31.3.11

ianya FAKTA.

"Once you have been tagged, you are suppose to write a note, with 25 random things, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 peoples to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If i tag you, it's because i want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated. "



ok. aku telah di tag oleh saudari syamimi salleh . dan kat bawah ni ialah 25 perkara tersebut.:

1. nama panjang aku Muhamad Faiz Bin Zakaria Bin Din Bin Saad Bin Hasyim.

2. keturunan dari pattani, selatan thai. moyang aku, Hj. Yunus (sala-silah tok hajar, nenek sebelah ayah)  yang merupakan seorang pendakwah dari pattani suatu ketika dahulu datang ke kampung aku dan membuka penempatan disitu. Hj Yunus dikatakan telah berkahwin dengan anak Hj kecik (nama asal "ki chi" sebelom datang ke tanah melayu), juga seorang pendakwah yang datang dari Goa, India dengan menaiki tongkang.

3. anak yatim sejak berumur 11 tahun

4. seorang budak kampung yang tak pernah mandi ban (tali air), suatu aktiviti yang sangat disukai oleh mana2 budak lelaki yang tinggal di kampung aku.

5. suka simpan janggut dan misai

6. tamat seni silat cekak malaysia (penamat) ketika berumur 17 tahun dan mengambil ujian sijil rendah psscm ketika berumur 20 tahun.

7. baligh ketika ketika masih di bangku sekolah rendah.

alhamdulillah....

sekarang baru genap 100 follower. walaupon tak banyak, tapi aku tetap bersyukur. aku budak baru belajar. dan bagi aku, follower ni bukan matlamat, tapi alat, jalan. cuma yang aku musykil sekarang ni, siapa follower aku yang ke-100?


hal ini kerana "ley ley" tu follower aku yang ke-99. sebelom aku ada 100 follower lagi dia dah follow. aku bukannya apa, just nak tahu siapa yang bertuah tu. hehehe...

30.3.11

kisah PLKN 1 - modul L


seperti yang telah aku maklumkan sebelom ni, selepas ni akan ada kandungan entry aku yang melibatkan pengalaman aku kat PLKN. dan cerita ni adalah muqaddimahnya. kalau korang nak kata aku ni ANTI-PLKN pon, aku tak kisah sebab ni pengalaman aku sendiri.

INGAT AKU HERAN...!!!

perkara ni berlaku masa aku masih bergelar pelatih PLKN suatu masa yang tidak bebrapa lama dahulu. ceritanya begini, semasa di penghujung latihan, kami diberi 1 borang maklum balas mengenai "cikgu2" (fasilitator) kat situ.

namun, salah seorang daripada pelatih (dipercayai seorang pelatih wirawati-perempuan) telah menulis bahawa perangai beberapa orang "cikgu" di kem kami seperti LEMBU. dan selang beberapa malam selepas tu, telah berlakunya satu perjumpaan tergempar dimana SEMUA pelatih telah dimaki hamun, dicaci, dan di marahi oleh para "cikgu2" yang kononnya kami SEMUA tak beradab.

lepastu ada barisan "cikgu2" yang buat muka sebek atas pentas. semua pakat dok EMO tak tentu pasal.

INGAT AKU HERAN..!!

kena kata LEMBU ja pon. yang kami dikatakan BARUA, BABI, dan sebagainya oleh "cikgu2" malahan oleh KAGAT sendiri, tak kata apa2 pon.

INGAT AKU HERAN..!!!

lepas tu, siap ada lagi salah seorang "cikgu" yang MENYUMPAH kami SEMUA agar tak berjaya DUNIA AKHIRAT. nasib baik ada seorang pelatih yang agak alim, yang tahu sedikit sebanyak mengenai hukum hakam, telah menegur "cikgu" tersebut. padan dengan muka dia.

bila belang dan terdedah, bila dah malu, dan dah nak cover line, mereka umumkan bahawa perbuatan mereka tersebut hanyalah lakonan semata-mata dan ianya kononnya merupakan salah satu daripada "modul2" yang ada. kononnya modul tersebut dicipta khas untuk kami. dan modul tersebut diberi nama "MODUL L".

INGAT AKU HERAN..!!!

tak pe lah. yang lepas tu lepas la. dah 3 tahun dah berlalu. buat apa nak kenang2. buat sakit ati jew.

lepas tu ader pulak tadi kat USM ni buat perangai LEMBU ni balik....

come on la.... aku dah masak dah dengan perangai yang macam ni.. emo tak tentu pasal, pastu kata semua tu lakonan.

INGAT AKU HERAN...!!!



Pha is

29.3.11

header baru


VS



setelah ramai yang komplein kata header dulu aku tu kurang "mesra pembaca", so aku tukar sikit yang lebih "lembut". kali ni, lebih tenang dan mempunyai maksud yang tersendiri... hehehe

mana yang best..?? 

Pha is

27.3.11

relevankah kita menjalankan tanggungjawab kita dengan sambut earth hour, tapi pada masa yang sama tanggungjawab kita kat tuhan tak terbuat?

semua ini berbalik kepada matlamat dan tujuan kita hidup di atas muka bumi ni. sebagai manusia, kita dijadikan atas dasar 2 malamat iaitu yang pertama untuk beribadat kepada Allah sepertimana firman-Nya : "tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku." (51:56).

akan tetapi, tujuan yang ke-2 pula ialah sebagai khalifah yang mentadbir dan MEMELIHARA muka bumi seperti firman-Nya : "dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu telah berkata kepada malaikat - sesungguhnya Aku ingin menjadikan khalifah di bumi.Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang MERUSAKKAN dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan mensucikan nama-Mu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui" (2:30).

kedua-dua matlamat ini telah di mencakupi hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan makhluk termasuk alam sekeliling. kedua-dua ini merupakan TANGGUNG JAWAB yang telah dipikulkan kepada manusia.

tanggung jawab kita kepada alam tak semestinya hanya dengan "earth hour". ini hanyalah antara salah-satu jalan. apa guna sambut earth hour saban TAHUN kalau mengabaikan tanggung jawab sebagai khalifah saban HARI sepertimana yang telah dijangkakan oleh para malaikat?

jadi, berbalik kepada soalan tadi, semua ini kena seiriang. jika hilang salah satu matlamat, tak lengkap dan tak sempurnalah matlamat kita diciptakan.

jika asyik dengan earth hour sehingga abai tanggung jawab kepada Tuhan, tiada guna. dan kalau asyik beribadah sahaja tetapi tidak mengambil tahu hal sekeliling malah merusakkannya, pon tak boleh juga. kerana manusia perlu menjaga hubungan baiknya dengan 3 perkara iaitu hubungan dengan Tuhan, hubungan sesama manusia, dan hubungan dengan alam sekeliling.

so, perlu seimbang. dan kalau kedua-dua tanggung jawab ini dapat dijalankan dengan hebat, tidakkah ianya sesuatu yang bagus?

seqadar pandangan...(n_n)

Ask me anything

25.3.11

senyum masa nak ambik gambar. perlu ke?

kali ni kita nak preview gambar2 aku yang berjaya ditangkap. pernah sekali ada kawan aku merangkap awek kepada member aku yang seorang ni tanya kat aku, nape payah nak cari muka aku senyum dalam gambar. asyik2 buat muka tak puas ati jew. contohnya macam kat bawah ni:

 perasan x? aq tak senyum kan? kalau nak senyum sikit pon macam kat bawah ni jew :



 atau kadang2 aku buat muka sengal. macam ni:

 cuma jarang2 jew gambar aku senyum berjaya ditangkap. contohnya macam kat bawah ni:


aku sebenarnya "kurang selesa" kalau aku senyum depan kamera. sebab aku rasa macam aku ni tak betol. senyum sorang2 tanpa sebab. hanya kerana ada orang nak ambik gambar aku.

kecuali ada sebab2 yang tertentu. contohnya, dalam gambar yang terakhir sekali tu. time tu aku baru abes menang main bola tampar kat karnival sukan cekak (KSC) di USM kampus kejuruteraan. mesti la aku seronok dan sebab tu la aku senyum. 

dan kalau aku senyum walaupon tak bersebab, niat aku sebenarnya senyum kat orang yang pegang kamera, dan bukannya kat kamera. at least dapat gak pahala sedekah. kalau senyum kat kamera, aku rasa sama la macam senyum kat tabung masjid. sedekah jugak, tapi ade manfaat kew? hehehehe... 

dan antara lainnya ialah kadang2 aku rasa muka aku lebih seswai buat muka garang dari muka senyum. contohnya macam kat header blog ni. seswai kan? kan, kan, kan? hehehe...

sekian...

Pha is

24.3.11

akhirnya selesai

dalam bulan ni, PSSCMUSM nk buat AGM. dan aku telah ditugaskan untuk tempah dewan kuliah x kat skool farmasi. since aku budak skool farmasi, so, senang skit keje.

bila dah tempah, ada exco bagitau aku yang dia terjumpa poster satu program yang akan diadakan pada TEMPAT, HARI, dan WAKTU yang sama dengan AGM kami. aku pon pulun la cari kat mana2 papan kenyataan kot2 jumpa poster tu. akhirnya, jumpa jugak.

maaf, tarikh terpaksa sensored sbb AGM kami majlis tertutup. hehehe

bila dah jumpa, aku cari la kot2 ader kontac sape2 dalam poster tu, sebab nak tanya dan sahkan bende ni. ye la, kalau clash, baik setel awal2, nanti bila dah sampai hari kejadian, susah..!!!

yang aku herannya, sebelom aku tempah dewan tu, aku tengok dalam "kalendar" penggunaan dewan tu memang kosong. tak sesape lagi yang tempah. tup tap, keluar poster. mana tak heran...???

cari punya cari, tak jumpa la pulak kontec sapa2 dalam tu. ah, gawat ni. dah tak tau arah sangat, aku cari penganjur program ni dalam internet. last2 dapat page fesbuk je. ah, jadi la. diorang ader blog, tapi cm tak update jew, so, aku "serang" la pakai mesej FB.

lepas tu, nasib baik ada diorang call. diorang cakap diorang memang dah tempah. siap ader surat lagi. so, petang tadi aku pi check kat pejabat, dan memang kami sahaja yang tempah dewan tersebut pada hari kejadian.

setelah sedikit perbincangan dengan pihak pejabat skool farmasi dan dari pihak diorang, akhirnya selesai. tak pe la. kami beralah ambik dewan yang sebelah tu. walaupon aircond kat dewan tu tak bebrapa nak kuat.

asalkan tak malukan nama baik student USM. kita buat program kalau melibatkan orang luar, bukan bawak nama persatuan kita je, tapi secara tak langsung bawak nama university sekali. kalau kelam kabut, malu la... kita kan APEX student... hehehehe....

idop USM...!!!!

sekian...

p/s : nasib baik wakil diorang cun. hehehe



Pha is

page FB yang mempersendakan nabi MUHAMMAD


balik je dari meeting, ingat nak sambung study lagi skit sebab esok ada kuiz. tapi sebelom tu, sempat lagi buka fesbuk....(hampeh betol..!!)

tapi, tetiba jew ternampak ada member yang postkan maklumat pasai kewujudan page lahanat ni. terus ilang semangat aku nak study.

aku pi page tu, godek sikit2, terus hangin aku satu badan. mat/minah endon ni ape hal??  main kutuk2 pulak. dah tak suka tu diam sudah la.

page lahanat ni punya pasal, walaupon esok ader kuiz, aku tak kira. aku nak siapkan jugak entry ni..!!! sat gi boleh stady. yang penting umat islam tak diperkotak-katikkan lagi sampai begini hina..!!!

so, bagi sesapa yang rasa dirinya itu umat Muhammad, yang sayangkan Muhammad, cintakan Muhammad, tolonglah at least jangan baca saja entry ni.

tolonglah at least ringankan tangan untuk report this page as a spam. caranya :
1. pi kat page tu atau klick kat sini.
2. skrol kat bahagian bawah kiri page tu dan klick "report page" @ "laporkan halaman"


3. pilih "spam or scam" @ "penyibuk dan penyamar"
4. tekan "submit" @ "hantar"
5. sebarkan setakat yang mampu.

aku tak paksa. cuma sampaikan. terpulang kat korang. jgn "like" page tu sudah.
(kalau nak "like" blog aku ni x pe la jugak)

sekian....


Pha is

23.3.11

keputusan

MySpacehari ni semua pakat cerita pasal result SPM. so, aku pon teringin la nak menulis pasai pengalaman aku 3 tahun dahulu. kisah sedih aku semasa ambik result.



bila aku amik result SPM, kaunter kelas aku dijaga oleh cikgu suria zunita, cikgu kimia aku. bila cikgu tengok aku, bila dia cari slip result aku, dan bila dia tengok sekali lalu, dia pon bersuara :
"tahniah sebab dapat # A.... tapi kenapa kimia dapat A2 je?"
pergh....!!! menusuk qalbu soalan tu beb.. terasa aku. mungkin sebab aku antara pelajar harapan beliau untuk dapat A1 tapi aku dapat A2 je. aku pon sedih gak. kerana telah menghampakan cikgu suria.

MySpace"maafkan saya cikgu."  suara yang tersekat dicelah kerongkong pada waktu tu. mungkin kerana terkelu lidah, dan menahan sebak.



lepas tu adik aku SMS, kata mak aku tanya dapat berapa. dan aku pon balas : [biology dapat B]

then, adik aku SMS lagi. mungkin tak puas ati dengan jawapan aku. aku balas balik : [bahasa arab tinggi dapat B jugak]

dan kali ketiga, adik aku SMS lagi. tapi kali ni, aku tak balas balik. biar diorang tertanya-tanya. hehehehe....

dan bila on the way nak balik rumah, aku still teringat kata2 cikgu Suria. aku sebak lagi time tu. mungkin disebabkan kata2 cikgu dan sebab kimia tu sendiri subjek feveret aku dan aku "kurang" skor.

sampai je kat rumah, aku bagi slip kat mak aku, dan aku pon terlentang tidor. penat. walaupon dalam negeri yang sama, tapi perjalanan nak pi sekolah aku ambik masa 2 jam dengan menaiki bas-feri-bas.

biarlah mak aku layan semua panggilan telefon yang bertubi-tubi datang dari sedara-mara.

sekian....


22.3.11

Alkisah budak malas gosok gigi



MySpacealkisah, pada zaman dahulu, dulu ader sorang budak yang sangat malas menggosok gigi. dan adapun budak tu bernama faiz (bukan nama sebenar). saban pagi, berusahalah ibubapa beliau memaksa beliau gosok gigi tetapi beliau masih tetap berdegil.


alasan beliau, setiap kali beliau gosok gigi, pasti gusi beliau berdarah.

selain itu, hobi beliau antara lainnya ialah mencungkil sisa makanan di celah gigi dengan menggunakan daun rokok yang diambil dari "beg tembakau" ayah beliau. kadang2, hobinya itu dilakukan sehingga gusi beliau berdarah.

20.3.11

tandas terbaek..!!!

AMARAN
 tidak digalakkan membaca entry ni semasa sedang makan atau sedang pening kerana boleh menyebabkan rasa mual yang keterlaluan

sejak aku menjawat jawatan silat cekak kat usm ni, selalu jugak aku kena berurusan dengan penasihat 1 kami iaitu Prof. Madya Ar. Dr. Hj, Abdul Majid B Ismail (Ar. sebutannya "arkitek", mcm Dr. utk "doktor"). so, selalu jugak la aku kena pi bilik (office) beliau untuk urusan2 persatuan.



oleh kerana beliau juga merupakan seorang yang agak sibok, waktu terluang selalunya ada yang boleh kami berurusan dengan beliau adalah pada seawal jam 8.00 pagi.

dan selalunya, setiap kali aku pi jumpa beliau, aku akan taram (simpan) "hajat" aku kerana aku lebih suka melepaskan "hajat" aku kat toilet berdekatan dengan bilik beliau.


18.3.11

aku deklamator


sabtu depan (26/3/2011) ada diner silat cekak pulau pinang dan juga merupakan besday aku. time tu, aq dikehendaki mendeklamasikan sebuah sajak yang bertajuk pusaka bangsa.

sajak ni diorang yang buat. aku tukang baca jew... ni sajaknya.:


Pusaka Bangsa

Ku tebas lalang di lorong perjalananku
Mencari makna dalam langkah demi langkah
Minda ku didik jasad ku tadah
Agar hidup segala gerak
Bisa bersatu dengan akal yang satu


Ku gagahi keringat ini
Menongkah segala payah
Ku berilmu dengan pusaka ini
Mencari intipati dalam makna yang rapi

jom joint ipanelonline

masa blog walking tadi terjumpa 1 promosi pasai laman yang buat servey service. kalau korang joint, nanti diorang akan bagi survey dan bila jawab akan dapat point a.k.a. income. 


jawab soalan je kan? bukan susah mana. tak macam exam pon. kalau berminat bleh klick kat bawah ni :





untuk memudahkan korang, kat sini ada step2 dier...


REGISTER

1) Korang pergi kat iPanelonline 
2) Korang register macam biasa. isi borang yang disediakan
3) Lepas tu, korang pergi kat "Mata Saya"... korang akan diberi mata percuma oleh pihak iPanelonline sebanyak 50 ataupun RM0.50

NAK TAMBAH MATA @ DUIT ?

1) Selepas 1 hari atau beberapa jam selepas tu korang akan terima beberapa survey (bergantung kepada pihak iPanelonline)
2) Korang jawab survey je tu.
3) lepas tu korang buleh semak mata kat kolum pemberian... (contoh : 500 mata = RM 5.00)

NAK TEBUS MATA?

kat sini mungkin leceh sikit. mula2 korang kena buka akaun paypal dulu. Sebab nanti diorang akan hantar duit korang kat situ. bila dah buat akaun:
1) klik kat "Menebus Markah" pada "halaman saya"
2) Korang nampak gambar duit kan? Pilih amount yang korang nak... (minimum RM5 = 500 mata)
3) pastu ikut la dia punya arahan...

selesai.....

ala, tak rugi pon kalau korang try... jom la skali.....


sekian...


[dipetik dan diolah dari sini ]

17.3.11

assignment-malaria

mana2 student pon, rasanya biasa la kalau buat assignment last2 minit. kan? assignment aku ni diberi masa awal sem dan dijangkan perlu dihabiskan hujung minggu ni. tapi minggu lepas baru aku mula buat. 

bak kata member aku, "last minute work always work". hehehe... papepon, dah alang2 aku dah buat, aku nak tempek la kat sini, ade gak pek-dah pembaca2 blog aku. boleh tambah ilmu.

assignment ni memerlukan kami buat laman web pasai "malaria". part aku bahagian intro dan beberapa bahagian lagi. so, sapa yang nak tau sikit2 pasai malaria, boleh layan kat bawah ni:



Malaria is a climate sensitive disease[1] and has become an important cause of death and illness in children and adults, especially in tropical countries.[2] It is caused by a parasite called Plasmodium, which is transmitted via the bites of infected mosquitoes. In the human body, the parasites multiply in the liver, and then infect red blood cells.[3]


16.3.11

yang pertama



MySpacedulu, orang selalu pesan, "tak elok makan MAGGI, nanti otak lembab". tapi kenapa golongan yang selalu makan MAGGI adalah golongan student dan golongan pelajar universiti? golongan cerdik pandai?


errmm.... abaikan dulu pasal tu. 

dulu masa aku kecik2 mee segera yang ada cuma MAGGI je la. mana nak ada lagi jenama2 lain. kalau ada sekalipon, kedai runcit kat kampung aku tu jual MAGGI je masa tu.

bila dah lama2 sikit, mula la naik CINTAN, PAMA, MAMEE, MEE SEDAP, dan sebagainya. bila dah ada banyak jenama2 baru, aku pon teringin la nak try. 


bila dah try, bagi aku so far tak de lagi yang dapat challenge MAGGI. setiap kali aku rasa jenama mee segera yang lain, mesti ada yang terlebih dan dan ada yang tak cukup. rasa macam hanya MAGGI  je yang sentiasa "secukup rasa"....
MySpace

tapi bila pekena MAGGI balik, rasa macam sama je. tak de la special sangat. biasa2 je.


mungkin, bak kata orang, selalunya yang PERTAMA lah yang selalu kita kenang-kenangkan. walaupon ianya biasa2 je, tapi  yang PERTAMA itulah yang mula2 membuatkan kita kenal erti sebuah "MEE SEGERA" 
MySpace

kan, kan, kan..?




Pha is



14.3.11

Walau pandangan jauh berbeza, tak bermakna ada salah ada benar. kan?


sebelom tu, layan dulu lirik lagu ni :



corong-corong radio layar kaca tv
Pancaran satelit parabola siarkan cerita
Salurkan berita bawakan derita sandiwara kisah nyata
Di dada akhbar rencana terkini
Menghiasi ruang muka warkah wadah warta wajah warga dunia
Nanah luka mereka
Gejolak resah kocak dunia
Siksa mereka kita saksinya
Bencana alam melanda tragedi dan petaka
Musibah menimpa kemelut negara dunia ketiga
Lapar dan dahaga panas dan dingin cuaca
Perang meragut jiwa angkara si mesiu peluru tak bermata
Dan kita hanya cuma membisik hiba hanya satu rasa 

13.3.11

Pandangan sarjana dunia terhadap nabi Muhammad


belek2 laptop, jumpa artikel ni. so nak berkongsi lah sikit. tapi aku tak ingat dulu ambik artikel ni kat mana. sekadar berkongsi.

1. Penulis prolifik Amerika Syarikat, Michael H. Hart dalam buku beliau The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History (1982) meletakkan Nabi Muhammad s.a.w di tempat teratas senarai manusia paling berpengaruh dalam sejarah dunia.
    Menurut Hart, ramai tokoh hebat lahir dan membesar ketika kemuncak tamadun dan budaya dunia, sebaliknya Nabi Muhammad S.A.W lahir pada tahun 570 di Mekah yang ketika itu mundur, jauh dari pusat-pusat perdagangan, kesenian dan pendidikan pelbagai ilmu. Antara lain Hart turut berpandapat: “Saya berpegang pada keyakinan saya, dialah Nabi Muhammad satu-satunya manusia dalam sejarah yang berjaya meraih kejayaan-kejayaan luar biasa sama ada dalam ukuran agama mahupun ruang duniawi.”

    2. Nabi Muhammad juga turut diakui oleh profesor sejarah Amerika, Richard Fletcher dalam The Cross and the Crescent (2007) yang menukilkan Islam yang dibawa baginda berjaya membawa pengaruh yang jauh lebih besar berbanding kerajaan Romawi yang telah lama wujud sebelum kemunculan agama suci itu. 

    Day 25 - What would i find in your bag?

    hmm...

    aku ada 2 beg. 1 beg kelas satu lagi beg duit.

    kalau beg duit, ader duit, kad2 yang sepatutnya, dan resit2 yang belom di "claim"

    kat dalam beg kelas pulak ada lec note, tie (tali leher), kertas A4 kosong dan beberapa surat2 persatuan.

    tu jew... lagi simple...

    sekian...

    11.3.11

    Hantu Asrama Sekolah Agama

    kat sini aku nak kongsi satu permandanhgan yang sangat indah. lokasinya di asrama SMKA AL-MASHOOR (L), Pulau Pinang. permandangan ini dirakamkan ketika minggu para pelajar tingkatan 5 sedang mengambil peperiksaaan SPM pada tahun 2007.


    cantik tak? gambar ni diambil bagi merakam keindahan bulan mengambang pada malam tu dengan menggunakan kamera henset nokia "sabun" yang agak popular pada tahun tersebut.

    tapi, salah seorang daripada pelajar tersebut terperasan akan satu keanehan pada gambar itu iaitu pada hujung blok asrama di sebelah dorm "harapan 1"


    jika diperhatikan, seolah-olah ada seperti satu "kepala" sedang mengintai dari bahagian tepi blok. kalau tak jelas, kita zoom sikit.


    nampak? untuk pengetahuan korang, seperti yang kita dapat lihat, "kepala" tersebut berada di luar koridor. dan di hujung bangunan tersebut tidak terdapat sebarang "lantai" yang boleh dipijak. kalau tak klear, kita zoom lagi...



    jelas? kalau tak jelas, meh sini aku nak tolong lukiskan supaya lebih jelas..


    sama ada "bayangan" ni satu pantulan cahaya atau tidak itu aku tak pasti. tapi gambar ini dijamin tidak ditokok tambah melainkan watermark dan garisan merah tersebut.

    wallahu a'lam....


    p/s : mana2 asrama pon sama jew.....



    Pha is


    10.3.11

    Day 23 - Something you crave for a lot

    dari entry cabaran 30 hari


    sekarang ni, aku rasa hampir semua benda yang aku nak, aku dah ada. contohnya moto. so, lepas jew aku beli moto, aku tak pulak terfikir untuk simpan duit nak beli benda lain pulak.


    tapi, baru2 ni, tanggal 6 mac 2011, aku telah terlihat sesuatu yang aku tetiba jew teringin nak memiliki satu. dan adapon menatang tersebuat ialah sugar glider. (memang menatang pon)

    ha, ni la menatang tuh...
    MySpace serius, aku geram tengok mata beliau. sangat33333 cumeeeellll...!!!!!!



    MySpacetapi, harga beliau pon "comel" jugak.... dalam lebih kurang RM300 sekor...




    tapi tak pe. sabar dulu... nanti2 la aku bela... aku sendiri pon sekarang ni tak terurus, ni nak bela pet pulak. karang buat naya beliau jew.

    belajar dulu ilmu2 mengenai penjagan beliau, lepas tu baru bela..

    tapi bergantung kat rumate la... hehehehe


    sekian....




    Pha is

    tester pre-test ujian sijil rendah

    malam tadi aku antara tester yang bertugas untuk ujian persediaan budak2 cekak level 200 sebelom diorang ambik ujan sijil rendah silat cekak malaysia.

    sebelom jadi tester, aku dah memang niat siap2 yang kali ni aku tak nak buat kasar2. buat ikut silibes jew. malas nk buat gaya lebih2.

    bukannya apa, dah la diorang nak ambik test betol2 sabtu ni. nanti patah riuk, susah pulak. lagi pon, aku bukannya nak membuli or nak melepaskan geram kat sesapa. just nak tolong diorang dapat markah.

    tapi, kat kaunter aku jadi tester tu aku sorang jew budak induk. yang lain semua budak kejut (USM kampus kejuruteraan). diorang aku tengok semua bagi serangan kaw2 punya..

    tapi aku tetap dengan prinsip aku. buat rilex2 jew. tapi lepas tu, pemberi markah "sound" aku sebab aku buat serangan lembut sangat.
    MySpace


    la.... slow sangat kew..? 
    MySpace


    dia kata, kalau tak serang betol2, nanti diorang tak belajar apa2.



    so, nak buat macam mana, terpaksalah aku bagi kuat sikit. tapi aku still agak2. aku sepak bengkung, dah sentuh, aku tunggu die ambik. budak kejut, sepak bengkung, sampai budak tu senak..! sampai dia mintak rehat jap.
    MySpace
    nak buat macam mana, aku macam tak sampai ati pulak nak buat macam tu. dulu sebelom jadi tester, praktis buah sungguh2. macam nak pukul orang betol2. siap "simpan" dua-tiga "move" untuk digunakan masa nak jadi tester. reverse kick ngan sepak pancung.
    MySpace


    tapi last2 tak sampai ati pulak nak buat...
    MySpace




    p/s : buat exco psscmusm, sory sbb aku balik awal sebab nak study. esok paginya aku ada qiuz physical pharmacy tapi aku satu haram pon tak study lagi... heheheh

    8.3.11

    tajuk reproductive system pon ader praktikel?

    MySpacebaru tadi abes praktikel lab untuk bahagian reproductive system. masa aku mula2 tau yang bab ni pon ader praktikel, aku pon heran gak, nak buat ape la nanti.



    MySpacesebelom2 ni, semua lab untuk paper ni pakai tikus. tapi kali ni tak kan nak kaji cara tikus mengawan kot..?



    Day 22 - What makes you different from everyone else?

    dari entry cabaran 30 hari

    errmm......
    MySpace
    yang pertama sebab aku ader migraine.....



    MySpaceyang kedua mungkin aku satu2nya orang yang menyesal sebab ambik kos farmasi. penyebab utama yang membuatkan aku masih di USM ni adalah kerana silat cekak. bukan kerana degree farmasi aku. kalau aku drop silat, macam hidup aku dah tak bermakna lagi kat USM ni.

    MySpace
    yang ketiga pulak....... errrm.... ha.! aku ada seorang abang, 6 orang kakak, dan 3 orang adik tapi aku tetap anak sulong. mungkin ader yang tertanya-tanya bila korang baca profil aku, aku tulih macam tu. kat sini, meh aku nak terangkan.



    semua ni sebab aku ada saudara sebapa berlainan ibu. aku anak sulong sebelah emak aku tapi sebelah ayah aku, aku anak yang ke-8. masih pening? macam ni la. ayah aku berkahwin 2 kali. kalau tak paham2 juga, tak dapat kurnia lagi la tu. sampai masa nanti, korang paham la. hehehe

    tu jew dulu kowt buat masa ni...



    sekian...