26.8.11

Tandas yang tak best


AMARAN
 tidak digalakkan membaca entry ni semasa sedang makan atau sedang pening kerana boleh menyebabkan rasa mual dan nak termuntah yang keterlaluan

Dulu aku pernah post satu entry berkenaan mangkuk tandas terbaik yang pernah aku guna, kali ni aku nak tunjukkan contoh mangkuk tandas yang paling tak best yang pernah aku duduk.

Kalau selalunya orang lain rate sesebuah tandas kerana kebersihan, aku pulak lebih suka rate sesebuah tandas berdasarkan jenis mangkuk tandas.

Lokasi tandas ni terletak pada latitude  2°59'22.82"N dan longitude 101°43'26.28"E[1]. Malas aku nak bagitau lokasi sebenar tapi cukuplah kalau aku kata tandas ni terletak di salah sebuah university yang terkemuka di Malaysia.  

Kenapa aku kata mangkuk tandas kat situ tak best? Korang tengok la sendiri “gambaran pelukis” kat bawah ni:

kalau tak paham ni gambar apa, abaikan. 

Ada ka patut design pelapik mangkuk tandas macam tu? Tak belajar ke diorang yang pressure = force / area. Kalau area kecik, pressure makin tinggi. Sangat menyeksakan... terutamanya bagi mereka yang selalu termenung lama masa buang dalam tandas macam aku.


rujukan

[1] google earth

Pha is


24.8.11

Rabu Kedu #10



untuk maklumat lanjut klik sini
wordless wednesday yang lepas :
#WW7
#WW8
#WW9

p/s : minggu ni diorang kata nak bagi kelainan. suruh tukar "wordless wednesday" kepada "rabu kedu" (istilah BM). 

23.8.11

Kenangan Bersama Kad Raya

sebuah segmen dari sergeant keroro. nak joint klik gambar

dulu masa aku kecik2, ada jugak la aku saling mengePOS kad raya. mula2 masa sekolah rendah dulu dengan dua-pupu aku. (aku punya tok punya adik punya cucu). tahun2 yang berikutnya aku hantar kat kawan2 sekelas yang rapat pulak (masih lagi di bangku sekolah rendah).

bila sekolah menengah, aku dah tak hantar dah kad raya. sbb masa tu hampir semua kawan aku dah ada henfon (kecuali aku). so, diorg dok layan sms raya la.

tapi semenjak aku masuk usm, semenjak aku install adobe photoshop, bila time raya je aku buat kat raya "maya". post kat pesbuk, tag ramai2.. hehehe... kan mudah... kat bawah ni contoh2 kad raya yg aku buat :


ni kad raya Aidilfitri tahun lepas


ni pulak Aidiladha tahun lepas


tahun ni punya kad raya pon dah hampir nak siap. nanti aku post yer... heheheh



Pha is

21.8.11

salam perantau (konon) dari tokyo


video khas salam perantau dari tokyo. ekceli, vdeo ni diambil di sekitar USM kampus kejuruteraan di trans kerian. pulau pinang. hehehe...

papepon, layan je la...

19.8.11

Wave 125x ultimo


Bila belek2 keyword analytic kat pak cik nuffnang, banyak jugak aku jumpa tentang soalan2 yang berkaitan dengan moto yang sedang aku pakai sekarang ni. Antaranya

Wave ultimo 125
Wave 125 x
Ok ke wave ultimo
Wave 125 x ultimo

Lantas, aku mengambil keputusan untuk buat sikit review berkenaan moto ni. At least bagi sesapa yang berhajat nak beli moto ni, boleh la pertimbangkan.

Tapi sebelom tu, aku nak ingatkan yang aku baru lagi pakai moto ni. mileage pon baru 7000++.. Dan moto ultimo ni moto pertama yang aku beli. So, tak dapat la kalau aku nak compare moto ni dengan moto2 jenis yang lain.

Aku Cuma boleh bagitau setakat yang aku tau dan setakat yang aku alami je la. lagipon, banyak lagi yang aku tak tau pasai moto ni..  kalau nak tau lebih detail, sila Tanya otai2 moto di mana2 forum2 moto yang ada. Hehehe..



1. Kelajuan

Dulu aku ada terbaca dalam 1 forum moto yang mengatakan “sapa yang nak beli moto untuk kelajuan, jangan beli ULTIMO.” Dan aku agak bersetuju dengan statement tu. So far, moto aku habis laju pon penah pi Cuma 110 km/j.

Ada pengguna ultimo lain cakap penah sampai 120km/j. Aku tak tau la.. mungkin moto aku yang bermasalah.

Tapi nak sampai 110 km/j tu pon jarang2. Bergantung kepada mood moto aku. Kalau mood dia tak ok, kadang2 tu full throttle pon sampai 80km/j je. Tapi kalau hari2 biasa, boleh je pi sampai  100km/j kalau naik sorang2.

p/s : baru2 ni aku try naik moto dari usm ke rumah melalui jambatan pulau pinang. Masa atas moto tu aku baca surah2 yang aku penah hapal. Tetiba je mood moto aku ok. Buleh pulak sampai 110 km/j walaupon kat tengah jambatan (selalunya atas jambatan tak dapat nak pecut sebab angin kuat).

Kesimpulannya, kalau nak bagi mood moto ok, baca la al-quran masa atas moto. Tak kisah la surah sajadah ka, al-mulk ka... ayat lazim pon boleh. Hehehe..

2. bunyi enjin.

Dan ramai jugak yang komplen moto ultimo ni ada masalah bunyi enjin bila sampai 90km/j dan keatas. Kata mereka, bunyi enjin jadi pelik.

Tapi sepanjang pengalaman aku, bila sampai je 90km/j, aku dah tak dengar bunyi apa2 dah melainkan bunyi desiran angin yang menepis-nepis cuping2 telinga aku. Hehehe...

Maklumlah, helmet murah. Helmet mahal tapi free dah kena curi. Telinga aku terdedah. Kalau dengar lagu pakai earphone dengan volume yang paling kuat pon aku tak beberapa nak dengar sangat dalam situasi yang macam ni. walaupon ear phone aku tu jenis yang berlapik getah (ear plug).

Inikan pula bunyi enjin. So, bab bunyi enjin ni, tak dapat la aku nak komen. Tapi kalau bawak dalam range 40-80 km/j rasanya ok je bunyi dia.

p/s : ada beberapa member aku pernah Tanya aku kenapa tak start enjin lagi sedangkan masa tu enjin aku dah start.

3. meter kelajuan

Ni lagi 1 hal yang membuatkan aku musykil. Pernah sekali aku pinjam moto LC member aku dan masa aku bawak, bila aku tengok meter dah sampai 100km/j. Terkejut jugak aku. Selalunya kalau bawak macam tu dengan moto aku, Cuma sekitar 80 km/j je.

Lagi 1 situasi, penah sekali kami buat konvoi dari penang ke bukit merah. Menurut member aku yang membonceng moto legenda, katanya kelajuan kami masa nak pi bukit merah tu dah 100km/j lebih. Tapi aku yang ikut belakang ni aku tengok meter aku tak sampai 100km/j pon.

4. penggunaan minyak.

Bab minyak aku tak bleh nak komen banyak sebab aku tak leh nak compare dengan moto2 yang lain. Tapi bagi aku, kira ok la. kalau pi-balik antara usm-rumah aku (dalam 70++ km) tak sampai full tank. Kalau ikut harga minyak sekarang lebih kurang RM4.

Cukup dulu kot 4 point tu. Yang lain2 rasanya biasa2 je. Kesimpulannya, bagi sesapa yang “berjiwa kelajuan”, jangan cari ultimo. Nanti korang kechewa. Kecuali kalau korang pandai modify. Hehehe...

Tapi Kalau stakat nak naik biasa2 je, memang aku syorkan ultimo. Sebab dia tak semahal legenda dan LC. Lagi pon, orang kata enjin honda ni tahan.Orang yang kata. Bukan aku.


[makluman tambahan]

untuk maklumat lanjut mengenai motosikal honda wave 125 x ultimo in, sila lihat sekali dengan ruangan komen di bawah ini kerana terdapat komen dari beberapa pengguna ultimo sendiri disitu. 

bagi pengguna Ultimo, anda dialu-alukan untuk memberi dan berkongsi sebarang komentar, cadangan, atau pengalaman sendiri mengenai motosikal ini.

-penulis

Pha is

17.8.11

wordless wednesday #WW9




untuk maklumat lanjut klik sini
wordless wednesday yang lepas :

Toyota Supra

hari : selasa
tarikh : 16 Ogos 2011
masa : 17:11
lokasi : jalan butterworth (simpang empat permatang sintok - teluk air tawar)
jentera : Toyota Supra
situasi : snap picture masa atas motor wave ultimo..



16.8.11

Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 42



Terjemah Hadits :

Dari Anas r.a dia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: Allah ta’ala berfirman: “Wahai anak Adam, sesungguhnya Engkau berdoa kepada-Ku dan memohon kepada-Ku, maka akan aku ampuni engkau, Aku tidak peduli (berapa pun banyaknya dan besarnya dosamu). Wahai anak Adam seandainya dosa-dosamu (sebanyak) awan di langit kemudian engkau minta ampun kepada-Ku niscaya akan Aku ampuni engkau. Wahai anak Adam sesungguhnya jika engkau datang kepadaKu dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiku dengan tidak menyekutukan Aku sedikitpun maka akan Aku temui engkau dengan sepenuh itu pula ampunan”
(Riwayat Turmuzi dan dia berkata : haditsnya hasan sahih).

nasib bakal bini aku

Perbualan kami sekeluarga masa berbuka tadi :

Mak : rasanya mak kena tolak siap2 la baby yang baru nak mai ni. sebab nanti mak sibok nak jaga tok wan.

p/s 1:
a. mak aku keje jaga budak (pengasuh)
b. ada orang kampong aku yang baru je lepas bersalin tapi dah “tempah” kat mak aku agar jadi pengasuh anak dia nanti.
c. tok wan aku masih di hospital sebab penyakit demam kuning (jaundice).

Anim (adik aku) : tak pa la mak...dah bukan rezeki..

Mak : hmm... hangpa nanti kalau mak sakit pon macam tu la.. kena utamakan mak dari kerja.. tau..!!!

Aku : (tengok anim)

Anim : tapi mak, kami nanti keje tetap. Keje makan gaji. Bukan keje sendiri2 macam mak. Susah sikit la.. bukan boleh berenti gitu2 je...

p/s 2:
a. aku student farmasi (bakal ahli farmasi)
b. anim baru nak masuk UM amik kos kejururawatan (bakal jururawat)
c. kinah (adik yang lagi sorang) sedang berada kat kolej kejururawatan. (memang konfom keje jururawat)
d. opi (adik bongsu) tengah amik SPM tapi kami sekeluarga dok pulun suruh dia amik medic. Bagi cukup corum. (doctor-farmasi-jururawat) WOHA..!!!

mak : betul jugak.. abeh tu nanti kalau mak sakit, sapa nak jaga???

Anim : bini abang la..!!!

Aku  : MySpace


p/s 3: habes la bakal bini aku nanti.. hehehe





Pha is


Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 41



Terjemahan hadits :

Dari Abu Muhammad Abdillah bin Amr bin ‘Ash r.a dia berkata : Rasulullah
saw bersabda : “Tidak beriman salah seorang diantara kalian hingga hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa”

(Hadits hasan sohih dan kami riwayatkan dari kitab Al-Hujjah dengan sanad yang sohih.)

(Hadits ini tergolong dho’if. Lihat Qowa’id Wa Fawa’id minal Arba’in An-Nawawiyah, karangan Nazim Muhammad Sulthan hal. 355, Misykatul Mashabih takhrij Syekh Al Albani, hadits no. 167, juz 1, Jami’ Al Ulum wal Hikam oleh Ibn Rajab)


wallahu a'la wa a'lam...




senarai semua hadis arbain [klik]

11.8.11

teka-teki 1

dah lama aku tak update.. ye la.. sekarang ni kan bulan posa. so, bulan ni memang aku rancang nak kurangkan sikit BW dan hal2 yang berkaitan dengan blog ni.. seelok2nya dalam bulan yang mulia ni kita banyakkan baca Al-quran dan perbanyakkan amalan. ye dok? hehehe..

MySpaceeleh, kalau malas tu cakap je la..
eh, ko ape tau..?MySpace

MySpaceapa2 pon, sebagai selingan di bulan posa ni, apa kata kalau aku nak bagi 1 teka-teki. teka-teki ni ada 4 soalan tapi cuma ada satu jawapan. dalam erti kata lain, jawapan bagi semua soalan tu adalah sama. ni soalannya :



1 - kenapa pencuri kena tangkap

2- kenapa gigi sakit

3 - kenapa ubi kayu berulat

4 - kenapa perempuan mengandung

 amacam? boleh jawab?


MySpace





p/s : hari ni dah 11 ramadhan, sudah brapa juzuk al-quran yang dah dibaca?


Pha is

Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 40



Terjemah hadits :

Dari Ibnu Umar r.a berkata : Rasulullah saw memegang kedua bahu saya seraya bersabda : Jadilah engkau di dunia seakan-akan orang asing atau pengembara. Ibnu Umar berkata : Jika kamu berada di petang hari jangan tunggu hingga pagi hari, dan jika kamu berada di pagi hari jangan tunggu hingga petang hari, gunakanlah kesehatanmu untuk (persiapan saat) sakitmu dan kehidupanmu untuk kematianmu
(Riwayat Bukhari)

4.8.11

Tuhan "seru" sekalian 'alam

Bagi sesiapa yang perasan, diawal filem “hikayat merong mahawangsa”, masa sultan yang ceritakan kisah merong tu baru nak mula cerita, dia ada sebut lebih kurang macam ni : segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian a’lam.

Atau pon bagi sesiapa yang pernah baca kitab lama2, terutamanya kitab tulisan jawi lama, juga banyak disebut “Tuhan seru sekalian a’lam”. Korang tau tak apa yang dimaksudkan dengan “seru” disini?

gambar hiasan ihsan dari pok cik google

Kalau dalam kitab jawi lama, ejaan seru tu hanya terdiri dari 3 huruf jawi iaitu sin-ro-wau. Kalau mengikut ejaan baru jawi, memang sin-ro-wau akan berbunyi seru tapi oleh kerana ejaan ni dalam bentuk ejaan jawi lama, maka sebutan yang betulnya sepatutnya ialah SARWA.

Hal ni kerana tulisan jawi lama banyak “kekurangan” huruf2 “vocal” seperti alif, wau, dan ya. So, kalau ikut tulisan jawi baru, ejaan tu sepatutnya sin-ro-wau-alif.

Dalam kem kelab santun yang aku penah ikuti sebelom ni, ada satu ceramah berkenaan “sarwa islam”. Penceramah yang menggelarkan dirinya “abu faiz” itu kata, dah banyak orang yang tersalah baca tulisan jawi lama dan tersebut seru sedangkan ianya sarwa.

Jadi, sebutan yang sepatutnya ialah “segala puji bagi Allah, Tuhan sarwa sekalian a’lam”. sarwa ni asalnya adalah bahasa sastera lama yang bermaksud segala, sekalian, seluruh[1]. Jadi, kalau digantikan, maksudnya : Tuhan seluruh sekalian a’lam.

Tapi kalau mengikut kamus dewan edisi ke-4, istilah seru juga dapat diterima pakai sebagai sarwa. Kerana maksud seru yang ke-3 dalam kamus dewan ialah serba, sarwa[1]


rujukan
[1] kamus dewan edisi ke-4


Pha is

Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 39



Terjemahan hadits :

Dari Ibnu Abbas r.a : Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya Allah ta’ala memafkan umatku karena aku (disebabkan beberapa hal) : Kesalahan, lupa dan segala sesuatu yang dipaksa”
(Hadits hasan diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Baihaqi dan lainnya)

3.8.11

wordless wednesday #WW8




untuk maklumat lanjut klik sini
wordless wednesday yang lepas :

bangsa membaca, bangsa berjaya

Beberapa minggu yang lalu, masa aku on the way dari KL ke Penang, aku sempat singgah kejap kat 1 kedai buku kat stesyen bas puduraya. Kedai tu banyak jual majalah dengan novel. Setelah pusing2 kedai tu, akhirnya aku membeli sebuah novel yang bertajuk “ISABELA”.

Novel tu asalnya dalam bahasa urdu. Lepas tu diterjemahkan dalam English, tapi yang aku beli tu terjemahan ke bahasa melayu. Hehehe..  cerita pasai seorang anak ketua paderi kristian di cordova, sepanyol yang masuk islam, semasa sepanyol dibawah pemerintahan islam.

Aku ni bukannya apa, sebagai seorang rakyat yang perihatin dan bertanggung jawab, aku terpanggil untuk menyahut seruan kerajaan untuk membudayakan amalan membaca. Ala, macam yang ditayang kat iklan2 kat TV tu.. contohnya yang drebar teksi baca majalah sementara tunggu penumpang.


Sekurang2 nya,  sementara nak tunggu bas bertolak, ada benda yang aku boleh baca. Tak la terbuang masa aku begitu saja. Ye dok..?

Maka, setelah aku naik bas, sementara tunggu bas bertolak, aku pon dengan bangganya membuka novel tu dan membacanya.(aku tak boleh baca buku masa bas tengah bergerak. Nanti PENING.. Hehehe).. masa tu kononnya aku ni budak baik la..

Masa aku tengah seronok membaca, tiba2 aku ternampak salah seorang panumpang yang tidak jauh dari tempat aku duduk yang juga sedang membaca. Setelah aku perhati, rupa2nya beliau sedang baca A-Quran.

“Ah... aku kalah.. dia lagi hebat..!!!!” 

Pha is

Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 38



Terjemah hadits :

Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah saw bersabda : Sesungguhya Allah ta’ala berfirman : Siapa yang memusuhi waliku maka Aku telah mengumumkan perang dengannya. Tidak ada taqarrubnya seorang hamba kepada-Ku yang lebih aku cintai kecuali dengan beribadah dengan apa yang telah Aku wajibkan kepadanya. Dan hambaku yang selalu mendekatkan diri kepada-Ku dengan nawafil (perkara-perkara sunnah diluar yang fardhu) maka Aku akan mencintainya dan jika Aku telah mencintainya maka Aku adalah pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangannya yang digunakannya untuk memukul dan kakinya yang digunakan untuk berjalan. Jika dia meminta kepadaku niscaya akan aku berikan dan jika dia minta perlindungan dari-Ku niscaya akan Aku lindungi.
(Riwayat Bukhari.)

1.8.11

antara wajib dan mesti

dulu masa aku blajar silat kat sekolah, masa kami tengah praktis "buah serang", jurulatih aku ada cakap kat aku yang serangan ni special, sebab "yang elak pasti kena, yang tangkis pasti dimakan"

kata beliau lagi, buat la apa pon, serangan ni mesti kena. tak wajib kena, tapi mesti kena.

aku : ada beza ke?
jurulatih : ada... kalau wajib kena, tapi tak kena, berdosa tak?
aku : owh..


.
.
.

Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 37



Terjemah hadits :

Dari Ibnu Abbas r.a, dari Rasulullah saw sebagaimana dia riwayatkan dari Rabbnya Yang Maha Suci dan Maha Tinggi : Sesungguhnya Allah telah menetapkan kebaikan dan keburukan, kemudian menjelaskan hal tersebut : Siapa yang ingin melaksanakan kebaikan kemudian dia tidak mengamalkannya, maka dicatat disisi-Nya sebagai satu kebaikan penuh. Dan jika dia berniat melakukannya dan kemudian melaksanakannya maka Allah akan mencatatnya sebagai sepuluh kebaikan hingga tujuh ratus kali lipat bahkan hingga kelipatan yang banyak. Dan jika dia berniat melaksanakan keburukan kemudian dia tidak melaksanakannya maka baginya satu kebaikan penuh, sedangkan jika dia berniat kemudian dia melaksanakannya Allah mencatatnya sebagai satu keburukan.
(Riwayat Bukhori dan Muslim dalam kedua shahihnya dengan redaksi ini).

jadi kambing



Sapa yang kat sini penah makan daun pokok asam? Sedap woo.. dia ada rasa masam2 sikit. Rangup pulak tu. Terutamanya kat pucuk dia.  Dulu masa aku kecik2,dalam umur lingkungan 5-6 tahun, memag fevered aku la...

Masa tu kat belakang rumah aku, kat atas ban (jalan tanah merah di tebing tali air) ada satu anak pokok asam. Pokok tu kecik ja. Tinggi dia pon tak sampai 1 meter. Memang tak berbuah lagi. yang ada Cuma daun dan batang ja.

Tiap2 hari, kerja aku pi kat pokok tu, ambik daun pokok asam tu dan makan. Makan fresh2 kat situ jugak.  Sampai lah mak dengan arwah ayah aku marah.

Lepas kena marah, aku masuk rumah. Esoknya pulak aku pi kat pokok tu dan  makan lagi. memang tak makan saman betol. Hehe...

Pernah sekali, arwah ayah aku kata kat aku : “hang nak jadi kambing ka? hari2 makan daun pokok..!!!  Dah la malas mandi..!!!” .

Tapi masa tu aku buat bodo je...  sedap punya pasal. Dah tak heran dah. Kambing ka, lembu ka, aku sebat jugak daun pokok tu.

Sampai satu tahap, suatu hari, masa aku nak pi kat pokok tu, aku tengok pokok tu dah kena tebang. Ayah aku yang tebang. Mungkin lepas tu baru puas hati arwah ayah aku. Hahaha..


Pha is