Monday, August 1, 2011

jadi kambing



Sapa yang kat sini penah makan daun pokok asam? Sedap woo.. dia ada rasa masam2 sikit. Rangup pulak tu. Terutamanya kat pucuk dia.  Dulu masa aku kecik2,dalam umur lingkungan 5-6 tahun, memag fevered aku la...

Masa tu kat belakang rumah aku, kat atas ban (jalan tanah merah di tebing tali air) ada satu anak pokok asam. Pokok tu kecik ja. Tinggi dia pon tak sampai 1 meter. Memang tak berbuah lagi. yang ada Cuma daun dan batang ja.

Tiap2 hari, kerja aku pi kat pokok tu, ambik daun pokok asam tu dan makan. Makan fresh2 kat situ jugak.  Sampai lah mak dengan arwah ayah aku marah.

Lepas kena marah, aku masuk rumah. Esoknya pulak aku pi kat pokok tu dan  makan lagi. memang tak makan saman betol. Hehe...

Pernah sekali, arwah ayah aku kata kat aku : “hang nak jadi kambing ka? hari2 makan daun pokok..!!!  Dah la malas mandi..!!!” .

Tapi masa tu aku buat bodo je...  sedap punya pasal. Dah tak heran dah. Kambing ka, lembu ka, aku sebat jugak daun pokok tu.

Sampai satu tahap, suatu hari, masa aku nak pi kat pokok tu, aku tengok pokok tu dah kena tebang. Ayah aku yang tebang. Mungkin lepas tu baru puas hati arwah ayah aku. Hahaha..


Pha is

1 comment:

  1. السلام عليكم ورحمة الله و بركاته

    tak mau lahhh jadi kambing hitammm yg putih pun tak mau

    ayam sambal nasi beriani,
    enak diratah nanas paceri,
    hari raya tidak bererti,
    jika puasa hanya sehari..

    Cendol, katira, laicikang air tebu,
    Murtabak tapai roti jala capati,
    Kehadiran Ramadhan menyentuh kalbu,
    Moga keinsafan bertandang di hati.

    Ramadan bulan yg mulia..
    Tertutup pintu-pintu neraka..Terbuka pintu-pintu syurga..Syaitan-syaitan dibelenggu.
    ”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka”
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
    firestartingautomobil.blogspot.com
    bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    Ucapan Selamat Berpuasa & berbuka

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...