30.9.11

'Compulsory Service' untuk farmasi dipendekkan dari 3 tahun ke 1 tahun.?

Kalau dulu, bila dah grad kena keje ngan kerajaan selama 1 tahun (untuk lesen farmasi) + 3 tahun (malaysia’s compulsory service – tak termasuk kontrak JPA). Tapi kali ni dah tukar. Dari 1 + 3 tahun kepada 1 + 1 tahun.

Sebelom ni aku dah dengar dah ura2 pasai benda ni. tapi masa tu aku ingatkan khabar angin je. Tapi tadi dah disahkan oleh lecturer aku. Aku tak tau nak kata apa. Kebaikan atau keburukan?




28.9.11

Tahniah Prof...


PULAU PINANG, 26 SEPTEMBER 2011: Prof. Syed Azhar Syed Sulaiman, Dekan, Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia (USM) mencatat sejarah apabila terpilih menerima Anugerah Farmasi MPS 2011.
Beliau adalah tenaga akademik pertama USM yang terpilih menerima anugerah tersebut.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Dato’ Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia dalam majlis khas di Kuala Lumpur hari ini.
Anugerah Farmasi MPS diwujudkan oleh Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) bagi mengiktiraf sumbangan dan ketokohan ahli farmsi di negara ini yang telah menunjukkan kecemerlangan di dalam dan luar negara. Penerima anugerah ini juga perlu terdiri daripada tenaga pakar bidang farmasi yang telah menghasilkan mutu kerja yang terbukti telah memberikan sumbangan kepada negara dan komuniti global.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh MPS, penerima anugerah ini sekaligus turut dianggap sebagai ahli farmsi terulung di negara ini yang telah mempamerkan nilai-nilai standard dan etika profesyen sebagai ahli farmasi, memainkan peranan yang aktif di dalam menyokong kegiatan MPS, berjaya mempamerkan imej positif dan menjadi model rujukan dalam bidang farmasi, memperlihatkan pengetahuan yang luas dalam bidang tersebut serta telah memberikan sumbangan di dalam pembangunan organisasi di mena mereka berkhidmat.
Syed Azhar sebelum ini juga pernah muncul sebagai ahli farmasi pertama di negara ini yang menerima anugerah berprestij Federation of Asian Pharmaceutical Association (FAPA) Ishidate Award 2010 bagi Kategori Tokoh Pendidik Unggul dalam bidang Farmasi Klinikal. -sumber


p/s : kami student2 mu tumpang berbangga....

wordless wednesday #WW13




wordless wednesday yang lepas :

26.9.11

Pharmacy : course paling susah?

sumber
Semenjak dua menjak ni, aku agak terpana dan terkesima apabila membaca satu quote yang disebarkan oleh kawan sejurusan (ijazah sarjana muda sains farmasi) yang mengatakan bahawa kursus yang sedang aku ambik ni (farmasi) adalah antara kursus yang paling susah mengikut Guinness book of records.


Pharmacy has been chosen as the TOUGHESTcourse among all d courses including B COM,CA,IAS,IPS n MBBS; by d Guinness Book of World Records, on 18Aug2011. It has 58 university exams+ 130 series exams + 174 assignments within 4years (max 750 workings days) All Pharmacy students please circulate this among your fellow Pharmacist & be proud to be a Pharmacist. :) Finally someone realized our pain & effort!

Well, student mana yang tak bangga bila course dia dinobatkan dalam rekod dunia. Kan?  tapi, sahihkah kenyataan ni? apa yang aku dapat bila aku search pasai benda ni adalah :

 
The Guinness Book of World Records does not rank toughness of courses.

Recently Facebook users have been posting statuses bragging that their field of study in college was ranked the toughest by the Guinness Book of World Records.

The status usually looks like this: 
"Engineering" has been chosen as the 'toughest' course among all the courses including BCOM, BCA, IAS, IPS and MBBS; by the Guinness Book of World Records, on 18 Aug 2010. It has 58 university exams + 130 series exams + 174 assignments within 4 years (max. 750 working days). All engineers post this on your wall for at least 2 hours & be proud to be an engineer!...


Problem is, Guinness does not keep such records about the "toughness" of college courses/fields of study.

That said, here are some courses Facebook users have claimed are the toughest, based on number of exams, assignments and years to complete.

  • Bachelors of Science in Nursing
  • Bachelor of Science in Architecture
  • Bachelor of Science in Engineering 


One "course" the Guinness Book does rank, is the longest golf course in the world: the par-72, 8,548 yard Jade Dragon Snow Mountain Golf Club in Lijiang, China.

(sumber) 


Ceh, baru je nak bangga jap.




24.9.11

Nilai Hantaran_2

Kalau dulu aku dah post pasai kejatuhan saham dalam nilai hantaran, kali ni aku nak kongsikan satu situasi yang juga berkaitan dengan nilai hantaran, tapi dari aspek yang agak loyar buruk sikit. Papepon, layan.


BAKAL MERTUA: "Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye.. ".

BAKAL MENANTU: "Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat "

BAKAL MERTUA: "Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap."

BAKAL MENANTU: "Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar downpayment 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya test drive dulu semua.. Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 20ribu.. 40ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah lemau, enjin pon tak bagus, anak makcik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan!

 


23.9.11

graduation day

dari kiri : anha, aku, amirul, azizan, syauqi, fahima, dan mazidah

tahun ni abang azizan dah grad. tahun depan si anha pulak. tahun seterusnya, seriusly aku masih rasa yang aku tak akan sempat untuk grad. mungkin perlu extend lagi setahun.

Tapi, harap2 sempatlah. Dah la tadi Dr. Azmi bagi tau satu berita yang bakal mengecutkat perut2 student farmasi sekarang. Khabarnya, walaupon dah grad farmasi, tapi belom tentu lagi akan dapat kerja dengan kerajaan. 

Kata Dr. lagi, semuanya akan bergantung kepada CGPA. Seriously, perut aku tengah kecut sekarang ni. (kecut perut, bukan kempis).

Nak tak nak, kali ni memang kena strungle betol2 la. kalau aku tak bersungguh-sungguh, lambat la aku grad. kalau CGPA aku rendah, susah la aku nak dapat kerja. Kalau susah aku dapat kerja, payah la aku nak angkat Kawasaki ninja 250R.. 
tak salah kan kalau ada impian... hehehe




study Nota, study Dota



sedang aku asyik melayan saki baki movie yang masih lagi tersisa dalam laptop lenovo kesayangan, tiba2 masuk farhan (bukan nama sebenar) ke dalam bilik aku setelah pintu diketuknya sebanyak dua kali.

"wafi (juga bukan nama sebenar)jom study..!" ajak farhan setelah melihat wafi sedang asyik melayan movie sambil memeluk teddy bear kuning kesayangannya. entah movie apa yang ditonton, aku kurang pasti.

sejurus itu juga, aku tergamam. ah, betapa ruginya aku... enak saja aku menonton movie, melayan kehendak hati, bersenang-lenang, sedang farhan sudah bersemangat untuk study. celaka kau faiz, celaka kau faiz, celaka..!!!

lantas, wafi bersuara. "betol ke ni..?" riak wajahnya bertukar. kalau tadi asyik dengan cerita yang ditatap pada skrin laptop dell hitam, khusyuk dalam setiap babak2 movie yang disusur, kini mukanya terpancar bibit2 teruja. bersemangat.

"betol la. kita study dengan arman (pon bukan nama sebenar)... lagipon, dia yang ajak.." balas farhan bersungguh. 

arman, budak kaca mata dan rambut bersikat tepi yang memegang anugerah dekan setiap semester sejak dari tahun pertama dalam kursus yang kami ambil, mengajak farhan dan wafi study bersama.. huh.. sesungguhnya aku cemburu. cemburu pada kerajinan dan semangat yang dizahirkan mereka meski semester ke-5 ini masih di awal fasa.

lantas, mana mungkin akanku lepaskan peluang..! "wei, hangpa nak study apa? aku pon nak joint jugak." kata aku kepada farhan setelah aku menjedakan[1]  movie yang tadi bermain lancar di permukaan skrin laptop. 

"boleh ja.. kami nak study NOTA. kalau hang nak joint, jom la pi kat bilik aku.." jawapan farhan yang berjaya membuakan hatiku berputik. saat itu, dapat aku rasakan, bahawa inilah detik permulaan sebuah kejayaan bagiku. setelah sekian lama terperangkap dalam dunia kegagalan.

"malam ni hangpa nak study paper yang mana satu?" soalku setelah aku sedar yang farhan langsung sama sekali tidak menjelaskan hal itu sebelum ini. aku tertanya-tanya. adakah ianya 'respiratory system, kidney, blood and therapy'...? atau mungkinkah 'cardiovascular system and therapy'...? atau boleh jadi 'pharmaceutical analysis 1'...?

"kami nak study NOTA ja..." balas farhan sekali lagi. kali ini aku lihat riak mukanya seolah-olah tersenyum sinis.

ye la.. tapi NOTA apa?” soalku lagi. bingung.

“hang rasa?”  soal farhan kembali. Eh, boleh pulak dia Tanya aku balik.?

mana la aku tau. Aku ikut je. Lagipon, arman yang ajak kan? dia nak study NOTA yang mana satu?”

sebenarnya, kami nak study DOTA... bukannya NOTA... hehehe..”


ceh...” Jawab aku lantas kembali menghadapkan wajahku ke skrin laptop. Cepat2 aku menekan punat ‘space bar’ dengan agak kuat. Geram...

~wayang kembali bermain.





[1]

jeda = 1 waktu berhenti sebentar. 2 tempat berhenti sebentar (dlm pembacaan sajak dsb). berjeda berhenti sebentar: tidak ~ tidak berhenti; terus-menerus. (kamus pelajar edisi ke-2)

Jeda = 1. waktu rehat: sampai waktu ~, belum ada kalah menang; 2. = berjeda berhenti sebentar; tidak ~ tidak putusnya, tidak henti-hentinya; 3. masa antara dua peristiwa atau tindakan. (kamus dewan edisi ke-4)

Jeda (pause) = Menghentikan perjalanan sistem yang sedang beroperasi buat sementara waktu. (kamus computer)

20.9.11

buat hingar

kat penang, kalau masa korang pi pekena kat kedai nasi kandar, tiba2 terdengar sekumpulan manusia yang sedang rancak bersembang dengan suara yang agak kuat sehingga semua orang boleh dengar, itu perkara biasa.

Ianya disebut "buat hingar" (huruf r ditukar sebutan seperti huruf ain). Benda ni memang sudah menjadi kebiasaan tidak mengira bangsa. Melayu, cina, india, sama saja.

Kadang2, kalau bukan kat kedai makan pon, boleh berlaku jugak. Contohnya, lepas main futsal dan sebagainya.

So, bagi mereka yang tak biasa, bila berdepan dengan perkara macam ni, tak perlu lah terasa hati. Benda normal. Kat penang ni, biasa la kalau nak sembang dengan kawan2 sambil “buat hingar”.

Tapi, kalau yang buat hingar tu perempuan, apa korang rasa?


17.9.11

Berdikari

Suatu hari di hari raya, seusai menyambut tamu-tamu yang bertandang dari kaum kerabat yang jauh, telah berlaku satu perbualan antara seorang ibu saudara kepada anak menakannya.

hani, cuba kau tengok anak-anak mak su kau tu.” Soal si mak teh sambil memuncungkan bibirnya ke arah 2 anak gadis yang sedang leka menjamah kuih-muih dan biskut raya sedia terhidang di atas meja. Disebabkan kesyikan menjamah juadah raya, tidak mereka sedar ada mata yang memerhatikan.

kenapa dengan mereka, mak teh?” hani terpinga dengan sapaan mak teh.

Mak su kau tu tak bagi mereka bersekolah di asrama. Besar nanti, mesti mereka tak pandai berdikari.” Kata mak teh lagi.

Hani mengangguk lemah. Sememangnya kalau dibandingkan antara mak su, makteh, pak lang, dan mak kepada hani sendiri, hanya anak-anak mak su sahaja yang tidak berasrama. Tapi, dia faham benar perangai mak tehnya itu.    

Dia tahu, mak teh sememangnya bangga dengan anak-anaknya. Kesemua anak-anak mak teh Berjaya ke sekolah berasrama. Malah, bukan calang-calang sekolah yang anak-anak mak teh pergi. Ada yang ke MRSM dan ada yang ke SMKA.

Namun, seketika kemudian, monolog hani dalam hati. “kalau tinggal di asrama sekalipon, tapi tiap-tiap minggu balik rumah mengusung pakaian kotor untuk dibasuh mak teh, apa bezanya..?” -Lafaz hani yang tak terzahir.

Pha is

11.9.11

Kerja Gila

team demo psscm taman brown dan balik pulau
aku : duduk nombor 3 dari kiri


Kelmarin (sabtu, 10/9/2011) aku baru abes buat demo kat SMK Seri Balik Pulau, penang sempena hari ko-k sekolah tu. demo kali ni memang terbaek.. esok pagi ada persembahan demonstrasi, malam ni baru nak setting. Kerja gila.! Memang kelam kabut.

Dah la habis praktis pon dekat pukul 2 pagi, esoknya hari persembahan, tapi sempat lagi pi pekena ayam tandori kat restoran kapitan sampai kulul 3.30 pagi. Kerja gila.

Lepas tu pulak, malam tu aku tak boleh tidor. Kejap kalih kiri, kejap kalih kanan, tapi tak lena jugak, sampai la aku dengar azan subuh. Dengan tak tidur semalaman, aku buat demo yang hanya praktis sekali saja. Memang kerja gila.

Tapi Alhamdulillah, tak banyak kesilapan yang dilakukan. Kira puas hati la. lepas je demo, diorang ajak mandi sungai pulak.


team demo psscm cawangan pulau pinang
aku : nombor tiga dari kiri

Lepas penat2 berdemo, kalau dapat mandi sungai, memang la best. Cuma masa tu penat pon tak hilang lagi, peluh pon tak kering lagi, badan pon tak sejuk lagi, terus terjun sungai. Ni lagi satu kerja gila.

MySpaceBila aku terjun je, terus MIGRAINE.

Padan muka..!!


Lepas mandi sungai, diorang ajak pi pekena pizza pulak. Huh, memang layan habes. Yang herannya, lepas pekena pizza, hilang pulak migraine aku ni. hehehe...




10.9.11

Nilai Hantaran

baru2 ni aku tengok kat wall pesbuk aku tu dah ada beberapa friend aku yang post-kan maklumat ni di dinding2 fesbuk mereka : 


nilai hantaran kahwin mengikut harga purata terkini dan status pelajaran di seluruh semenanjung :-

UPSR, PMR/SRP = RM 1000 - RM 3000
SPM = RM 3000 - RM 8000
STPM/DIPLOMA = RM 8000 - RM 12000
DEGREE = RM 12000 - RM 15000
2nd DEGREE/MASTER = RM 15000 - RM 20000
PHD = RM 20000 - RM 30000

masalahnya bukan sorang dua je yang post. lepas sorang, sorang. orang yang postnya pulak terdiri dari kalangan yang bertaraf "anak dara" sehinggalah yang bertaraf "bapa kepada anak dara". 

semakin mahal ya nilai hantaran ni. sama naik dengan harga minyak. kalau minyak ikut gred RON 95 dan RON 97, yang ni pulak main ikut status pelajaran.

tapi, mana diorang dapat entah statistic tu. entah betol entah tidak. tapi rasanya tak perlu kot untuk aku mengupas fenomena "kemahalan nilai hantaran" yang melanda kat malaysia ni. semua orang dah sedia maklum dan sedia jadi pak turut


aku sebenarnya tak kisah sangat pon. suka hati korang la nak taruk tinggi2. biarkan bakal laki korang tu sampai terpaksa berhutang keliling pinggang. sebab nanti yang penuh hutang tu la yang korang nak sehidup semati.


cuma tadi, masa aku main "search and see" (macam main hide and seek) dengan pak cik google kesayangan, tetiba aku terjumpa benda ni : 






kalau diikutkan, "saham" ni tak de kaitan secara langsung pon. tapi secara tak langsung mungkin...



akhir kata, renung2kan dan selamat beramal...


p/s 1 : tu baru potongan dari segi aurat. yang lain2..?
p/s 2 : sebab hantaran ikut status pelajaran ni la aku malas nak layan budak2 degree nih



heavy-duty engine oil (HDEO)

Apa itu HDEO?
Sejenis pelincir kerja berat(heavy duty) yg digunakan pada kenderaan komersial-diesel.....juga sesuai digunakan pada enjin motor.[1]

sumber

Dulu, masa aku baru beli moto, member aku ada bagi cadangan supaya masa nak tukar minyak itam nanti, bubuh minyak itam yang lori punya. Mula2 aku was2 gak dengan apa yang dia kata. Lepas buat sikit research, aku pon try je la.

Mula2 aku try Mobil Delvac MX kat Wave 125 x Ultimo aku tu. Tapi malangnya masa tu aku tak test habis moto aku tu. So, tak perasan sangat perbezaan. Yang aku ingat, masa nak start engine memang senang tapi enjin senang mampos kalau kat traffic light. Sangat leceh. Member aku kata mungkin masalah timing. Tapi tak pa. Nanti aku try lagi sekali.

Lepas tu aku try macam2 jenis minyak itam. Tukar2 antara yang biasa dan yang heavy-dutty. Kata orang, kalau kita try sendiri, baru puas. Mula dengan hi-rev 4T 600. Yang ni ok je. Biasa2..

Lepas tu aku try Shell Rimula R3+. Yang ni aku tersilap beli. Asalnya aku nak pakai Rimula R3X. Macam HDEO yang sebelom ni, masa nak start enjin memang senang, tapi bila dah jalan enjin moto aku “lemau” giler. Buat sakit hati je.

Lepas tu aku try hi-rev 4T 700 (semi-synthetic). Yang ni ok sikit. Boleh tahan la. ok memang ok tapi mahal sikit.Tu belom try yang fully-synthetic lagi.

Next, dan yang terbaru, aku try Rimula R3X. Kali ni memang aku puas hati. Hi-rev yang semi-synthetic tu pon kalah walaupon harga Rimula hampir separuh dari tu. top speed pon dah bertambah.  

rujukan : 

[1] forum Malaysian biker community : HDEO Inside [Versi38] Tunjukkan Ke'semut'an Mu (http://malaysianbikers.com.my/forum/index.php?topic=76729.0)



9.9.11

polar kematian di rumah aku



kematian pertama di rumah aku sepanjang kehidupan aku ialah kematian tok aku pada tahun 1999. masa tu aku baru darjah 3. tak banyak penglibatan aku dalam aktiviti pengurusan jenazah tok aku masa tu. apa yang aku ingat, hari kematian tu jatuh pada bulan mac, lagi seminggu nak sampai birthday aku.

dua tahun lepas tu, tahun 2001, ayah aku pulak yang pergi. waktunya jam 6 petang 25 ramadhan, pada tahun tersebut. masa tu aku darjah 5. mula kali ni, ada la sikit2 aku tolong2 dalam aktiviti pengurusan jenazah arwah.

lepas tu, masa aku form 5, tahun 2007, kakak aku yang sulong pulak mengikut jejak arwah ayah aku. walaupon kak aku meninggal kat area KL, tapi jenazah beliau dikebumikan disini (penang) disebabkan wasiat beliau yang menginginkan agar disemadikan di sebelah kubur arwah ayah.

hari tu, aku agak kelam kabut balik rumah sebab hari kejadian tu dalam minggu peperiksaan SPM aku. hari tu hari sabtu kalau tak silap aku sebab hari isnin selepas tu aku ada paper add math. Alhamdulillah, walaupon tak beberapa bersedia, paper add math aku ok.

dan akhirnya, yang terbaru, selepas 10 tahun kematian arwah ayah aku, tok wan aku pulak menyusul pada bulan hijriah yang sama iaitu pada 29 ramadhan, sehari sebelom raya aidilfitri tahun ni.

apa2 pon, semoga roh2 mereka ditempatkan bersama orang2 yang soleh dan solehah. ameen...

7.9.11

wordless wednesday #WW11



untuk maklumat lanjut klik sini
wordless wednesday yang lepas :

shinigami dalam LRT

bila terbaca entry sahabat upm aku ni berkenaan pengangkutan awam, tetiba aku teringat 1 peristiwa yang hampir sama yang memang tak akan aku lupa. masa tu, aku dalam perjalanan ke upm untuk menghadiri kursus pentadbiran PSSCM-IPT (Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia - Institud Pengajian Tinggi) 2011.

masa tu kami pi upm dengan kos sendiri tanpa peruntukan dari BHEPP (Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar)  USM sebab surat jemputan tak sampai ke meja BHEPP tapi sampai kat penyelia 1 PSSCMUSM (Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia USM). so, merasa la kami naik turun bas, LRT, dan komuter untuk ke upm.

masa kami baru nak naik LRT, kami masuk kat gerabak yang paling belakang. masa tu orang tak ramai dan cuaca agak mendung. memang agak gelap dalam gerabak tu. bila aku masuk je dalam tu, tiba2 meremang bulu roma aku sebab aku ternampak shinigami (malaikat maut versi jepun) ala-ala macam dalam cerita "Death Note".

ekceli, shinigami tu sebenarnya seorang foreigner yang berkulit hitam (dipercayai dari afrika). orang tu dah la berkulit gelap, lepas tu pakai baju hitam dan duk dipenjuru yang gelap. dan yang paling tak tahan, dia tu tinggi gila. sampai terpaksa tunduk dalam LRT tu...

macam ni la lebih kurang

fuh... memang tak akan lupa punya la... hehehe


 
  Pha is