subhanallah...


Kelmarin petang, lepas asar, aku balik rumah dari usm ngan moto ultimo aku. ingat nak balik sekejap. Sebab banyak lagi kerja yang tak siap. Balik 1 malam. Walaupon cuti seminggu

Elok saja keluar dari bilik, Nampak “pokok hujan”.  berkepul-kepul berarak di langit mendung. Apatah lagi dengan kilat sabung menyabung. Memang membuatkan aku berfikir 3-4 kali sebelom balik.

Tapi, mengenangkan adik yang jauh di UM sanggup balik, tak kan aku yang di USM ini tak pulang, walaupon masih dalam negeri yang sama, Penang. Lantas, aku hidupkan enjin moto, dan meluncur laju, selepas doa naik kenderaan habis dibaca.

Masa di awal perjalanan, aku rasa sedikit menyesal sebab memilih untuk balik, apabila membayangkan aku yang basah lencun di atas moto dalam hujan yang lebat. Apatah lagi kesakitan di tangan akibat tujahan-tujahan dari titik-titik hujan. Lagi pon, aku tak puas melalui lebuh raya tatkala hujan lebat. Sebab tak boleh pecut.

Tapi perasaan aku berubah bila aku di pangkal jambatan pulau pinang. Melihat atas, awan di langit yang menggila, melihat bawah, laut biru yang bergelora. Kilat dan guruh saling bertengkar. Dan angin yang kalut bertiup laju. Dalam gusar aku bertasbih, memuji indahnya ciptaan Allah.  
   
Memang cantik. Terutamanya kilat. Mana saja mata aku pergi, kelibat kilat kelihatan. Walaupon dalam side mirror. Tak sempat aku nak ambil gambar, takut henfon basah.

Mungkin ini hikmah perjalanan aku....

Pha is


Comments

  1. orang pulau pinnag jugak ka??

    ReplyDelete
  2. @diana yup... rumah kat seberang, blajar kat pulau.. hehehe

    ReplyDelete
  3. awat hg tak benti amek gmbaq???balut fon ngn plastik..konpem tak basah..haha

    ReplyDelete
  4. @nursyam!m!salleh meh henset ko aku nak buat macam tu tengok... hahahaha

    ReplyDelete
  5. takpe. balik melawat parent. tak rugi walaupun dalam basah hujan.

    ReplyDelete
  6. da biasa da kena hujan masa ulang alik dari kolej ke rumah bila hujung minggu..hee~

    ReplyDelete
  7. yup...naik moto...jimat sikit minyak kan..tak payah fikir tol..hee...

    ReplyDelete
  8. @Ezad Skytech waa... naik moto ni kelemahan dia cuma time hujan je la... kelebihan kat minyak dan time jamm.. hehehehe

    ReplyDelete
  9. betul3...ready fullset baju hujan la...heee...minyak mmg jimat la kan....kalau jem..boleh cilok2 je...heee~

    ReplyDelete
  10. haha...betul2...tak perlukan ruang yang besar nak parking...heee~

    ReplyDelete
  11. fuiii pandainya dia menulis macam bermadah la plak.. amek kos apa ni.. course aarr...

    ReplyDelete
  12. @aimaniman hentam je nih... ala, budak kos farmasi je pon.. mana ler tau apa2 psai madah2 ni... klau pasai ubat tahu la... heheheh

    ReplyDelete
  13. aku suka redah highway time hujan..tapi time kilat aku tak berani takut tiba2 kena panah huhu..pemandangan yang bro cakapkan itu memang menakjubkan..sampai aku kagum hehe..

    kalau handset basah,bro kena lukislah dalam kepala n lukis balik dalam kertas hehe..;p

    ReplyDelete
  14. @Syuxer err.. masalahnya sekarang tak pandai melukis la.. hehehe
    tapi bayangkan la.. awal kat atas berarak berkepul2.. kaler gelap, ader hijau sikit2.. kilat banyak, panjang2, ada dari awan ke awan, ada dari awan ke bumi, laut hijau nk biru, berombak, ader bnyak buih2 kaler putih.. angin kuat tapi tak kencang sangat... hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment