Wednesday, June 1, 2011

Kajian kes 1 – ubat gigi dan Ulcer mulut.



Dulu, aku ni kerap kena serangan ulser mulut. Tapi, sejak beberapa tahun yang lalu, aku mula perasan yang bila aku menggunakan ubat gigi yang digembar-gemburkan sebagai tanpa florida, ulcer mulut aku dh berkurang.

gambar uncle google

Dan semenjak aku dok kat usm time cuti ni, aku try pakai ubat gigi yang terkenal dengan kandungan floridanya (colgate) dan hasilnya, tak sampai seminggu aku pakai, dah kena ulcer. Hah..!! hypothesis accepted.!

dari uncle google

Tapi bila aku godek2 pak cik google dalam sedikit “research” aku, aku tak jumpa pon kaitan antara florida dengan ulcer mulut. Tapi, yang aku jumpa ialah ulcer mulut boleh jadi disebabkan sejenis surfactant (detergent) yang ada dalam ubat gigi yang diberi nama sodium lauryl sulphate (SLS)[1][2].

dari wikipedia

Walaupon SLS ni bukan carcinogenic (bahan yang boleh menyebabkan cancer)[3] tapi boleh menyebabkan iritasi kat kulit kalau terkena lebih dari sejam[4].(teringat dulu masa aku kena padajai dengan member kat asrama. Diorang buh ubat gigi kat muka masa aku tidoq. Pedih woo...)

Dan banyak kajian telah membuktikan bahawa untuk mengurangkan kekerapan serangan ulcer ni, kena gunakan ubat gigi tanpa SLS[5][6][7][8][9] tapi penggunaan ubat gigi dengan SLS dan tanpa SLS tak terdapat sebarang perbezaan yang significant terhadap pola ulcer[1].(jangan Tanya aku sebab aku sendiri pon tak paham apa yang dimaksudkan dengan “pola”. )

Dan bahan SLS ni memang ada dalam colgate pon[10]. Tapi, yang menghairankan aku, ubat-ubat gigi keluaran HPA (yang tak ada florida) yang bila aku pakai, tak kena ulcer, pon ada SLS jugak[11].

Habis tu, kenapa dulu bila aku pakai ubat gigi keluaran HPA, serangan ulcer mulut aku kurang? Kalau nak kata sebab concentration SLS, tak de beza sangat rasanya.

Aargh..!!! pening2.. boleh buat research ni. Mana tau kot2 nanti boleh publish... hehehe


Rujukan:

[1] Healy CM, Paterson M, Joyston-Bechal S, Williams DM, Thornhill MH (1999). The effect of a sodium lauryl sulfate-free dentifrice on patients with recurrent oral ulceration. Oral Dis 5: 39–43.

[2] Herlofson BB, Barkvoll P (October 1994). "Sodium lauryl sulfate and recurrent aphthous ulcers. A preliminary study".Acta Odontol. Scand. 52 (5): 257–9.

[3] CIR publication (1983). "Final Report on the Safety Assessment of Sodium Lauryl Sulfate and Ammonium Lauryl Sulfate". International Journal of Toxicology 2 (7): 127–181.

[4] Marrakchi S, Maibach HI (2006). "Sodium lauryl sulfate-induced irritation in the human face: regional and age-related differences". Skin Pharmacol Physiol 19 (3): 177–80

[5]  Herlofson B, Barkvoll P (1996). "The effect of two toothpaste detergents on the frequency of recurrent aphthous ulcers". Acta Odontol Scand 54 (3): 150–3.

[6] Chahine L, Sempson N, Wagoner C (1997). "The effect of sodium lauryl sulfate on recurrent aphthous ulcers: a clinical study". Compend Contin Educ Dent 18 (12): 1238–40.

[7]  Herlofson BB, Barkvoll P (1996). "The effect of two toothpaste detergents on the frequency of recurrent aphthous ulcers". Acta Odontol. Scand. 54 (3): 150–3.

[8] Chahine L, Sempson N, Wagoner C (1997). "The effect of sodium lauryl sulfate on recurrent aphthous ulcers: a clinical study". Compend Contin Educ Dent 18 (12): 1238–40.

[9]  Healy CM, Paterson M, Joyston-Bechal S, Williams DM, Thornhill MH (1999). "The effect of a sodium lauryl sulfate-free dentifrice on patients with recurrent oral ulceration". Oral Dis 5 (1): 39–43





sekian...

jom ushar smartphone samsung terbaru..!!!!

14 comments:

  1. biasa kene ulser kat gusi sbb berus gigi laju sangat sampai terkena gusi.. adoiii..!!

    ReplyDelete
  2. pulak... so, lepas ni kna wt research skit psai berus gigi la.. hehehe

    ReplyDelete
  3. sls gua taw bro, mercedes benz SLS AMG,LOL

    ReplyDelete
  4. kalau dh pro kreta, asyik pkir psai kreta ja... hahahaha

    ReplyDelete
  5. armouris, thanks sbb brkongsi...

    ReplyDelete
  6. syieda kne ulser bile bdn tlalu pns..T__T pasni nk tkr ubt gigi jgk la.

    ReplyDelete
  7. "badan panas" pon salah satu punca jugak.. msa kecik2 dulu, klau aq kna ulcer, mesti mak aq marah. dia kata :

    ha, tu la... mals mandi lagi... kan badan dah "panas"... tu yang jadi macam tu kat mulut..!!

    heehehehe

    ReplyDelete
  8. tenkiu PHA is jenguk blog udy .
    udy da follow .

    kalau gigi kene ulcer camne pulak? ngee =p

    ReplyDelete
  9. erk..? ulcer gigi...? cm pelik je.. hehehe

    ReplyDelete
  10. ish..ade pulak x mandi..ater kalu mndi bkli2 pn kene gk gitu cmner..skg mmg dok gune colgate...nk knre tu ker

    ReplyDelete
  11. faztee danisha : tu just petua org tua2 je.. kononnya sbb badan panas..

    yg psai colgate tu, kalau sblom ni mmg dah terbiasa pakai, tak payah tukar pon x pa.. lain org lain dia punya tolerate kat sesuatu bahan.. tapi kalau selalu kena ulser, try tukar ubat gigi tengok.. mana taw kot2 bkesan.. tapi x de jaminan la... hehehe

    ReplyDelete
  12. wah..nice entry..rajin gile siap letak references.dah mcm tesis dah aku tgk.tahniah2

    apa yg aku blaja..slalunya ulcer disebabkan oleh stress, trauma n genetik

    kita digalakkan pakai ubat gigi berfluorida sbb nak remineralize enamel gigi..so prevent gigi berlubang

    ReplyDelete
  13. @syimiekitty thanks... tak tau kenapa tiba2 ja jd rajin nk buat research... hehehehe

    ya, betol..!!! rasanya major factor aku ialah genetic.. mak aku citer, dulu masa dia kecik2 selalu gak dapat "menatang" ni... hehehhe

    yg pasai floride tu aq tau.. tapi, kenapa bila aku pakai colgate, KONFOM kena ulser bibir..??? any answer..????

    ReplyDelete