28.9.11

Tahniah Prof...


PULAU PINANG, 26 SEPTEMBER 2011: Prof. Syed Azhar Syed Sulaiman, Dekan, Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia (USM) mencatat sejarah apabila terpilih menerima Anugerah Farmasi MPS 2011.
Beliau adalah tenaga akademik pertama USM yang terpilih menerima anugerah tersebut.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Dato’ Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia dalam majlis khas di Kuala Lumpur hari ini.
Anugerah Farmasi MPS diwujudkan oleh Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) bagi mengiktiraf sumbangan dan ketokohan ahli farmsi di negara ini yang telah menunjukkan kecemerlangan di dalam dan luar negara. Penerima anugerah ini juga perlu terdiri daripada tenaga pakar bidang farmasi yang telah menghasilkan mutu kerja yang terbukti telah memberikan sumbangan kepada negara dan komuniti global.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh MPS, penerima anugerah ini sekaligus turut dianggap sebagai ahli farmsi terulung di negara ini yang telah mempamerkan nilai-nilai standard dan etika profesyen sebagai ahli farmasi, memainkan peranan yang aktif di dalam menyokong kegiatan MPS, berjaya mempamerkan imej positif dan menjadi model rujukan dalam bidang farmasi, memperlihatkan pengetahuan yang luas dalam bidang tersebut serta telah memberikan sumbangan di dalam pembangunan organisasi di mena mereka berkhidmat.
Syed Azhar sebelum ini juga pernah muncul sebagai ahli farmasi pertama di negara ini yang menerima anugerah berprestij Federation of Asian Pharmaceutical Association (FAPA) Ishidate Award 2010 bagi Kategori Tokoh Pendidik Unggul dalam bidang Farmasi Klinikal. -sumber


p/s : kami student2 mu tumpang berbangga....

1 comment: