Skip to main content

They have my respect



Okeh, semua orang penah pi pasar malam kan? dan kalau aku Tanya korang, selalunya apa yang ada di pasar malam, apa yang korang akan jawab?

Burger? Yong tau fu? Cendol? Nasi kerabu? Air tebu? Sate? Pasembur? Laksa? Hmm...... Apa lagi?
Payung, meja, mesin tebu.... lagi..???
Tentulah orang yang jual, dan orang yang membeli... lagi..????
Peminta sedekah... kan?


Ni aku nak cerita sikit ni. Kalau korang datang kat area tempat aku hari selasa, try pergi pasar malam kat pekan penaga. Kalau korang bernasib baik, korang akan jumpa dengan seorang pak cik (aku tak sure dia OKU or tak tapi Nampak macam buta) yang sedang bermain gitar “karan”.

Huh... smart giler beb... kat tangan dia ada gitar, kat tepi dia ada speaker dan kat depan dia ada “tapawaer” (aku tak tau ejaan betul dia macam mana) untuk orang letak duit.

Suara dia boleh la tahan. Janji picing (ni lagi satu aku tak tau ejaan) tak lari... tapi shahdu je kalau dengar. Antara lagu yang beliau penah main yang aku ingat ialah Lagu Selagi Ada Rindu (penyanyi asal - Pak Long). Lagu ni first time aku dengar dari pak cik tu la..

Sekurang2nya beliau ada la “effort” berbanding orang lain yang selalunya hanya duduk saja sambil memperdengarkan bunyi duit syiling yang terhasil bila mereka menggoncang tapawear duit mereka. Beliau “menjual” bakat sedangkan yang lain “menjual” simpati.

Aku tak pandang hina dan tak salahkan peminta sedekah. Aku Cuma lebih hormati orang yang macam pak cik tu.

Dan Bagi pihak2 yang bertanggung jawab, cadangan aku, mereka2 ni rasanya tak perlukan sumbangan kerana mereka lebih memerlukan pekerjaan. Daripada menghulurkan derma dengan cek yang besar gedabak di depan kaca tv, lebh baik wujudkan perusahaan atau yang sewaktu dengannya yang boleh membuka peluang pekerjaan buat mereka2 ni.

Contohnya , dulu ada seorang pak cik (dah arwah dah) yang berjiran dengan aku. Aku panggil beliau “pak tam”. Dulu arwah patah kaki. dengar cerita sebab jatuh dari pokok kelapa. Dan masa tu, arwah pon dah agak tua tapi, daripada dia mintak sedekah, dia kerja dengan arwah ayah aku. buat kerisik.        


Pha is

Comments

  1. Tapawaer : Tupperware
    picing :Pitching


    HEHHE..No offense bro..

    ReplyDelete
  2. kina : ko ni mmg jenis yg suka komen blog org pkul 2-3 pagi erk..? hahahaha

    ReplyDelete
  3. aku ni suku sakat edward cullen.. ;p

    ReplyDelete
  4. betul tu . dekat tempat Tia yang meminta-minta tu langsung tak cacat . just ada anak kecik baby dengan sorang lagi ada anak dia . kesian jugak , tapi berbelah bagi jugak . kalau bagi , macam menggalakkan dia terus meminta ..

    ReplyDelete
  5. daripada diorg mintak2, kan lbih elok klau diorg mntak keje kat sapa2 yg menjual kat pasar mlm tu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Gelaran Adik Beradik Yang Betul

Gaji Ahli Farmasi

KTMD | Servise Penghantaran Motosikal