20.6.11

Konsep masjid dalam rumah tangga



Seringkali kalau orang nak kahwin, disebut “nak membina masjid”. Ini menunjukkan persepsi bahawa membina rumahtangga itu punya maksud yang suci murni dan nilai yang tinggi hingga dikatakan sebagai membina masjid.

Selain tu, jom kita tengok perkaitan antara masjid dan rumah tangga:

1. Masjid dibina kerana Allah SWT dan bukan kerana niat yang lain. Begitulah dalam membina rumahtangga, tidak boleh dengan niat lain. Niat-niat yang tidak murni akan mengundang kemurkaan Allah SWT. Bila benda ni berlaku, macam mana rumah tangga nak tenteram?

2. Arah kiblat semua masjid adalah sama. Maknanya semua anggota keluarga mesti memiliki niat dan arah kehidupan yang sama iaitu mencari keredhaan Allah SWT melalui rumahtangga dan hidup berkeluarga. Barulah rumah tangga itu akan melahirkan orang-orang yang mudah sepakat, seia sekata, saling bekerjasama dan bertolong bantu.


3. Masjid adalah tempat membesarkan Allah SWT. Ertinya rumahtangga adalah medium anggota keluarga membesarkan Allah SWT. Bukan tempat membesarkan dunia, nafsu dan syaitan. Rumahtangga yang sering berkrisis selalunya berpunca kerana dalam diri masing-masing subur cinta dunia dan bertunjangkan nafsu.

4. Masjid adalah tempat ibadah dan bukan pasar yang riuh rendah tanpa haluan dan bukan juga arena konsert. Ini bukan bererti tiada kegembiraan dan gurau senda dalam rumahtangga. Namun semuanya berlaku dengan penuh adab sopan dan dalam suasana yang aman tenteram seolah-olah dalam suasana menjaga ibadah.

Seperti mana dalam masjid tiada maksiat, kemungkaran pertengkaran, kata nista, maki hamun, sumpah seranah, bertegang leher, maka begitulah suasana dalam rumah tangga.

5. Masjid adalah tempat berlakunya majlis ilmu, nasihat menasihati dan peringatan. Begitulah keadaan yang seharusnya berlaku dalam rumahtangga. Terutamanya suami, selaku ketua keluarga mesti mampu menjadi imam sembahyang, mengadakan majlis pengajian yang ringan-ringan terutama di bidang fardhu ain, membaca Al-Quran, dan   mampu memberi tunjuk ajar dan peringatan kepada anggota keluarga.

6. Masjid adalah tempat manusia merendah diri, berkasih sayang, hormat menghormati dan saling bermaafan. Demikianlah sewajarnya terjadi dalam rumahtangga. Hidup dengan ketiadaan ego dan sombong, berkasih sayang, saling menghiburkan,
Prihatin dan setia

7. Bangunan masjid itu merupakan gabungan pelbagai komponen dan bahan binaan. Gabungan yang lengkap itulah menjadikan sempurnanya sebuah masjid. Dalam konteks rumahtangga, ianya bukan setakat ikatan antara suami dan isteri saja. Dari ikatan ini terjalin hubungan antara keluarga kedua-dua pihak.

Seluruh ikatan kekeluargaan itu perlu dijaga agar kekal tidak terungkai bahkan kekal utuh. Begitu besarnya fungsi rumahtangga.

8. jika berlaku penceraian, ianya diibaratkan meruntuhkan masjid. Selain hilang peranan masjid, putus pula segala ikatan kekeluargaan antara dua pihak. Seolah-olah seluruh bangunan masjid itu runtuh.

Walaupun bercerai itu tidak berdosa, namun kesan negatif dari perceraian itu amat besar. Perceraian akan memberi kesan kepada retaknya ikatan dalam keluarga keseluruhannya. Kalau runtuh masjid maka tiada lagi tempat tumpuan masyarakat untuk melaksanakan berbagai aktiviti kepada Tuhan mahu pun sesama manusia, demikianlah juga sekiranya runtuh rumahtangga maka akan berlaku berbagai kepincangan dalam masyarakat.

9. Masjid amat dijaga kebersihan dan kesuciannya, sama ada kotoran yang zahir mahupon batin.Masing-masing berusaha mengawasi gerak hati agar tidak menjalar sifat mazmumah dan berusaha menyucikan hati sepanjang berada dalam masjid.

Sama juga fungsi rumahtangga. Tempat anggota keluarga membuang sifat mazmumah, sekaligus menyuburkan sifat-sifat mahmudah. Kalau setiap keluarga berbuat perkara yang serupa, maka kesannya anggota masyarakat terdiri daripada manusia yang aman damai.

dipetik dan diolah dari :

Shuib Sulaiman. Bahagiakah Rumah Tangga Anda? (2008) m/s : 36-40

4 comments:

  1. semua pun bermula dengan niat . kalau niat dah baik , semua perkara yang dilakukan pun insyaAllah baik . kalau niat dari awal memang tak baik , faham2 lah ..

    oh ada lagi . restu ibu dan ayah pun penting barulah hidup berumahtangga boleh aman :)

    ReplyDelete
  2. yang penting niat nak bina masjid tu kene la betol.. insyaAllah bila niat betol, yang lain akan betol

    ReplyDelete
  3. Tia : betul tu... restu ibubapa pon penting... ridhollah fi ridhol walidaini (redha Allah terletak pada redha kedua ibubapa)...('',)

    ReplyDelete
  4. freaky : bak hadis arbain imam nawawi yang pertama : "Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung kepada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan......"

    ReplyDelete