masa aku form 1 kat sekolah aku dulu, kami ada aktiviti "usrah" setiap mingu. naqib (fesi) aku masa tu memang sporting giler. memang kami agak rapat la dengan beliau. ada satu pesan beliau yang aku still ingat sampai sekarang iaitu :
"sekarang ni hangpa tok sah dok kalut sangat pasai awek. belajaq dulu sungguh2. bila hangpa dah masuk U nanti, belajaq rajin2 dan jangan sombong..."
sejak tu, aku macam "berpegang teguh" dengan nasihat beliau. yang pertama, belajaq elok2, yang kedua, jangan sombong. dan masa tu, aku ingat perkara yang pertama tu lebih susah. tapi, sekarang, aku rasa perkara yang kedua tu lagi susah daripada perkara pertama.
sekarang, aku cukup trauma dengan istilah sombong. semuanya disebabkan apa yang berlaku kat matrikulasi. terutamanya dari perempuan. maklumlah, time tu aku masih lagi segan dengan golongan wanita. contohnya seperti yang berlaku dalam entry ni.
mungkin time tu just miss understanding. sebab masa tu aku tak biasa dan tak selesa berinteraksi dengan mereka. mungkin pasai tu aku disalah ertikan.
apa2 pon, aku harap perkara yang berlaku masa tu tak berulang. aku cuba sedaya upaya, supaya tak "dianggap" sombong lagi. aku betul2 trauma. dan yang pasti, tolong jangan "cop" aku sombong lagi. kalau korg nk tau sombong aku macam mana, try la...
Pha is