Skip to main content

bila jam pon tak nak aku study..


setelah beberapa jam mata aku mengadap nota, meniti informasi yang bakal disoal pada peperiksaan yang bakal tiba tak lama lagi, aku pon mengalihkan pandangan pada skrin laptop. Niat di hati nak berehat sekejap, menghilangkan kebosanan yang bersarang di hati dan mengurangkan ketepuan yang termendak di kotak minda.

Ku lihat jam ditangan, sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. malam yang sepi. Setelah melihat nota2 yang belum terusik, aku bertekad, hanya akan  ‘online’ buat beberapa ketika sahaja. Tak sanggup untuk lebih lama. Sasaran aku, 20 minit. Itu sudah memadai. Malah lebih dari cukup.

Lantas, skrin yang tadi gelap, kini bercahaya, bila tanganku menyentuh tetikus biru tanpa wayar. Kubuka browser google chrome, meluncuri laman muka buku. Sambil jari telunjukku memutar laju roda hitam di hujung tetikus, satu persatu status kawan-kawanku aku imbas.

Setelah selesai beberapa komentar, aku lihat jam di tangan. Jarum panjang tepat pnunjukkan angka 3. Baru 15 minit aku habiskan, masih berbaki 5 minit. Aku buka pula blog ‘Hikayat Budak Pening’, terus ke bahagian bawah, memantau ‘bloglist’ aku.

Dengan 5 minit masa yang masih tersisa, rasanya tak sempat untuk aku melawat banyak blog. Jadi, cukuplah menziarahi blog2 kenalan rapat. Itupon kalau ada yang dikemas kini. Dan aku bernasib baik, kerana blog ‘sifu’ aku, si fatihah tertera dengan tajuk entri terbaru.

Sekali lagi kulihat jam di tangan, masih lagi belum menunjukkan pukul 12.20 tengah malam. Lantas, dengan senang hatinya, pautan ke blog beliau aku klik. Dan terteralah di skrin computer riba aku akan laman blog beliau. Entri pendek beliau kubaca. Santai. Dan sepertimana biasa, entri beliau tidak pernah mengecewakan. Selalu buatku tersenyum.

Entah buat yang keberapa kalinya, sekali lagi aku tatap jam di tangan yang kian lusuh talinya ditelan masa. Walaupun permukaan kacanya sudah terpalit toresan-toresan halus dan garisan-garisan yang mencalar, namun tak pernah jemu mengingatkan aku tentang masa dan waktu.

Dan pada saat itu, jam lusuh itu juga masih belum menunjukkan pukul 12.20 tengah malam. Walaupon aku sedikit hairan, tapi tidak aku endahkan. kerana hatiku senang, kerana masih ada sisa masa yang berbaki untuk aku meninggalkan sedikit komentar pada entri ‘sifu’ aku.  

Sekali lagi jam ditangan aku tatap. Juga belom menunjukkan pukul 12.20 tengah malam. kali ini, aku mula ambil peduli. Sekali lagi aku perhatikan jam tangan hitam itu. Terperinci. Mencari dimana salah dan silapnya. Jam yang tersilap masa, ataukah mata aku yang tersalah baca?   

Setelah beberapa ketika, barulah kusedar yang jarum saatnya kaku, sepi dari sebarang putaran dan pergerakan. Jam aku mati. Lantas, cepat-cepat aku ketuk permukaan jam dengan jari, setelah dahiku kutampar-refleks semulajadi. Mujur, jarum saat itu berjalan kembali.

Dan seberapa pantas, aku menghalakan cursor penunjuk ke arah ‘task bar’, bagi membolehkan aku melihat jam computer riba kerana aku telah ‘auto hide’-kannya. Saat itu, jam di skrin computer riba sudah hampir menunjukkan pukul 1.00 pagi. Maknanya, dari 20 minit, rupanya sudah hampir sejam masa telah aku bazirkan.

Jam oh jam. Sesungguhnya kau benar-benar memahami aku. Kerana kau pon tak nak aku study, tapi membiarkan aku leka ber-online. Sayang kau ketat-ketat... hehehe...




Pha is

Comments

  1. tak tau la nak kata... mengamuk or merajuk.. hehehe

    ReplyDelete
  2. jam tu tdo dulu dr tuan die..kehkehkeh..

    ReplyDelete
  3. haha..adoi. sakit perut aku gelak. adakah aku turut bersalah sebab update blog lantas kau membaca dan terlajak masa untuk online?*fuh satu nafas ye aku bertanya...;p

    ReplyDelete
  4. hmm...terpulang.. sama ada ko nk salah kan dri ko or tak.. hehehe...

    ReplyDelete
  5. wahhh..best giler penulisan..tak jemu nak bace satu2..hahah

    bile dok selongkar blog ni..ohhh baru tahu!..layan novel rupanya..padan ayat sedap2 kan!

    hee :)

    ReplyDelete
  6. hehehe... thanks... x de la minat novel sangat... sikit2 je.. (n_n)

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Gelaran Adik Beradik Yang Betul

Gaji Ahli Farmasi

KTMD | Servise Penghantaran Motosikal