30.12.11

bila jam pon tak nak aku study..


setelah beberapa jam mata aku mengadap nota, meniti informasi yang bakal disoal pada peperiksaan yang bakal tiba tak lama lagi, aku pon mengalihkan pandangan pada skrin laptop. Niat di hati nak berehat sekejap, menghilangkan kebosanan yang bersarang di hati dan mengurangkan ketepuan yang termendak di kotak minda.

Ku lihat jam ditangan, sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. malam yang sepi. Setelah melihat nota2 yang belum terusik, aku bertekad, hanya akan  ‘online’ buat beberapa ketika sahaja. Tak sanggup untuk lebih lama. Sasaran aku, 20 minit. Itu sudah memadai. Malah lebih dari cukup.

Lantas, skrin yang tadi gelap, kini bercahaya, bila tanganku menyentuh tetikus biru tanpa wayar. Kubuka browser google chrome, meluncuri laman muka buku. Sambil jari telunjukku memutar laju roda hitam di hujung tetikus, satu persatu status kawan-kawanku aku imbas.

Setelah selesai beberapa komentar, aku lihat jam di tangan. Jarum panjang tepat pnunjukkan angka 3. Baru 15 minit aku habiskan, masih berbaki 5 minit. Aku buka pula blog ‘Hikayat Budak Pening’, terus ke bahagian bawah, memantau ‘bloglist’ aku.

Dengan 5 minit masa yang masih tersisa, rasanya tak sempat untuk aku melawat banyak blog. Jadi, cukuplah menziarahi blog2 kenalan rapat. Itupon kalau ada yang dikemas kini. Dan aku bernasib baik, kerana blog ‘sifu’ aku, si fatihah tertera dengan tajuk entri terbaru.

Sekali lagi kulihat jam di tangan, masih lagi belum menunjukkan pukul 12.20 tengah malam. Lantas, dengan senang hatinya, pautan ke blog beliau aku klik. Dan terteralah di skrin computer riba aku akan laman blog beliau. Entri pendek beliau kubaca. Santai. Dan sepertimana biasa, entri beliau tidak pernah mengecewakan. Selalu buatku tersenyum.

Entah buat yang keberapa kalinya, sekali lagi aku tatap jam di tangan yang kian lusuh talinya ditelan masa. Walaupun permukaan kacanya sudah terpalit toresan-toresan halus dan garisan-garisan yang mencalar, namun tak pernah jemu mengingatkan aku tentang masa dan waktu.

Dan pada saat itu, jam lusuh itu juga masih belum menunjukkan pukul 12.20 tengah malam. Walaupon aku sedikit hairan, tapi tidak aku endahkan. kerana hatiku senang, kerana masih ada sisa masa yang berbaki untuk aku meninggalkan sedikit komentar pada entri ‘sifu’ aku.  

Sekali lagi jam ditangan aku tatap. Juga belom menunjukkan pukul 12.20 tengah malam. kali ini, aku mula ambil peduli. Sekali lagi aku perhatikan jam tangan hitam itu. Terperinci. Mencari dimana salah dan silapnya. Jam yang tersilap masa, ataukah mata aku yang tersalah baca?   

Setelah beberapa ketika, barulah kusedar yang jarum saatnya kaku, sepi dari sebarang putaran dan pergerakan. Jam aku mati. Lantas, cepat-cepat aku ketuk permukaan jam dengan jari, setelah dahiku kutampar-refleks semulajadi. Mujur, jarum saat itu berjalan kembali.

Dan seberapa pantas, aku menghalakan cursor penunjuk ke arah ‘task bar’, bagi membolehkan aku melihat jam computer riba kerana aku telah ‘auto hide’-kannya. Saat itu, jam di skrin computer riba sudah hampir menunjukkan pukul 1.00 pagi. Maknanya, dari 20 minit, rupanya sudah hampir sejam masa telah aku bazirkan.

Jam oh jam. Sesungguhnya kau benar-benar memahami aku. Kerana kau pon tak nak aku study, tapi membiarkan aku leka ber-online. Sayang kau ketat-ketat... hehehe...




Pha is

28.12.11

Fiksyen 302


Tadi saja jalan2 tak tentu arah dan hala tuju ngan kawan2. Entah macam mana, tiba2 kami terdampar kat kedai buku popular. So, melepak la kejap dalam tu. Sambil tengok2 buku. (ye la, dah nama pon kedai buku).

Tapi, dalam kami bermain ushar2, tiba2 anak mata aku terhenti pada sebuah novel terbaru Ramle Awang Murshid, “novelis thriller no. 1 malaysia”, yang bertajuk “Fiksyen 302”. Pergh..!!! rasa macam terus nak grab dan pi ke kaunter bayaran je.

Tapi, langkah dan niat aku terhenti bila mengingatkan kes yang pernah terjadi keatasku suatu masa yang tak bebrapa lama dahulu. Masa tu, aku beli novel “Cinta Sufi”, juga karya Ramlee Awang Murshid (RAM).

Tapi, bila aku bawak balik rumah, rupa2nya adik bongsu aku awal2 lagi dah beli dah novel tu. So, macam rugi je aku beli. Sampai sekarang, novel “Cinta Sufi” aku tu aku tak buka2 pon plastic dia. Masih tersimpan elok.

Well, memang kami satu family (terutamanya adik bongsu aku) memang peminat setia novel RAM. Aku yang mula2 perkenalkan novel karya RAM kat adik aku. Masa tu, aku bagi diorang baca novel trilogy  “Tombiruo”. (my fevered dalam banyak2 novel RAM)

So, bak kata orang, aku tak mau la pisang berbuah dua kali. Rasanya adik bongsu aku mesti dah beli novel ni. tambah2 pulak beliau sekarang ni baru habis SPM. Konfom tak tau nak buat apa. Dah la PLKN pon tak panggil.

Dan aku sekarang pon tengah study week. Tak de masa aku nak layan novel2 ni. baik aku study dulu. (tapi ader je masa update blog. hampeh). Aku ingat, lepas exam nanti, baru aku nak start baca.

So, bye bye dulu “Fiksyen 302”... nanti2 kita jumpa lagi yer.. jangan nakal2 tau... sob sob...


p/s: dalam istilah medical, “sob” bermaksud “short of breath” (pengetahuan am).


Pha is

wordless wednesday #WW22



wordless wednesday yang lepas :

27.12.11

kempen anti zina bersama ustaz azhar idrus


Saban tahun, ada ja pembuangan bayi. Dan kebanyakan kes dilaporkan sekitar penggal kedua setiap tahun, bermula sekitar julai. Kata orang, ni semua akibat membuktikan dan menzahirkan ‘cinta’ di malam tahun baru dan malam valentine’s day.

Yang sedihnya, selalunya yang terlibat orang melayu yang mengaku islam. Jadi, bagi menghindari perkara ni, maka amat bertepatanlah kempen anti zina bersama ustaz azhar idrus ni.


Sapa yang berkesempatan, boleh la pi joint...

Pha is

26.12.11

melepak


Alhamdulillah, baru selamat kembali ke penang dari KL. Sepatutnya perjalanan kali ni nak meraikan member yang bertunang, tapi disebabkan sedikit masalah yang tak dapat nak dielakkan, kami terlewat sampai. Bila sampai pon, “anak teruna” dah nak bertolak balik dah.

Maka, merayaulah kami berpeleseran di sekitar KL, melepak tanpa arah tuju sepertimana anak2 muda yang tak ada matlamat hidup dan tak ada harapan pada bangsa dan Negara.
Jika diikutkan balik, setiap kali study week, mesti ada kerja gila yang aku buat. Kalau sem lepas, time study week, masa orang tengah sibok study, aku pi hiking bukit bendera sampai nak pitam di pertengahan jalan. Study week sem ni pulak, aku naik bas pi merayau kat KL.

Yang bestnya, masa aku tengah melepak kat sebuah pusat membeli belah yang aku tak tau nama apa, masa nak turun dari escalator, tiba-tiba aku ternampak pak ngah aku. KANTOI..!!!!  Huh, gelabah kejap aku masa tu.

Then, aku tarik nafas, tenangkan diri, dan buat muka tak bersalah, dan pi jumpa pak ngah aku tu. Masa tu, Mau tak terkejut diorang. Tiba2 je jumpa anak sedara dari penang.   

Pha is

24.12.11

aku, motosikal, dan kereta...


Kalau perlu aku memilih antara motosikal dan kereta, aku lebih suka motosikal. Dan aku ingat, bila dah bekerja nanti, aku tetap nak pakai motosikal. So, korang boleh kata yang aku ni mat moto. tapi aku bukan mat rempit.

Walaupon pernah suatu hari, mak aku pernah cakap kat aku, “nanti bila hang dah kerja, boleh mak merasa naik kereta hang.” Tapi, aku balas, “cek malas la nak pakai kereta. Kalau mak nak, nanti kami share duit, beli kereta untuk anim (adik aku). Lepas tu, nanti boleh la mak merasa naik kereta dia.”

Walaupon aku tau kereta lebih selesa, lebih selamat, dan lebih effisyen terutamanya kat Malaysia yang berada dalam kawasan ‘hutan hujan tropika’, tapi moto tetap menjadi pojaan hatiku.

Walaupon aku nak pakai moto, tapi kalau aku ada duit lebih sikit, at least boleh jugak aku angkat super bike. Rasanya, kalau aku dah jadi ahli farmasi nanti, tak de hal la... heheh..

Target aku sekarang, Kawasaki ninja 250r pon dah cukup. Tak payah cc banyak2 sangat sampai 1000. Aku nak pakai pi keje je... Bukannya nak buat racing. hehehe  

Tapi, sebelom aku kawen, aku rasa nak tak nak aku kena jugak ada 1 kereta. Bukannya apa, sekarang ni ramai orang (tapi tak semua) jenis materialistik. Orang pandang harta benda. Manusia sekarang (terutamanya lelaki) dinilai dengan kereta, wang ringgit, dan sebagainya.

Kalau tak ada kereta, jangan harap la nak lepas meminang anak dara orang. “kereta pon tak ada, ada hati nak meminang anak dara kita..!!” karang tak pasal2 aku kena macam ni.

Lagipon, aku rasa, kerata ni satu keperluan jugak, terutamanya bila dah berkeluarga. Kalau tak ada kereta, macam mana aku nak angkut anak bini kalau ada emergency. So, penting la jugak.

Apa2 pon, kereta tu nanti, aku bagi je la kat bini aku. Suka hati dia la nak buat apa pon. Aku ni kalau dah ada moto, dah cukup puas hati dah.  

Pha is

Test post entry pakai android



Saja nak try. Application yg aku pakai, bloggeroid. Sapa yang ada android, search je application ni kat market.

Tapi macam renyah la pulak kalau nak taip pakai android. Tak biasa...

-pha is
posted from Bloggeroid

22.12.11

Ramlee Awang Murshid di USM???



Aarrgghh...!!! aku terlepas....  program berjalan pagi tadi.. tapi dah petang baru aku ternampak poster ni... rugi2... kalau tak, boleh jumpa Ramlee Awang Murshid (RAM). Dapat bergambar sekeping dua pon cantek gak... Walaupon aku bukan peminat novel yang tegar, tapi novel yang aku selalu baca kebanyakannya karya RAM. Dari trilogy Tombiruo, sehinggalah  ke sutera bidadari.

Rugi2... 

Pha is

USM UNIVERSITI PERTAMA TERAJU PROGRAM KEUSAHAWANAN BIDANG FARMASEUTIKAL



Pulau Pinang, 16 Dis. – Universiti Sains Malaysia (USM) mencatat sejarah apabila buat pertama kali dipilih oleh syarikat kimia berprestij negara, Kumpulan Chemical Company of Malaysia (CCM) sebagai universiti pertama Malaysia menerajui bidang keusahawanan dalam bidang farmaseutikal.
Program yang dinamakan Jalinan Universiti dan Industri (JATI) di bawah Chemical Company of Malaysia (CCM) telah memilih USM sebagai peneraju dan kolaborasi bersama bagi mensasarkan 500 usahawan muda dari bidang Farmaseutikal sehingga tahun 2020.
Menurut Prof. Dato’ Omar Osman, Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia (USM), program kerjasama di antara CCM dan Pusat Pengajian Sains Farmasi USM diharap dapat membuka dimensi baru buat pelajar yang bergraduan dalam bidang tersebut, bukan sahaja menjadi seorang ahli Farmasi berjaya,malah dibentuk menjadi ahli perniagaan dan usahawan masa hadapan.
“Sekiranya program JATI CCM-USM diambil penelitian secara terancang, saya percaya ia mampu melatih pelajar agar tidak terikat kepada sudut pandangan konservatif dan memupuk graduan agar berkeupayaan menjadi berbeza dengan yang lain melalui penyebaran ilmu untuk faedah masyarakat keseluruhannya,” katanya ketika merasmikan program Jalinan antara Universiti dan Industri (JATI) CCM-USM di Kompleks Cahaya, USM.
Tambahnya lagi, Pusat Pengajian Sains Farmasi bukan sahaja perintis di dalam bidang penghasilan ubat-ubatan, malah telah melahirkan ramai graduan yang berdikari dan bekerja sendiri melalui bidang perniagaan.
“Graduan Farmasi USM senantiasa diperlengkapkan sebaik mungkin bukan sahaja ilmu tetapi juga pengalaman, cantuman ini saling melengkapi dan pastinya akan menguntungkan negara kelak”
Selain itu, Dekan Pusat Pengajian Sains Farmasi, Prof. Syed Azhar Syed Sulaiman berkata, Pusat Pengajian Sains Farmasi telah menghasilkan sumber rujukan pertama di dunia untuk penghasilan perubatan menggunakan sumber bahan yang halal, iaitu Pharmacopia.
“Pihak PPSF melalui kerjasama dan buah idea para pensyarah dan penyelidik telah berjaya menghasilkan Pharmacopia, sumber rujukan pertama dunia untuk ahli farmasi merujuk dan menganalisis bagi mencipta ubat-ubatan menggunakan bahan yang sah dari segi kehalalannya,” katanya selepas majlis perasmian.
Katanya, sekiranya tiada apa-apa halangan, Pharmacopia bakal dilancarkan pada tahun hadapan dan USM merupakan perintis pertama dunia yang menghasilkan sumber rujukan tersebut.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan Kumpulan Chemical Company of Malaysia (CCM) dan Prof. Sudesh Kumar, Pengarah Jaringan Industri dan Masyarakat USM.




21.12.11

bersalah...


Pada mulanya, aku fikir, aku sememangnya tak nak terjebak dalam hal ni. Tapi, bila tiba detik kejadian, macam aku tak dapat nak buat apa-apa. Walaupon secara zahirnya, aku boleh menolak, tapi, jujurnya, perasaan inkuiri tu tetap ada.

Jadi, aku pon buat, something that i don’t proud of. Masa aku buat, aku cuba ikhlaskan niat. Tapi, hati manusia.... tak mungkin sempurna.

Bila segalanya selesai, aku mula bermuhasabah diri. Menilai kembali segala yang aku lakukan. Patutkah? Dan kini, aku mula rasa bersalah. Bertambah-tambah bila terdengar ada yang tak puas hati.

Aku masih rasa bersalah. Sangat-sangat...

Pha is

wordless wednesday #WW21

(picture credit to A.R photography)


wordless wednesday yang lepas :

18.12.11

Makan2 penang 1 : jalan datuk koyah

Bila sebuat pasai tempat makan di penang, selalunya mesti ‘orang luar’ akan sebut nasi kandar “line clear”. Secara jujurnya, walaupon aku dok kat penang, tapi aku tak pernah lagi makan kat situ. Member aku cakap, orang yang pi nasi kandar line clear ni selalunya orang luar dari penang je. Orang penang dah jarang pi sana. Kata mereka, kotor. Tapi, betul or tak, aku tak pasti.

Oleh kerana aku ni agak kuat nafsu makan, dan pantang kalau ada member2 ajak makan, aku ingat, lepas ni, aku aku nak try post entry yang berkaitan dengan tempat2 makan kat dalam penang ni. saja. At least boleh la korang2 try nanti bila korang datang kat penang.

Sebagai permulaan, aku nak memperkenalkan “ABU”. Ada sesetengah orang panggil kedai ni “datuk koyah” oleh kerana kedai makan ni terletak di jalan datuk koyah. Kat sini, menu utamanya ialah roti. Walaupon terdapat menu2 sampingan seperti nasi , mee, dan magi goreng.
koordinat : 5°25'11.22"N  100°19'54.83"E

Antara roti yang pernah aku dan member2 aku order selalunya roti L.A, roti Hong Kong, roti samurai, roti taj mahal, dan banyak lagi. pernah satu hari tu, kami nak order roti millennium tapi nasir (pelayan kat situ) cakap, roti tu Cuma jual pada malam tahun baru ja.

Bila aku sebut roti, kalau ada yang dok fikir “eh, makan roti je? Boleh kenyang ke?”, korang boleh try sendiri. Aku takut nanti tak larat nak habis je, terutamanya roti taj mahal. Rekod kami, habiskan roti taj mahal dalam masa 18 minit. Siap sempat pi tandas lagi. Hehehe..
Dan bagi aku, tarikan utamanya ialah kat nasir, pelayan kat situ. Korang mesti terpukau la dengan skill dia masa dia “kira”. Ni video yang sempat aku ambik. Tapi tak dengar sangat sebab bising. 

Pha is

17.12.11

street of london


pada mulanya, Prof. Yuen minta Jasper nyanyikan lagu "street of london" masa hari presentation kami. Saja2, seronok2.. tapi at last, kami semua 1 kelas decide untuk nyanyikan lagu ni dedicated khas buat Prof. Yuen. 

Memang terharu. Terutamanya bila ucapan Prof Yuen lepas lagu tu... (ekceli masa tu mata aku dah berair dah.. hehehe)

So, layan...




p/s : video ni diambil beberapa hari yg lepas.. post lambat sbb nk ambik video ni dari member...

Pha is

16.12.11

denial phase


Sejak akhir2 ni, aku sering mimpikan arwah tok wan. Semua mimpi tersebut seolah-olah beliau masih hidup. Salah satunya yang aku ingat, macam tok wan baru bangun dari koma yang panjang.


Mungkin kerana aku sendiri sebenarnya masih susah untuk percaya yang tok wan dah pergi. Mungkin aku masih lagi dalam Fasa penafian (denial phase). Minda separa sedar aku masih kuat mengatakan yang tok wan masih ada.

saat pemergian tok wan, saat mak mengejutkan aku pada jam 2 pagi untuk memberitahu tok wan dah pergi, aku tak percaya. Dalam fikiran aku, mungkin mereka silap. Lantas, aku pergi lihat muka tok wan. Kaku. Aku lihat dada tok wan, sunyi dari sebarang pergerakan.

Aku pegang tangan beliau. Sejuk. Perlahan-lahan aku cari denyutan nadi di tangan. Tiada. Aku masih lagi tak puas hati. Lalu, perlahan-lahan aku sentuh leher arwah, mencari “carotic pulse” tanpa pengetahuan sesiapa. Sekali lagi aku hampa.   

Walau bagaimanapon, aku masih susah nak percaya. Walaupon lepas tu, aku sendiri yang membuat laporan kematian di balai polis. Hati aku masih susah nak percaya.

Pada tengah hari itu, aku tolong memandikan jenazah. Aku tolong mengkafankan, solatkan, bawa ke tanah perkuburan, angkat jenazah ke liang lahad, sehinggalah mendengar talkin pak imam. Tapi bagi aku, seolah-olah aku rasa yang arwah masih hidup.  

Yang pergi telah pergi. Tak mungkin kembali. Ya Allah, sesungguhnya aku redha atas ketentuanMu. Maka Kau tenangkanlah hatiku. Kau cucurilah rahmat keatas roh tok wan ku. Moga-moga rohnya dapat bersemadi dengan aman di sana.... Ameen.


Dalam kenangan,
Ahmad bin Che Tom
Kembali menghadap Pencipta pada 29 Ogos 2011 M,  bersamaan 29 Ramadhan 1432 H 

Pha is

15.12.11

demo silat


Kalau sebelom ni, rekod aku buat demo silat 2 malam berturut2, tapi esok, aku bakal memecahkan rekod aku sendiri dengan mengadakan 2 persembahan silat dalam 1 malam. Berturut-turut.!!!

Persembahan pertama atas jemputan dari sebuah majlis. Lepas habis buat persembahan tu, kami kena balik ke tempat latihan untuk UJIAN demonstrasi silat.

Tak cukup dengan tu, keesokan harinya, kami kena jadi tester untuk ujian buah umum level 200 (tahun 2). Malam tu, kami ni seolah-olah macam “punching bag” untuk budak2 tahun 2.

Apa yang dapat aku bayangkan sekarang ni, hujung minggu ni, at least 1 atau 2 lebam akan melekat kat badan aku.

Harap2, semuanya berjalan lancar.. insyaAllah...




 Pha is

malam pendekar 2012



InsyaAllah, pada 25 febuari 2012, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Sains Malaysia (PSSCMUSM) akan menganjurkan majlis persembahan demonstrasi seni bela diri yang diberi nama “Malam Pendekar”.

Majlis Malam Pendekar ini diadakan bersempena dengan sambutan perayaan ulang tahun PSSCMUSM kali ke-35 yang bertemakan “Ilmu Bela Diri Tunggak Jati Diri Negara.”

Pada malam tersebut, antara seni bela diri yang dijangka akan membuat persembahan termasuklah:
1. Seni Silat Cekak Malaysia
2. Seni Silat Gayong Malaysia
3. Seni Silat Lincah Malaysia
4. Seni Silat Gayong Fatani Malaysia
5. Kelab Kung Fu USM
6. Pertubuhan Silambam Pulau Pinang

Majlis akan diadakan di Dewan Tunku Syed Putra (DTSP) University Sains Malaysia Pulau Pinang. Tiket masuk hanya RM5 sahaja. Sebarang soalan dan keterangan lanjut boleh menghubungi saudara Isra (0137964234) atau saudari Yana (0134776404)

14.12.11

orang mana?


Kisah 1
Situasi : masa orang nak mai memanggil*, sekitar musim kenduri.

Jiran : mak long, ni kami nak mintak sila la mai kenduri kahwin kat rumah 20 hari bulan 12 nanti.
Mak : insyaAllah... sapa yang kawen?
Jiran : si faisal tu la..
Mak : owh.. dengan orang mana?
Jiran : dengan orang Terengganu mak long oi.. Orang dekat2 dia tak mau. Jenuh kami masa nak pi meminang. Nasib baik jumpa rumah.
Mak : biaq pi la kat depa. Dah jodoh.
Jiran : hang pait, bila nak menikah?
Aku : (senyum)
Jiran : tak pa la mak long, saya mintak diri dulu la. assalamualaikum..
Mak : waalaukumussalam..
(lepas jiran dah blah)
Mak : hang pait, nanti tok sah dok cari orang jauh2 sangat. Dekat2 sudah.
Aku : (-_-')



Kisah 2
Situasi : beberapa kawan aku singgah mai rumah aku. Ada lelaki dan ada perempuan. Lepas diorang balik, adik2 aku menyakat aku, kononya aku “dengan” salah seorang yang mai rumah tadi.

Adik : abang, tadi bakal kakak ipar ka?
Aku : haish, mana ada. Kawan biasa2 ja.
Adik : hmm.. ye la tu...
Mak : yang mana satu ni? (tiba2 menyampuk)
Adik : yang duduk kat area Selangor tu, mak... hehehe
Mak : jauh jugak tu... hang ni pait, cari la yang dekat2 sikit..!
Aku :   (=_=')




Kisah 3
Situasi : aku dan mak dok sembang2 di luar rumah pada waktu petang

Mak : bla bla bla...
Aku : bla bla bla...
Mak : dalam mak dok perhati, mak tengok orang perak ni baguih2. Mak bekenan la kat orang perak. Hang tak dak ka kawan2 perempuan yang orang perak?
Aku: (=_=")


*memanggil = menjemput ke kenduri kahwin.

Pha is

petua menjaga mata


Sekarang, Alhamdulillah, aku bersyukur kerana masih lagi belum berkeperluan untuk berkaca mata. masih lagi dapat membaca tanpa perlu bantuan dari kaca mata. masih lagi dapat melihat dengan jelas tanpa kaca mata. tapi tahun2 akan datang, siapa yang tahu.

Aku seboleh-bolehnya, tak nak berkaca mata sehingga aku tua. Itu pon jika diizinkan oleh-Nya. insyaAllah. Kalau boleh, aku nak meni’mati setiap keindahan ciptaan Allah ini tanpa perantaraan apa2 alat.

Sebab itu lah, aku mencuba apa2 sahaja petua yang aku tahu untuk menjaga mata. yang pertamanya, aku kerap meminum jus keret susu. Kata orang keret (lobak) banyak khasiatnya untuk mata.  

Yang keduanya, pesan arwah tok wan aku masa aku form 3, setiap kali mendengar azan, apabila tiba laungan “asyhadu anna Muhammadan rasulullah”, selepas menjawab kalimah tersebut, cium (kucup) belakang kedua-dua ibu jari tangan, dan sapu kelopak mata dengan bahagian tersebut.

Tapi masa aku form 5, petua yang ke-2 ini disebut pula oleh ustaz di sekolah aku. Sama seperti apa yang arwah tok wan aku cakap. Cuma ustaz aku tu menambah lagi dengan sepotong doa. Doanya aku tak beberapa nak ingat.

Yang ketiga, juga dari pesanan arwah tok wan aku, kata beliau, kalau rasa gatal di mata, jangan tenyeh (gosok) mata dengan jari. Tapi tenyeh dengan lengan. Bahagian ‘bicep’. Mata kanan dengan bicep kanan dan mata kiri dengan bicep kiri.

Menurut beliau, ini petua orang melayu dulu-dulu. Sebenarnya, ada cerita disebalik petua ni. ceritanya melibatkan satu sumpahan antara mata dan lengan. Arwah tok wan aku pernah cerita kat aku. Panjang ceritanya. Betul atau tak, wallahu a’lam.  

Walaupon aku tak suka berkaca mata, tapi aku mudah tertarik dan terpegun dengan perempuan yang berkaca mata. sungguh. Bagi aku , perempuan yang berkaca mata memang lawa. Kalau boleh, ciri2 calon isteri aku nanti mesti yang berkaca mata. hehehe....  

Pha is

wordless wednesday #WW20


walaupon sepatutnya "wordless", tapi kali ni just nak bagitau yang gambar kat bawah ni sebenarnya dekstop background laptop aku. maklumlah, exam nak dekat. sebagai inspirasi untuk study..


wordless wednesday yang lepas :

12.12.11

Konvo PSSCM zon utara


Baru2 ni aku baru balik dari UUM. Ini dah kali ke-2 aku pi UUM. Dua2 aku pi dengan moto dari USM. Dan kedua-dua perjalanan aku ke UUM disebabkan program Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.

Kalau dulu aku pi sebab menghadiri forum, kali ni sebab majlis konvokesyen PSSCM zon utara. Walaupon aku dah “grad” sijil rendah tahun lepas, tapi kali ni aku pi jugak. Saja nak tengok.

dah alang2 pi UUM, sempat jugak kami pusing2 satu UUM. giler luas..!!! asal nampak tempat elok sikit, kami berdemo bergambar.



Keseluruhannya, tahniah kepada ajk PSSCMUUM kerana telah Berjaya mengendalikan majlis konvokesyen kali ini.

Pha is


11.12.11

tunggu masa je...


tadi, masa perjalanan pulang dari rumah member di jitra ke USM, tiba2 aku migraine di pertengahan jalan. Dah la naik moto. Lantas, aku memutuskan untuk singgah sekejap di rumah untuk tidor buat beberapa jam minit.

Bila aku sampai kat rumah, mak tak ada. Keluar pi pekan ahad (pekan sehari). Yang ada Cuma adik. So, aku mbil bantal dan terus tidur di ruang tamu.

Dan bila aku bangun dari tidur, aku ke dapur. Jam dah menunjukkan jam 2.30 petang dan aku belum makan tengah hari lagi. bila tengok kat atas meja makan, aku Nampak durian..!!!

Pergh.. time2 aku migraine ni la mak aku beli durian. Siap dengan pulut..!!! buka peti sejuk pulak, Nampak santan. Lengkap.! Buka tudung saji pulak, Nampak sambal belacan. Kalau dapat kat aku sambal belacan dengan durian, makan nasi tak ada lauk lain pon dah tak pa dah.

Kalau aku tak makan, rasa rugi gila. Kalau aku makan, nanti migraine + demam pulak. Setelah memikirkan semolek-moleknya, akhirnya, aku memutuskan untuk makan durian.

Apa nak jadi, jadilah. Aku rela demam, dari melihat durian depan mata yang tak terusik. Lepas pekena pulut durian, makan nasi dengan sambal durian pulak. Memang ni’mat.

Lepas makan, terus bertolak ke usm. Dan bila sampai kat jambatan, hujan lebat pulak. Nak berhenti berteduh pon rasanya hujan tu lambat lagi nak berhenti. So, aku redah je la.

Kesimpulannya, migraine + durian + hujan. Dan sekarang aku batuk dan sedikit selesema. So, sekarang ni, aku memang tengah tunggu masa je nak demam.

Pha is


9.12.11

hancurnya hati


Sedih. Betul2 sedih. luluh hatiku bila perangcangan yang telah dirancang selama hampir setahun, tiba2 tak dapat nak di laksanakan. Maka, betullah kata orang, kita hanya boleh merancang, tapi Dia yang tentukan.

Sedih dan tension. Kerana hanya disebabkan masalah yang kecik, silly mistake, perangcangan hancur. Setahun aku rancang. Dah macam2 persiapan dah dibuat, tapi keadaan terjadi tak seperti yang diharapkan.

Walaupon bibir aku sendiri selalu menyebut “expect the unexpected, or dying watching it happen”, tapi kali ni, aku termakan dengan kata2 itu sendiri. Memang sedih. Tapi nak buat macam mana. Terima je lah apa yang berlaku. Aku redha. Aku percaya, semuanya ada hikmah disebalik yang terjadi.

Malam ni, kami akan bertolak ke UUM dari USM. Berkonvoi dengan motosikal ke konvokesyen ujian sijil rendah PSSCM zon utara. Sebenarnya, saat inilah yang paling aku tunggu2 sejak aku beli moto aku tu.

Aku sangat teringin nak menunggang moto aku untuk perjalanan yang jauh. Hampir setahun aku menunggu saat ini. Bagi aku, inilah kesempatan yang terbaik untuk aku “test” moto kesayangan aku tu. Dan untuk itu, segala persiapan telah dilakukan. Segalanya persedian untuk konvoi kami telah aku lakukan, kecuali satu.

Hanya satu perkara yang aku terlupa. Dan disebabkan satu perkara inilah, semua penantian aku hancur sepertimana hancurnya hati aku ini. Dan adapun, satu perkara tersebut ialah, aku terlupa nak perbaharui roadtax moto aku..

MySpace


TIDAK..!!!!! 

Pha is

antara dua nafsu...



Kat sini aku nak bagi satu situasi. Katakan, pada suatu malam yang nyaman, dengan tiupan bayu malam sedingin salju, dan mata korang rasa mengantuk. Walaupon malam tu tak hujan, tapi sejuk.

Dan dihadapan korang, ada satu katil yang empuk sedang menunggu. Dengan tilam setebal  5 inci, selimut dari kain yang sangat lembut, bantal kepala yang empuk, dan ditambah dengan bantal peluk berukuran sesedap rasa.

Dan mata korang memang dah rasa berat. Mungkin sebelum tu korang baru Berjaya siapkan 1 assignment. Dan mood korang untuk tidur memang membuak-buak. Dan jam pula dah menunjukkan pukul 3 pagi.

 Lantas, korang menghempapkan badan korang yang gebu tu di atas tilam yang sedari tadi bagai melambai-lambai kat korang. Setelah selimut ditarik, merekot lah korang bersama bantal peluk tadi.

Namun, sebelum sempat korang melelapkan mata, tiba2 korang rasa lapar. Lapar yang amat. Tapi tak la sampai tahap gasterik. Dan tiba2 juga, Korang terus mengidam mee goring mamak kat restoran subaidah nasi kandar 24 jam.(contoh)

So, Disini berlaku satu pertembungan antara nafsu tidur dan nafsu makan. Antara tidur yang enak di malam yang dingin atau keluar memacu motosikal di malam yang sejuk bagi menghilangkan rasa lapar korang.  

Jadi, kalau korang berada dalam situasi ni, apa korang akan buat?


(kalau aku, tak fikir panjang dah. terus keluar makan.)


Pha is

8.12.11

Perjuangan


Bagi aku, Hidup memerlukan perjuangan. Jangan hanya asyik dalam “confort zone”. Keluar. Cari benda baru. Ekspoitasi. Baru hidup lebih terisi dan lebih bermakna. Bak kata pepatah arab :

“Air yang tidak mengalir (statik), akan merosakkan air tersebut. Pemuda yang banyak masa kosong (tidak dinamik), akan dibunuh oleh masa kosong itu”

Balajar pon dikira sebagai satu perjuangan.  Perjuangan membebaskan diri dari kejahilan. Tapi, proses pembelajaran tak semestinya di bilik kuliah. bak nota kuliah social marketing,  “learning is the changes in an individual’s behaviour arising from experience.”

Kalau sebelum2 ni, perjuangan aku banyak berkisarkan silat. Tambah pulak bila dah pegang jawatan dalam persatuan silat. Sikit2 silat. Macam aku masuk usm ni amik kursus major silat minor farmasi.  

Tapi sekarang, sejak dah letak jawatan, rasa ringan sikit bahu aku ni. Sikit je. Selagi tak lepas event malam pendekar, selagi tu aku terikat dengan janji aku kepada abg munzir.



Sebab tu aku takut nak bagi komitmen kepada kerja2 yang lain walaupon secara rasminya, aku dah tak pegang apa2 jawatan. Terutamanya gerak kerja yang melibatkan semester depan. Sebab aku masih lagi terikat dengan silat. Dengan sambutan malam pendekar. 

Pha is

7.12.11

berkonvoi ke konvo


Tanggal 9 desember 2011, jumaat ini, maka akan bermulalah perjalanan aku dan rakan2 yang akan berkonvoi dengan moto masing2 dari Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang ke Universiti Utara Malaysia, sintok Kedah. Perjalanan kira-kira 155km.


Kami akan berkonvoi ke konvokesyen ujian sijil rendah Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) bagi zon utara dengan bilangan 6 orang, 5 motosikal. Harap2 cuaca elok. insyaAllah...

Pha is

wordless wednesday #WW19




wordless wednesday yang lepas :
#WW1#WW2#WW3#WW4#WW5#WW6#WW7#WW8#WW9#WW10#WW11#WW12#WW13#WW14#WW15#WW16#WW17, #WW18


Pha is

feveret


Tiba2 kawan aku post pasai lagu fevered dia. So, aku pon terfikir nak kongsi satu lagu yang baru2 ni Berjaya mencuri hati aku. Tapi ni bukan lagu yang “asli”. Just a “cover”. Macam yang si najwa latif selalu buat tu, sebelom dia popular dengan lagu cinta muka bulu dia tu...

Apa2 pon, actually, thanks kepada kawan aku yang lagi sorang ni yang telah mendedahkan aku kepada cover lagu ni. sejak dia post kat pesbuk, terus aku terpikat. Tajuk lagunya ialah “look at me now”.. penyanyi asal Chris Brown ft Lil Wayne dan Busta Rhymes.

Tapi aku suka yang cover by KarminMusic. Seriously, kalau korang tengok dua2 klip video lagu ni (asal dan yang cover), memang jauh bebenor bezanya. Kalau yang asal, nyanyi ntah apa2.. tak macam lagu langsung. try la tengok sendiri..!!!


yang asal


cover by karmin. yang aku minat.

lagipon, dahsyat giler dia rap kan? aku yang dengar ni pon dah nk berbelit lidah.. hehehe...