan tu penuh dengan jemputan kawin. dan dalam hampir semua jemputan tu kami dijemput untuk buat persembahan demo. kali ni "show" kami sampai ada yang 2 hari berturut-turut. non stop.


lepas tu semalam ada geng rumah persatuan dok "merisik" aku (ay…

Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 16

Terjemah hadits : Dari Abu Hurairah r.a, sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah S.A.W : (Ya Rasulullah ) nasihatilah saya. Beliau bersabda : Jangan kamu marah. dia menanyakan hal itu berkali-kali. Maka beliau bersabda : Jangan engkau marah. (Riwayat Bukhori )

sutera bidadari : harry potter versi Malaysia?

Bagi peminat2 RAM (Ramlee Awang Murshid), novelis thriller no. 1 malaysia (dakwaan beliau), mesti sekarang tengah atau sudah angau membaca novel terbaru belau iaitu “Sutera bidadari”.
Novel ni sememangnya telah megejutkan ramai peminta2 RAM yang sebelum ini menyangka novel “bagaikan puteri” akan terhenti pada 3 “jilid”, (trilogy) sepertimana novel trilogy pertama beliau (kalau tak silap aku) iaitu tombiruo, semangat hutan, dan tombiruo terakhir.



Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 15

Terjemah hadits : Dari Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda: Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya (Riwayat Bukhori dan Muslim)

ISU yang semakin dilupakan... IFC

entry kali ni berkenaan satu perbualan fesbuk antara aku dan sahabat aku yang kini menuntut di maktab perguruan di melaka (kalau tak silap aku). "Xx" mewakili beliau manakala "Pha" pula mewakili aku.


Xx : salam paehh. mnt politik x?
Pha : err...soklan menguji minda tu. skarg ni mnat la skit2. x la fanatic. nape?
Xx : Bguslaaaa. tlong aq. Huhu.. isu pa yg hangat skrg yg bley kait dgn prlembagaan? heee;)
Pha : melayu..!!!
Xx : ok. spesifikkan lg, :0
Pha : melayu : perkauman atau kebangsaaan? contoh :universiti x nak ambik silat cekak sebagai mata pelajaran ko-k sebab didakwa mono race dan mono religion sedangkan dalam perlembagaan disebut hal2 yg berkaitan melayu adalah "kebangsaan" dan bukannya perkauman
Xx : owhh.. yaka.. thnxx. tp isu bhs kbngsaan n melayu dh ada
Pha : owh.. nak wt ape ni?
Xx : mm, ada x isu len. cm kwarganegaraan ke, tanah kew, n lain2...ney sbjk hbgn etnik .ala2 sbjk ejarah
Pha : owh
Xx : qasa cm nk jd loyer lak
Pha : aq igt ko dh jadi mpp kew
Xx : …

Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 14

Terjemah hadits : Dari Ibnu Mas’ud r.a. dia berkata : Rasulullah S.A.W bersabda : Tidak halal darah seorang muslim yang bersaksi bahwa tidak ada ilah selain Allah dan bahwa saya (Rasulullah S.A.W ) adalah utusan Allah kecuali dengan tiga sebab : Orang tua yang berzina, membunuh orang lain (dengan sengaja), dan meninggalkan agamanya berpisah dari jamaahnya. (Riwayat Bukhori dan Muslim)

sedikit catatan mengenai ghibah (mengumpat)

Allah a’zza wa jalla berfirman : “dan jangan pula sesetengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang dari kamu, bahawa dia memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)? Maka tentu kamu tidak suka memakannya.” (Al-Hujurat :12)
Rasulullah S.A.W. bersabda : “setiap muslim bagi muslim lainnya maka haram darah, harta dan dirinya.”

Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 13

Terjemah hadits : Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, pembantu Rasulullah S.A.W dari Rasulullah S.A.W, beliau bersabda: Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri. (Riwayat Bukhori dan Muslim)

janji 1 Malaysia

Bila semua benda dikaitkan dengan 1 Malaysia, aku pon dengan semangat 1 Malaysia, nak jugaklah berkongsi satu cerita yang mungkin ader sikit kaitan dengan 1 Malaysia ni.
Masa aku form 5 tahun 2007 yang tidak lama dahulu, aku ada masuk squad kawad kaki sekolah. Tahun tersebut, sekolah kami hantar kontigen Kadet Pertahanan Awam. Alhamdulillah, kami Berjaya sampai ke Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Kebangsaan sempena Hari Belia Negara yang bertempat di sekitar Stadium Bukit Jalil.

Sepanjang latihan di sekolah, bermacam-macam ragam ahli skuad yang ada. Since aku dok sekolah Agama, memang konfomlah yang masuk kawad semuanya melayu. Dan bila semua ahli dalam kalangan melayu, ada la “janji melayu”.
Kawad memang memerlukan disiplin. Bila bab disiplin, yang paling kritikal bagi orang melayu konfomlah menepati masa. Kalau latihan mula pukul 3 petang, 3.30 baru nak kumpul, tu memang perkara biasa.


Mulanya, kami memang tak kisah sangat. Tapi semenjak kami boleh sampai ke peringkat negeri, dan bila …

Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 12

Terjemah hadits : Dari Abu Hurairah r.a. dia berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Merupakan tanda baiknya Islam seseorang, dia meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya . (Hadits Hasan riwayat Turmuzi dan lainnya)

pekeliling KSCP - Kursus Semasa Cuti Panjang (USM)

PENDAFTARAN KURSUS SEMASA CUTI PANJANG (KSCP) SIDANG AKADEMIK 2010/2011

1.  Jadual KSCP, Sidang Akademik 2010/2011 

Cuti  :  7/5/2011 (Sabtu)  -  22/5/2011 (Ahad)
Tempoh Mengajar & Pembelajaran  :  23/5/2011 (Isnin)  -  3/6/2011 (Jumaat)
Peperiksaan  :  6/6/2011 (Isnin)  -  10/6/2011 (Jumaat)
Cuti  :  11/6/2011 (Sabtu)  -  11/9/2011 (Ahad)

2.  Tarikh dan Tempat Pendaftaran Kursus 

(a). Pelajar yang terlibat perlu mendaftar kursus secara “online” pada  25 – 26 Mei 2011 (Rabu dan Khamis) di Pusat-pusat Pengajian/Pusat.

(b). Pendaftaran kursus KSCP adalah menerusi Sistem PKDT yang boleh dicapai melalui menu ‘Online PKDT’ dalam Sistem Maklumat Universiti-Pelajar (SMU-P) Pusat Pengajian.

3.  Senarai Penawaran Kursus 

Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 11

Terjemah hadits: Dari Abu Muhammad Al Hasan bin Ali bin Abi Thalib, cucu Rasulullah S.A.W. dan kesayangannya dia berkata : Saya menghafal dari Rasulullah S.A.W. (sabdanya): Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu. (Riwayat Turmuzi dan dia berkata: Haditsnya hasan shoheh)

tidur - antara sunnah dan kajian

Sebelom aku tidor, dan sebelom korang tidor, elok juga korang baca. Moga beroleh paedah.


Daripada ‘Aisyah r.a katanya: “Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda mengangkat kedua tangannya (seperti berdoa), lalu meniup dan membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Nas, kemudian baginda menyapukan tangannya itu ke seluruh badan yang dimulai dari kepalanya dan mukanya dan bahagian depan daripada badannya, Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.” (at-Tirmizi)

Nabi tidak menyebutkan kadar masanya secara khusus untuk tidur tetapi Baginda sekadar menyebutkan: “Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas.” (Bukhari-Muslim) dan di dalam riwayat yang lain, Baginda bersabda: “Hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk.” (Bukhari-Muslim)

Ini menunjukkan bahawa kadar masanya berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. Yang penting ialah tidur yang menghilangkan rasa mengantuk dan menghasilkan kecergasan.

Pakar-pak…