Skip to main content

melepak


Alhamdulillah, baru selamat kembali ke penang dari KL. Sepatutnya perjalanan kali ni nak meraikan member yang bertunang, tapi disebabkan sedikit masalah yang tak dapat nak dielakkan, kami terlewat sampai. Bila sampai pon, “anak teruna” dah nak bertolak balik dah.

Maka, merayaulah kami berpeleseran di sekitar KL, melepak tanpa arah tuju sepertimana anak2 muda yang tak ada matlamat hidup dan tak ada harapan pada bangsa dan Negara.
Jika diikutkan balik, setiap kali study week, mesti ada kerja gila yang aku buat. Kalau sem lepas, time study week, masa orang tengah sibok study, aku pi hiking bukit bendera sampai nak pitam di pertengahan jalan. Study week sem ni pulak, aku naik bas pi merayau kat KL.

Yang bestnya, masa aku tengah melepak kat sebuah pusat membeli belah yang aku tak tau nama apa, masa nak turun dari escalator, tiba-tiba aku ternampak pak ngah aku. KANTOI..!!!!  Huh, gelabah kejap aku masa tu.

Then, aku tarik nafas, tenangkan diri, dan buat muka tak bersalah, dan pi jumpa pak ngah aku tu. Masa tu, Mau tak terkejut diorang. Tiba2 je jumpa anak sedara dari penang.   

Pha is

Comments

  1. huhu..mujur la tgur..klo wat x tau je td nmpk x sopan..

    ReplyDelete
  2. mesti tegur punya... ni kan anak sedara mithali... hahahaha

    ReplyDelete
  3. Yg aku nmpk korang tu,korang baru nk gerak la?

    ReplyDelete
  4. haha..same la..suka sangat wat keje gila tme stdy dlu

    ReplyDelete
  5. biasa la... baru remajaa....!!! hahahaha

    ReplyDelete
  6. ha..ha,, x pe jalan2..
    tgur je..lpas 2 wat mke x bsalah :)

    ReplyDelete
  7. hehehe.. time tu muka memang innocent habes la...

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Cara Lapor Penipuan Astro

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac

Gaji Ahli Farmasi