9.9.11

polar kematian di rumah aku



kematian pertama di rumah aku sepanjang kehidupan aku ialah kematian tok aku pada tahun 1999. masa tu aku baru darjah 3. tak banyak penglibatan aku dalam aktiviti pengurusan jenazah tok aku masa tu. apa yang aku ingat, hari kematian tu jatuh pada bulan mac, lagi seminggu nak sampai birthday aku.

dua tahun lepas tu, tahun 2001, ayah aku pulak yang pergi. waktunya jam 6 petang 25 ramadhan, pada tahun tersebut. masa tu aku darjah 5. mula kali ni, ada la sikit2 aku tolong2 dalam aktiviti pengurusan jenazah arwah.

lepas tu, masa aku form 5, tahun 2007, kakak aku yang sulong pulak mengikut jejak arwah ayah aku. walaupon kak aku meninggal kat area KL, tapi jenazah beliau dikebumikan disini (penang) disebabkan wasiat beliau yang menginginkan agar disemadikan di sebelah kubur arwah ayah.

hari tu, aku agak kelam kabut balik rumah sebab hari kejadian tu dalam minggu peperiksaan SPM aku. hari tu hari sabtu kalau tak silap aku sebab hari isnin selepas tu aku ada paper add math. Alhamdulillah, walaupon tak beberapa bersedia, paper add math aku ok.

dan akhirnya, yang terbaru, selepas 10 tahun kematian arwah ayah aku, tok wan aku pulak menyusul pada bulan hijriah yang sama iaitu pada 29 ramadhan, sehari sebelom raya aidilfitri tahun ni.

apa2 pon, semoga roh2 mereka ditempatkan bersama orang2 yang soleh dan solehah. ameen...

2 comments: