denial phase


Sejak akhir2 ni, aku sering mimpikan arwah tok wan. Semua mimpi tersebut seolah-olah beliau masih hidup. Salah satunya yang aku ingat, macam tok wan baru bangun dari koma yang panjang.


Mungkin kerana aku sendiri sebenarnya masih susah untuk percaya yang tok wan dah pergi. Mungkin aku masih lagi dalam Fasa penafian (denial phase). Minda separa sedar aku masih kuat mengatakan yang tok wan masih ada.

saat pemergian tok wan, saat mak mengejutkan aku pada jam 2 pagi untuk memberitahu tok wan dah pergi, aku tak percaya. Dalam fikiran aku, mungkin mereka silap. Lantas, aku pergi lihat muka tok wan. Kaku. Aku lihat dada tok wan, sunyi dari sebarang pergerakan.

Aku pegang tangan beliau. Sejuk. Perlahan-lahan aku cari denyutan nadi di tangan. Tiada. Aku masih lagi tak puas hati. Lalu, perlahan-lahan aku sentuh leher arwah, mencari “carotic pulse” tanpa pengetahuan sesiapa. Sekali lagi aku hampa.   

Walau bagaimanapon, aku masih susah nak percaya. Walaupon lepas tu, aku sendiri yang membuat laporan kematian di balai polis. Hati aku masih susah nak percaya.

Pada tengah hari itu, aku tolong memandikan jenazah. Aku tolong mengkafankan, solatkan, bawa ke tanah perkuburan, angkat jenazah ke liang lahad, sehinggalah mendengar talkin pak imam. Tapi bagi aku, seolah-olah aku rasa yang arwah masih hidup.  

Yang pergi telah pergi. Tak mungkin kembali. Ya Allah, sesungguhnya aku redha atas ketentuanMu. Maka Kau tenangkanlah hatiku. Kau cucurilah rahmat keatas roh tok wan ku. Moga-moga rohnya dapat bersemadi dengan aman di sana.... Ameen.


Dalam kenangan,
Ahmad bin Che Tom
Kembali menghadap Pencipta pada 29 Ogos 2011 M,  bersamaan 29 Ramadhan 1432 H 

Pha is

Comments

  1. sentiasa sedekahkan Al-fatihah,dan doakan semoga rohnya dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  2. banyakkan Al-fatihah. don;t sedih2 tau...senyum sokmo :)

    ReplyDelete

Post a Comment