Skip to main content

Nilai Hantaran

baru2 ni aku tengok kat wall pesbuk aku tu dah ada beberapa friend aku yang post-kan maklumat ni di dinding2 fesbuk mereka : 


nilai hantaran kahwin mengikut harga purata terkini dan status pelajaran di seluruh semenanjung :-

UPSR, PMR/SRP = RM 1000 - RM 3000
SPM = RM 3000 - RM 8000
STPM/DIPLOMA = RM 8000 - RM 12000
DEGREE = RM 12000 - RM 15000
2nd DEGREE/MASTER = RM 15000 - RM 20000
PHD = RM 20000 - RM 30000

masalahnya bukan sorang dua je yang post. lepas sorang, sorang. orang yang postnya pulak terdiri dari kalangan yang bertaraf "anak dara" sehinggalah yang bertaraf "bapa kepada anak dara". 

semakin mahal ya nilai hantaran ni. sama naik dengan harga minyak. kalau minyak ikut gred RON 95 dan RON 97, yang ni pulak main ikut status pelajaran.

tapi, mana diorang dapat entah statistic tu. entah betol entah tidak. tapi rasanya tak perlu kot untuk aku mengupas fenomena "kemahalan nilai hantaran" yang melanda kat malaysia ni. semua orang dah sedia maklum dan sedia jadi pak turut


aku sebenarnya tak kisah sangat pon. suka hati korang la nak taruk tinggi2. biarkan bakal laki korang tu sampai terpaksa berhutang keliling pinggang. sebab nanti yang penuh hutang tu la yang korang nak sehidup semati.


cuma tadi, masa aku main "search and see" (macam main hide and seek) dengan pak cik google kesayangan, tetiba aku terjumpa benda ni : 






kalau diikutkan, "saham" ni tak de kaitan secara langsung pon. tapi secara tak langsung mungkin...



akhir kata, renung2kan dan selamat beramal...


p/s 1 : tu baru potongan dari segi aurat. yang lain2..?
p/s 2 : sebab hantaran ikut status pelajaran ni la aku malas nak layan budak2 degree nih



Comments

  1. wah.. terbaik r.. siapa yg mkn cili, dia r terasa pedasnya..ahaha..

    ReplyDelete
  2. eh cik ana pun buat entry same..hehe
    kang konfem yg ade upsr je jd pilihan..hehe

    ReplyDelete
  3. @anamizu
    dengan taraf pendidikan kat malaysa yang semakin meningkat, rasanya payah nak cari budak2 upsr.. mgkin cari yg stpm or diploma kot.. heheheh

    ReplyDelete
  4. @Miscellaneous Smiles
    sampai macam tu sekali..? waah... thanks.. ('',)

    ReplyDelete
  5. @Gladiolus Miaw Iridaceae (San)
    sebarang perkongsian amat2 lah dihargai... thanks.. (n_n)

    ReplyDelete
  6. alah depend atas family jer semua tu yang penting majlis jadi yang couple 2 jadi kawen 2 yg penting :)

    ReplyDelete
  7. @Cik Kasut
    betol tu.. yg penting kawen cepat2 sebelom perkara yg tak sepatutnya berlaku. tapi kalau hantaran taruk tinggi2, agak2nya bila la nk kawen ye..? (n_n)

    ReplyDelete
  8. Biasa lah pompuan.. Perempuan Zaman skrg bukan manusia tapi barang-barang... diaowang punya hantaraan ikut harga nilai barang zaman ini...

    X caye cuba tanya..
    Lelalki - yunk kena mahal sgt hantaraan?
    Perempuan - Barang zaman skrg kan dah mahal2.. so hantaraan pun kena mahal lah

    Kekadang tu bukan perempuan yg ckp.. mak bapak diowang pun ckp benda yg sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. part pompuan bukan manusia tapi barang2 tu, no komen... biarlah perempuan itu sendiri yg menilai diri mereka.. hehehe

      tapi, yg part tentukan harga hantaran, mmg selalunya parent yg lebih2... kadg2, perempuan tu x kisah sangat pon pasai hantaran2 ni, tapi, parent dia yg lebih2, konon nak jaga nama.. mcm diorg pulak yg nk kahwin.. kan? hehehe...

      Delete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Gelaran Adik Beradik Yang Betul

Gaji Ahli Farmasi

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

KTMD | Servise Penghantaran Motosikal