Skip to main content

Bila hanya pointer yang menjadi ukuran...


Aku tau yang aku ni tak cekang dalam akademik. Aku sedar yang pointer aku ni teruk. Aku tau yang banyak lagi paper aku yang sangkut. Tapi, tu semua dah macam kurang penting bagi aku. Bagi aku, kecemerlangan bukanlah hanya pada akademik semata.

Sebab tu lah aku boleh rilex lagi. kalau orang lain, mungkin dah nangis teresak-esak setiap kali result keluar. Aku? Ader la frust sikit2. Selebihnya... aku berserah. Apa nak jadi, jadilah!

So, disebabkan keputusan academic aku kurang memberangsangkan, maka adalah pihak2 yang (tiba2 je) rasa bertanggung jawab untuk mengendalikan program2 berbaur motivasi. Maka, kami2 ni pon terpaksalah pergi.
Bila aku datang je program, aku rasa hampeh. Dah la program sehari suntuk. Wajib hadir pulak tuh. Siap call sorang2 nak bagitau program ni wajib hadir. Tapi penganjur macam buat program tu halai-balai je. Macam nak tak nak je. Macam melepaskan batok di tangga.

Ada sesi ceramah motivasi, tapi ceramah yang tobat boring. Buktinya, fasilitor (yang tak terlibat secara langsung) pon dok sembang2 kat belakang. Siap ada yang main “angry bird”. Kalau diorang sendiri boring nak dengar, apatah lagi kami..

Lagipon, Tak ada isi yang aku boleh tangkap. Just cakap2 kosong kat depan, dan diselang-selikan dengan tayangan video. Bro, kalau setakat tunjuk video2 motivasi kat youtube yang orang lain dah cemuih tengok, baik tak payah doe...    

Bila berhenti rehat, rupa-rupanya tak disediakan makanan. (Okey....) Kalau anjuran persatuan pelajar yang kurang bajet, aku boleh terima. Tapi ni anjuran dari salah satu jabatan kerajaan..! lepas tu, bila orang makan kat luar, masuk lambat, marah pulak..

Aku tak kata yang aku ni hebat. Tapi, Ni benda basic kot dalam nak uruskan program. Aku rasa, kalau budak2 usm sendiri yang handle program ni pon boleh buat lagi baguih apa.. ni la jadinya bila hanya pointer yang jadi ukuran. Tapi Soft skill tak dak.

Pha is

Comments

  1. we know who we are!
    pandangan org kita xboleh nk kwl..
    let them be...just do ur best..
    Allah tgk usaha,, rezeki tu milik Dia..apa yg Allah beri, insyaallah itu yg terbaik utk kita.

    ReplyDelete
  2. just be ourselve habis citer hehe :)


    http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/rindu-yang-membunuh.html

    ReplyDelete
  3. saba jew la..study rajin2 & bukti kn pd mereka yg awak bole berjaya

    ReplyDelete
  4. i'allah...
    pasti kebahagian menjelma nanti..
    sabau jela..
    ngehhehe

    ReplyDelete
  5. selagi boleh sabau... kite sabau je... hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Gaji Ahli Farmasi

Gelaran Adik Beradik Yang Betul

KTMD | Servise Penghantaran Motosikal