29.11.11

bila minat sama...


Baru2 ni, terbaca blog classmate aku ni yang cerita pasai panggilan dari kawan beliau dari luar Negara. Kawan lama katanya. Sekali-sekala, dapat bersembang dengan kawan yang sudah lama tak bersembang, memang seronok kan?

Macam yang berlaku kat aku semalam. Tapi, kawan aku ni tak de la blajar kat luar Negara pon, tapi takat UPM je (seriously tak bermaksud nak memperkecilkan UPM). Tapi, oleh kerana beliau mungkin sibok (budak medic) dan mungkin juga aku perasan sibok, dah agak lama la dah tak kontec.

Dulu, kami budak fizik kat matrikulasi. Tapi sekarang, aku budak farmasi, dia budak medic. Kalau nak kata aku ni buat kerja gila, dia lagi gila la. hahahaha...

And yes, dia juga berlainan jantina dengan aku, sama seperti kisah classmate aku tadi. Tapi kali ni, kawan aku ni dah macam pangkat “kakak” kepada aku, walaupon umur lebih kurg sama je (tak bermaksud dia Nampak tua. Korang jangan buat spekulasi bukan2 pulak).or aku yang pikir korang akan pikir bukan2?

Dulu aku kenal dia pon, pertamanya sebab dia classmate aku masa kat matrikulasi tu. Keduanya, dia budak pandai, so, selalunya assignment beliau la antara yang rajin kitorang jadikan sebagai "tauladan". Tapi, lepas je keluar matrik, kadang2 kami still sembang2 (kebanyakannya SMS).

Nak kata rapat tu, tak la sangat. Kenal gitu2 je. Tapi seronok sembang (mesej) dengan beliau. Mungkin sebab kami kongsi minat yang sama. Dan semalam pon, kami still sembang tentang minat kami tu.

Minat yang sama yang aku maksudkan ialah.... NARUTO..   



Pha is

25.11.11

Kelebihan Peribadi


Setiap orang ada kelebihan dan kekurang. Itu normal. itu natural, itu sunnatullah keatas hidup manusia. Ada orang “cekang” dalam sesuatu part tapi dia mungkin saja lemah dalam suatu sudut yang lain.
Tadi, selepas habis kuiz pharmacy practice, sementara menunggu kelas yang seterusnya yang akan bermula setengah jam lagi, sempat aku bersarap dengan kawan-kawan. entah tiba-tiba, perbualan kami berkisar tentang topic ni.

Ada kawan aku ni cekang dalam akademik. Tiap-tiap semester dapat anugerah dekan. Ada kawan aku ni pulak nama je pelajar farmasi. Tapi cekang giler kalau bab-bab computer. Dan sorang kawan aku ni cekang dalam bab photografi, terutama lepas beliau mencekau D90 lepas duit JPA masuk.

Tapi aku? Bab apa yang aku cekang? Dalam perbahasan masa kami bersarap tadi, ada yang mencadangkan yang kelebihan aku terletak pada bab pengurusan, since aku banyak pegang jawatan.

Tapi, seriously, aku tak rasa macam tuh. Sebab kehidupan seharian aku sememangnya tak terurus. Hanya Allah dan roommate aku saja yang tahu. Lagipon, pernah aku muhasabah diri aku dan hasilnya, aku dapati aku lebih mudah menjadi pengikut yang baik berbanding menjadi pemimpin yang baik. Buktinya cukup jelas.

Kalau kat sekolah dan kat matrik dulu, mungkin aku termasuk dalam katagori kumpulan yang mempunyai kelebihan dalam akademik. Tapi sekarang, hampeh. Banyak paper yang sangkut, kuliah pon tak bebrapa nak paham, dan minat aku untuk study hilang.

Masa kat sekolah jugak, aku suka aktiviti perbentangan. Betul-betul suka, tak kira subjek apa, kecuali English. Kalau cikgu masuk dan suruh aku bentang, aku cukup seronok. Teruja. Sehinggalah aku masuk pasukan bahas sekolah. Waktu tu, mungkin itu kelebihan aku. Bercakap dan berbahas.

Tapi, sejak masuk USM, setiap kali perbentangan, aku terketar-ketar. Kegairahan untuk bentang yang selama ni aku rasai turut hilang. Mungkin sebab aku sebenarnya tak paham pon apa yang aku bentang. Lagipon, perbentangan dalam English. Lagi la tak ada feel.

Kalau nak list-kan kelemahan aku, belambak aku boleh bagi. Kelemahan yang paling utama, MIGRAINE.

Jadi, apa kelebihan aku??????


Pha is 

24.11.11

Suara Parlimen Mahasiswa USM dibahas dalam Parlimen Malaysia!

Parlimen Mahasiswa atau juga dikenali sebagai  Dewan Perundingan Pelajar (DPP) Mengikut Perlembagaan Universiti (Seksyen 64)Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan satu medium yang memberikan kebebasan kepada para mahasiswa/i bersuara dalam setiap perkara di dalam dan di luar kampus.

Antara fungsi Dewan Perundingan Pelajar ( DPP ) termasuklah :
1. Membahaskan isu-isu kebajikan mahasiswa daripada 
semua kampus di USM.
2. Menjadi platform untuk perbahasan
3. Membahaskan isu-isu semasa yang berlaku
4. Membahaskan tentang peraturan-peraturan universiti  yang berkaitan dengan pelajar sebelum diluluskan pihak  pentadbiran university

Matlamat Dewan Perundingan Pelajar (menurut Seksyen 64 (3)) pula ialah:
1. Menyediakan platform yang menggabungkan suara 
mahasiswa di semua peringkat kepimpinan mahasiswa.
2. Membudayakan perbahasan secara intelektual dalam  kalangan mahasiswa.
3. Melahirkan mahasiswa berkualiti, berfikiran kritis dan  idealis sebagai pelapis kepimpinan Negara pada masa  hadapan.
4. Suara mahasiswa diiktiraf dalam penggubalan dasar universiti.









tahniah USM...!!!!




(sumber)

first Anniversary

header pertama blog ni

hari ni, 24 november 2011, genaplah sudah satu tahun usia blog hikayat budak pening. dari "Pening", "Budak Pening", hinggalah bertukar nama kepada "Hikayat Budak Pening".


Pha is

antara helmet dan tudung...



Seorang anggota polis yang tak bertudung telah menahan seorang penunggang motosikal kerana kesalahan tidak memakai helmet…

Polis : awak didapati bersalah kerana menunggang motor tak pakai helmet!


Penunggang : yeke?


Polis : yela,awak tak tahu ke peraturan jalan raya? memandu motor dengan tidak memakai helmet merupakan satu kesalahan jalan raya…

Penunggang : tahu…

Polis : habis tu kalau dah tahu kenapa buat jugak,saja nak cari pasal ke? atau awak saja nak main-mainkan undang-undang? atau awak tak ambil berat langsung?

Penunggang : saya minta maaf atas kesalahan saya…

Polis : dah ! (dengan nada yang marah ) awak di saman! jangan cakap banyak… awak tak takut ke kena tahan macamni? beringat le sebelum kena…

Penunggang : minta maaf puan,saya cikit pun tak takut dengan hukuman manusia kat dunia ni,saya nak tnya cikit,puan pulak tak takut ke dengan azab Allah di akhirat nanti,saya cume melanggar undang-undang manusia,tapi puan lagi dasyat dan berani kerana sanggup melanggar undang-undang Allah, puan kan sebagai orang islam dan tahu aurat itu wajib ditutup dan tahu akan di azab di akhirat nanti dengan azab yang pedih,saya tak pakai helmet,tapi…puan sendiri berani tak pakai tudung,tak takut kah dengan Allah? tak tahu ke peraturan Allah? saja nak cari pasal ke dengan agama? Atau saja nak main-mainkan undang-undang Allah? atau puan tak ambil berat langsung? saya baru buat kesalahan di dunia ni,dan hukuman saya sekadar bayar saman je,tak sakit apa-apa pun,dan lepas saya bayar nanti saya dah lepas,tapi puan macam mana? hukuman puan lagi berat dari saya dan tak tertanggung nak tahan,fikir fikirkanlah sebelum ajal menjemput puan,beringatlah sebelum kena….


(sumber)

23.11.11

ECG aku normal..!!!

tadi kami buat experiment pasai ECG (Electrocardiography). Benda ni nak tengok kadar activity elektrik yang dihasilkan oleh jantung. Sepatutnya, graf ECG tu macam ni, bagi seorang yang normal :

sumber


tapi,  aku punya graf pulak dapat macam ni :


macam mana la aku punya “T” tu boleh jadi besar sangat... tapi, kira normal la tuh. Tak kan nak sama 100%. Ye dok?

Pha is 

wordless wednesday #WW17



wordless wednesday yang lepas :

16.11.11

lesson for today : poison pen letter



Ni cerita dari lecturer English aku. Dan ofkos la dia cerita dalam English. Tapi aku malas la tulih omputih. Aku terjemahkan je la...

Satu hari, suami lecturer English aku tu menerima “poison pen letter”. So, si suami tu pon pi la buat laporan polis berkenaan poison pen letter tu.

Dan oleh kerana pasangan ni lebih dominant untuk berbahasa inggeris, maka laporan polis tersebut juga ditulis dalam bahasa inggeris.

Setelah laporan polis siap ditulis, dan setelah dibaca oleh pegawai polis yang mengambil laporan, sebelum mengesahkan laporan tersebut, pegaiwai polis tersebut pon bertanya kepada si suami dengan berkata :

so, where is the pen?”


*poison pen letter = surat layang

wordless wednesday #WW16




wordless wednesday yang lepas :

13.11.11

dexter : sejarah kemunculan tanah jawa, indonesia

Baru2 ni aku layan citer dexter. Cerita siri ni dah lama dah. Dulu penah keluar kat tv. Sekarang aku copy dari member aku.



Apa yang aku terkejut, bila sampai season 3 episod 8, dalam lingkungan minit yg ke-31 ke minit yang ke-32, sambil membaca surat khabar dan pekena kopi segelas, dalam rumah beliau, dexter bermonolog dalaman dengan kata macam ni : 







A Dutch farmer sees his crop fail.
No money to his name, he takes a job working on a boat.
An unseasonably strong wind blow him to Indonesia
He drops a bean into the soil
An violà, 400 years later..
Java...
.







Really..?????? 








Pha is

SEGMEN : BLOG pakjoe BERAT TAK?



hmm.. blog pokjoe ok je... laju je keluar page.. x de nak tunggu2 pon... dalam 2 kg jew... hehehe

so, bagi sesapa yg singgah sini, aku nk tnya balik. blog gua berat tak? just nak tau. brapa kilo.. nk bagi lain sikit, boleh rate dari skala 1kg hingga 10kg. (10 kg paling berat) hehehe

(kalau nk joint, klik gambar sblom pkul 11.59 mlm)

lembab..

lokasi : ismail ikan bakar, plaza ivory, gelugor, penang
latitude :   5°21'30.89"N
longitude : 100°17'32.82"E

first time aku tunggu nasi putih dan tomyam campur sampai nak dekat sejam. setepatnya 50 minit. apelah yang lembab sangat. time tu bukannya ramai orang sangat pon. sangat2 buang masa.

sebelom2 ni aku selalu lepak kat nazri tomyam or kat mutiara tomyam, dekat2 situ jugak. tapi tak de la lembab macam ni. memang tobat tak pi dah.

12.11.11

happy anniversary.. my love..!!!

Hampir Genap setahun kita bersama. Mileage pon dah cukup-cukup 10000 km. Happy anniversary..!!! 


10.11.11

Penangan Cendol Gelugor


Hari pertama

Jam dah menunjukkan pukul 4.00 petang. Perut pon dah menghantar signal laparnya ke otak.  Dah la tengah hari tadi tak makan apa2 lagi. harapkan sarap yang yang hanya terisi pagi tadi.

Tiba2 cendol di Gelugor bertandang di minda. Membuak-buak. Hati pon mengiakan. Sudah lama tak pekena. Ingatan pula mencarik-carik penangan cendol Gelugor. Sejuk, manis, dan kenyal, terus menyinggah di celah-celah anak tekak, sejajar dengan air liur yang ditelan berkali-kali.

Lantas memacu ultimo aku laju. Dari pusat latihan memandu “mutiara”, masuk ke kawasan USM dan keluar melalui pintu pagar Gelugor, bersebelahan padang minden. Sepanjang perjalanan, tiada lain yang aku ingat. Melaikan cendol!

Setibanya di traffic light terakhir, berhadapat gerai cendol Gelugor, aku hampa. Geram pon ada. Gerai cendol tutup.! “Mungkin tiada jodoh. Tuhan maha mengetahui. Ada hikmah disebalik semua ni,” pujuk hati kepada perut.

Tambah akal, “esok masih ada. insyAllah, jika diizin-Nya”. Kata perut, “aku tak mengapa. Boleh saja diisi dengan yang lain. Aku tak memilih. Tapi bagaimana dengan nafsu?”  

Aku sedar, nafsu makan aku besar. Selalu pula memberontak. Kalau tak di pujuk, tak kan tenang aku. Sebelom keadaan bertambah parah, cepat2 aku berpesan kepada nafsu makan. “sabarlah kau nafsu, insyaAllah, malam ni kita makan sedap. Kejap saja lagi. dah tak lama. Lagipon, poket sudah setuju untuk berkorban.”

Nafsu makan diam. Aku tahu, dia masih tak berpuas hati. Tapi, selagi dia tak memberontak, itu sudah cukup tuah bagi aku.

Hari kedua

Sekali lagi, tepat jam 4.00 petang, aku tamatkan sesi pembelajaran aku di sekolah memandu pada hari tu. Seperti kelmarin, saat sendi2 tangan aku lenguh memulas stereng yang keras, sekali lagi cendol Gelugor bertandang di kotak fikiran.

Nafsu berbunga riang. Setidaknya dendam semalam dapat dilunaskan. Perut, akal dan hati ikut saja. Tiada bantahan. Sekali lagi ultimo biru aku meluncur laju di atas jalan. Bersemangat aku memacu ke gerai cendol Gelugor.

Tapi, setibanya aku di sana, sekali lagi, gerai cendol Gelugor menghampakan kami....!!!

THE END....
latitude :   5°21'59.28"N      longitude : 100°18'40.18"E



p/s : aku tak sanggup nak cerita apa jadi lepas tu. hehehe



Pha is

6.11.11

raya haji..


mood raya haji. tak tau nak update apa, so, aku post "kad raya haji" aku yang tahun lepas punya... tahun ntah kenapa aku jadi malas nak edit kad raya.. so, selamat hari raya aidil adha..!!!


Pha is

5.11.11

Movie dan kebapaan




2 hari yang lepas, aku tengok citer “The Smurfs” kat laptop aku. Dan semalam pulak aku tengok citer “Real Steel” kat pawagam (aku tau. Lambat giler aku tengok citer tu.) dan apa yang aku perasan, kedua-dua movie tu ada 1 persamaan mengenai “tema dan persoalan” dari dari kedua-dua movie tu iaitu mengenai kebapaan.


Dalam citer the smurfs, papa smurf cuba sedaya upaya menjaga family dia dari segala bahaya terutamanya dari ahli sihir gargamel. Lebih kurang kepada pengorbanan dan usaha seorang ayah dalam menjaga keluarganya. Dan sifat ni seperti “diturunkan” kepada Patrick (Barney Stinson – how i meet your mother) yang bakal bergelar seorang bapa.


Dalam citer Real Steel pulak, Charlie Kenton pada mulanya terpaksa menjaga anaknya Max yang berusia 11 tahun sebelum diserahkan kepada ibu sedara Max. Pada mulanya, diorang tak serasi. Tapi lama-kelamaan, diorang rapat disebabkan oleh minat yang sama, iaitu boxing robot. Ada sikit part touching antara bapa dan anak.

Apa yang aku nak cakap sebenarnya ialah, aku rindu Arwah ayah. Tu je...

Pha is

SEGMEN JOM NAIKKAN JUMLAH FOLLOWER DENGAN MENDADAK!

sebuah lagi segment yg aku joint. aih... apesal semenjak 2 menjak ni rajin pulak aku joint segment. hmm... keterangan lanjut klik baner, sebelom 10 november 2011.

3.11.11

kejadah..


A : bla2...

Is : bla2...

A : eh, dulu aku ingat ko dengan B.

Is : aku dengan B memang satu group pon. Kenapa?

A : bukan la. bukan pasal group. maksud aku.... ko dengan B.

Is : aku dengan B ? ye la.. kan aku dah cakap, aku dengan B satu group.

A : ish ko ni... lambat paham la.. tak pe lah.


Saja aku buat2 tak paham. Malas nak layan benda2 macam tu...

I am not with anyone. Sorry if it is disappointing you.

Ni apesal aku post bende tak berpekdah ni..?


Pha is

kisah lama


Dulu masa aku kat sekolah menengah, pernah aku terbaca kisah ni kat salah satu majalah keluaran IKATAN(lebih kurang macam persatuan student SMKA di penang). kisah ni dah lama dah. Kisah pasai sebuah keluarga yang menyayat hati. Sekadar nak berkongsi sebagai peringatan.

Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi berkelah di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam-macam lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti ada jugak yang busuk.

Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik-adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.

Satu hari, semasa keluarga ini berkelah, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di depan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan. Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.

Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah bawak berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya.

Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.

Tajuk persidangan kita hari ini adalah, "Cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan." Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.

Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata,"Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan. Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang lebih berdiplomasi. "

Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut.

"Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu."

Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik-beradik yang lain.

Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba pendapatkan bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain.

"Hoi monyet...senyaplah. .. pengkhianat! " Getus hati si adik yang tidak puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.

Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.

Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kununnya tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami."

"Selamatkan adik kami yang kelemasan."

Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan mereka semakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak ada lagi di tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kununnya tergempar itu.

Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang mengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner "Selamatkanlah adik kami yang kelemasan" setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang membantu.

Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi. Dan mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal. Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan...adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik....

Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya.




catatan...

adik perempuan itu bernama Palestin.
adik lelaki itu bernama Iraq
abang-abang itu negara Arab yang kaya raya
adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur.
adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam
mesyuarat itu pula adalah mesyuarat OIC
bapa yang mati adalah khalifah




Pha is