Nabi minum air zam-zam berdiri?



jom baca hadis ni :

Dari anas ra, sesungguhnya nabi Muhammad saw melarang minum berdiri.
(riwayat Muslim, dalam didalam kitab minuman, bab tegahan minum berdiri, hadis yang ke 3771)

Dari hadis ini, Ibn qym berpendapat hukum minum berdiri ini adalah haram dan hanya dibenarkan sekiranya terdapat halangan yang menghalangnya minum secara duduk

Tapi terdapat hadis lain yang bermaksud :

Dari Ibn Abbas r.a berkata, aku memberi air zam-zam kepada Rasulullah saw, lalu baginda meminumnya sambil berdiri.
(riwayat muslim, dalam kitab minuman, bab minum air zam-zam berdiri, hadis ke 3776).

Imam Malik berpendapat laranagan minum berdiri dalam hadis pertama tadi telah dimansukhkan oleh hadis yang kedua ini yang menunjukkan minum berdiri bukan haram.

Hadis dari anas ra merupakan hadis sunnah qauliyah (percakapan) dan hadis dari Ibn Abbas merupakan hadis sunnah fi’liyyah (perbuatan). Apabila kedua-dua hadis ini bertembung, yang menjadi dasar hukum ialah hadis sunnah qauliyah. 

Hadis sunnah fi’liyyah akan berperanan menafsirkan maksud sebenar yang terkandung dalam hadis sunnah qauliyah tersebut. Ini bererti tegahan pada hadis anas tadi bukan membawa maksud haram, tetapi makruh.



DARI SUDUT SAINS

Menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum duduk lebih baik dr segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas; dimana makanan dan minuman lalu di dinding perut dgn tenang.

Adapun minum berdiri menyebab cecair akan jatuh ke dasar perut dgn keras dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini selalu berlaku dalam jangka masa yang panjang, akan menyebabkan perut longgar dan jatuh sehingga menyebabkan susah nak hadam. Begitu juga dgn makanan.

Menurut Dr Ibrahim Ar-Rawi, apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang (strain) dan pada masa yang sama sistem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak.

Ia adalah proses gabungan diantara sistem saraf dan sistem otot dlm satu masa yg menyebabkan manusia tidak mampu mendapat kerehatan anggota. Kerehatan otot adalah syarat yg terpenting ketika makan dan minum dan ianya wujud ketika kita duduk.

Apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dlm keadaan tenang dan sensation (rasa) akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambahnya kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman. Ianya akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul.

Namun demikian diharuskan berdiri ditempat yg tak sesuai duduk sprti tempat yg terlampau sesak. Ini adalah kerana Nabi s.a.w pernah minum berdiri,ini berdasarkan kepada hadis Ibn Abbas yang menyatakan rasulullah minum air zam-zam berdiri.

Tapi, kenapa Rasulullah minum air zam-zam berdiri?

Menurut kajian pakar, air zam-zam mengandungi fluorida yang memiliki daya efektif membunuh kuman serta ia mengandungi kalsium dan garam magnesium yang tinggi berbanding air biasa.
dari segi saintifik air zam-zam bersifat alkali, jadi air zam-zam boleh meneutralkan asid hidroklorik yang terhasil di dalam perut dan mengurangkan pedih ulu hati.

Jadi inilah sebab rasulullah minum air zam-zam berdiri supaya air tersebut cepat dapat meneutralkan asid yang terhasil dalam perut.

Selain itu, air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat. Kandungan makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain, inilah yang membuatkan air zam-zam dapat menyegarkan para jemaah haji yang meminumnya dan memberi ketahanan antibodi kepada orang yang meminumnya.



wallahu a'la wa a'lam...

Comments

  1. baru tau tentang ni...ada dengar jugak yg nak minum air zam zam elok berdiri..sebab khasiatnya tu....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    Saya mohon maaf kerana telah mencopykan artikel ini dan membeirkan kepada ada rakan yang bertanya. Mohon maaf sekali lagi dan terima kasih atas perkongsian ilmu.
    Stk
    Wassalam.
    ZakiJani

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa'laikumussalam.
      saudara tak perlu mohon maaf. segala artikel dalam blog ini, yg mana bermanfaat yg boleh dikongsi, dipersilakan untuk di copy...

      Delete

Post a Comment