25.5.11

Ultimo aku potong GT-R..!!!

Semuanya bermula bila aku menghantar adik aku ke terminal bas jeti agar beliau dapat ke sekolah lama beliau bagi mengambil sijil SPM. Dan semasa perjalanan pulang dari jeti, setelah pekena roti telur 2 biji kat restoran nasi kandar Subaidah di Bagan, tiba2 aku ditemukan dengan kereta fevered aku iaitu Nissan Skyline GT-R (R-34).

ni la kereta tu..

Err.. ok. Walaupon aku sebenarnya lebih suka GT-R (R-35), tapi bak kata orang, tak dapat rotan, akar pon jadilah. Apa2 pon, rasanya ni la 1st time aku dapat tengok jentera spesis ni real depan mata. kat USM ari tu aku ada Nampak satu. Tapi rupa2nya GT-T dan bukannya GT-R.

R-34 (gambar dari blog azman, sifu aku bab kereta)


R-35 (gambar dari blog azman jugak)

Kereta tersebut kelihatan baru keluar dari Taman Robina, Teluk Air Tawar, Butterworth. Lagi pon, aku tak heran sangat kalau penduduk taman tu ader GT-R sebab menurut mak aku, kawasan tu sememangnya didiami oleh golongan “elit”.

Buktinya, aku ada 2 orang kawan yang duduk kat taman tu dan kedua-dua mereka bergelar “tengku”. Seorang bernama Tengku Irfan (kawan sekolah) dan seorang lagi Tengku Azhar (kawan sebilik di kem PLKN).

Mula2, GT-R tu ada di belakang aku. Lepas tu aku slow kan “Ultimo” aku dan rapat ke kiri supaya GT-R tu boleh potong. Motif? Supaya aku boleh snap gambar dari belakang. Hehehe.

ultimo aku.. hehehe

Lepas dapat snap 2-3 gambar, aku pon memulakan misi aku seterusnya iaitu memotong kembali GT-R tersebut dengan Ultimo aku. Setelah beberapa cubaan, akhirnya aku Berjaya potong sebelah kiri sebab belah kanan banyak kereta dok mai dan GT-R tu tak dapat pi mana sebab kereta depan dia tu slow. Fuh... Bangga beb...!!!!

sekian..


Pha is

6 comments:

  1. hahahhahaha. aku suka gila part bawah yang kena garis tu. muahahah

    ReplyDelete
  2. garis...? mana ada..!!!! tu typing error tuh... hahaha

    ReplyDelete
  3. bro, ini R-34 ini memang panjang wo...HaHa

    ReplyDelete
  4. memang.. panjang ngan lebar... sampai makan jalan orang... hehehe

    ReplyDelete
  5. bahahahahha! sempat lagi ko snap gmbr? haih! bhye btl.

    ReplyDelete
  6. GT-R punya pasal... hehehe..

    ReplyDelete