28.5.11

walimatul urus


Alhamdulillah, selesai sudah tadi persembahan demo silat untuk satu kenduri kawen. Next persembahan, esok. Papepon, nasib baik tak injurt apa2.
muka penat lepas demo... 


Majlis perkahwinan tadi boleh tahan la meriahnya. Dan yang bestnya, diorang guna kaler biru sebagai kaler tema. My fevered..(slang oghang putih sambil tangan melenggok lemah gemalai bak usop wilcha.. hehehe)



pelamin pon kaler biru. tapi x pe la. aku kawen nanti tak payah pelamin la.  pahala dapat,  bajet pon kurang. hehehe


Tapi, setiap kali mak aku tengok orang kawen pakai kaler biru, mesti dia kondem. Mak aku kata, baju pengantin kalau kaler biru, tak sesuai. Selalunya dia cakap macam tu masa dia tengok rancangan “nona” kat tv3. Dan setiap kali dia cakap macam tu, mesti dia jeling2 kat aku, sebab dia tau aku paling suka kaler biru. Macam blog aku ni. Hehehe...

Aku pon angguk dengan penuh ketaatan... tak kisah la. Aku nak kawen lambat lagi. Harap2 nanti, bila masanya tiba, semoga pintu hati mak aku terbuka untuk menerima kaler biru... hehe..


makan kat meja VIP kot... hahahaha


Okeh. Jom kita tengok beberapa hal yang berkaitan dengan kenduri kahwin dalam islam (walimatul urus)..

1. sunat diadakan dan menerima jemputannya adalah wajib (terdapat ulama mengatakan sunat).

2. tujuan :-
a. menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan tersebut
b. mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkata
c. saudara mara dapat menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga mereka.

3. adab dalam walimatul urus :
-dilakukan selepas akad nikah
-menjemput jemputan mengikut keutamaan seperti didahulukan saudara-mara, kaum kerabat dari kedua-dua pihak, jiran dan rakan kenalan;
-bagi pengantin wanita hendaklah mengikut sunah Nabi Muhammad SAW dengan cara bersederhana dan tidak unsur mehah, maksiat dan kemungkaran; dilarang sama sekali berhutang yang membebankan.
-Jamuan eloklah diadakan secara sederhana / tidak berlebih - lebihan / tidak membazir
-Tidak menunjuk- nunjuk / bangga diri /  riak
-Tiada unsur maksiat / tari menari / percampuran lelaki perempuan bukan mahramyang tiada batasan / hiburan yang melalaikan
-Tiada makanan dan minuman haram
-Tiada unsur khurafat seperti menepung tawar untuk menolak bala

4. etika berbudaya mengikut adat resam bangsa masing-masing adalah dibolehkan, namun perlu diingat agar penganjurannya perlulah selari dengan apa yang dianjurkan oleh Islam tanpa mempunyai rasa gharar(was-was)dalamnya.

5.  tidak mempunyai pengaruh adat berunsur keagamaan dan kepercayaan yang dicedok dari agama lain.

6. Islam melarang aktiviti persandingan seperti yang menjadi adat kebiasaan dalam masyarakat melayu khususnya kerana :-
a. perbuatan tersebut telah menampakkan pengaruh Hindu-Buddha seperti aktiviti merenjis dan menepung tawar,
b. memperlihatkan pasangan pengantin yang bergaya dan bersolek secara terus kepada hadirin.Hal ini akan pasti akan menimbulkan rasa bangga oleh pasangan pengantin

7. hikmah walimatul urus :
 - Melahirkan rasa kesyukuran kepada ALLAH kerana dapat membina rumahtangga
 - Melahirkan rasa kegembiraan atas ikatan perkahwinan
 - Tanda tahniah dan selamat kepada pasangan pengantin
 - Mengisytiharkan kepada orang ramai bahawa pasangan telah menjadi
   suami isteri yang sah
 - Mengikut ajaran agama dan sunnah Rasulullah s.a.w

sekian..


p/s : bila habis je demo, tetiba dapat mesej dari seorang sahabat lama...(n_n)


Pha is

7 comments:

  1. tp lau de plamin tok amek gmbo jek ley x ek..konfius ak..

    ReplyDelete
  2. klau x silap aq, klau tertutup dn hnya dilihat oleh ahli keluarga x pe... cntohnyer, klau kt kmpung2 dulu2, katil pengantin tu lah pelamin diorang. since ktil smemangnya dah ada dlm bilik, so, sesi bergmbar pon wt dlm blik. bgambar dgn kluarga dan shabat terdekat je.. kira acara "tertutup"la... x de tepung tawar, cma utk bgambar... klau selain dari tu, sma ada boleh or x, kna tnya yg lbih mursyid la... hehehe...
    wallahu a'la wa a'lam... ('',)

    ReplyDelete
  3. stau ak tol la yg cm ko ckp 2..sanding ley dpn sedare mare jek pn..lgpn sanding 2 xley bkn sbb pe,t jdik ftnah.org dok tgk pgntin 2 lawa ke,xlawa ke..dah org kte mcm2..
    yg pntgnye yek nikah..huhu..
    ak pn xtau sgt..jdik,moh kte tny yg lbey mursyid..(^.^)

    ReplyDelete
  4. bkn sbb fitnah org je... asalnya sbb tu pengaruh dari agama hindu. sbb yg kedua pulak menepung tawar tu asalnya nak tolak bala... dan bersanding tu pon dan macam mnunjuk2 kecantikan...

    aq igt lagi pesan kawan aku. dia kata, bila kenduri kawen nnti, kalau boleh, buat 3 prkara:
    1. tak bersanding
    2. tempat makan utk laki dan pompuan dipisahkan (mcm knduri kmpung dulu2 yg ada 2 khemah, 1 utk laki dan 1 utk pompuan)
    3. makanan utk pengantin jgn lebih special drpda makanan utk tetamu.(sunnah memuliakan tetamu)

    hehehe

    ReplyDelete
  5. ehem3. sapa dia sahabat lama tu? lalalalala~~

    ReplyDelete
  6. frame+lenses : sahabat lama la... member plkn dulu... hehehehe..

    ReplyDelete