30.5.11

martabatkan silat.


walaupon aku bukan ahli silat lincah, tapi ada la sikt perasaan bangga bila seni warisan melayu ni dapat melakar nama di Guinness World of Records. sekarang ni, orang melayu sendiri pon ramai yang malu dengan budaya warisan mereka. asyik mengagong-agongkan seni bela diri lain.

gambar hiasan dari uncle google


apa2 pon, baca dulu 2 petikan akhbar utusan melayu kat bawah ni: 


...........................................................................................................

Silat lincah sembilan jam tanpa henti 


KUALA LUMPUR 26 Mei - Kira-kira 500 pesilat daripada pertubuhan Silat Lincah Malaysia akan beraksi selama sembilan jam tanpa henti bermula pukul 8 malam sehingga pukul 5 pagi, Ahad ini.

Pengerusi Majlis Tertinggi (MT) Silat Lincah Malaysia, Datuk Omardin Mauju berkata, program yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa, di ibu negara itu bertujuan mencipta rekod di dalamGuinness World of Records.

"Program ini juga sempena menyambut 50 tahun Silat Lincah Malaysia yang akan dihadiri seramai 20,000 ahli dari serata dunia," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Omardin berkata, majlis sambutan 50 tahun Silat Lincah Malaysia akan diadakan pada Julai ini dan dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.



.......................................................................................................................

Bersilat tanpa henti



KUALA LUMPUR 29 Mei - Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) memulakan aksi silat selama sembilan jam tepat pukul 9.20 malam ini sebagai usaha untuk mencatatkan nama dalam Guinness World of Records dan The Malaysia Book of Records.

Aksi tersebut yang berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa, di sini bakal berakhir pukul 6.20 pagi esok.

Ia disertai 500 pesilat pelbagai peringkat usia yang beraksi tanpa henti dengan membuat jurus asas dan diikuti selingan seni tempur dan buah pukulan di dalam silat.

Ketika ditemui pemberita pada majlis itu, Mahaguru PSSLM, Datuk Omardin Mauju berkata, program ini bukan sahaja bertujuan mencatatkan rekod dunia tetapi pada masa sama dapat mengangkat martabat seni silat negara di mata dunia.

"Rakyat Malaysia juga dapat berbangga dengan rekod yang akan dicipta ini di samping menunjukkan kemampuan pesilat tanah air melakar sejarah.

''Saya yakin para pesilat yang terlibat tidak mempunyai masalah untuk menyempurnakan misi ini kerana apa yang dikatakan, itulah yang akan dilakukan,'' katanya.

Program malam ini juga meraikan ulang tahun kelahiran Omardin yang ke-70 pada hari ini.
Turut hadir menyaksikan aksi tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.



............................................................................................................


macam yang aku kata tadi, orang melayu sendiri pon ramai yang malu dengan budaya warisan mereka...




Pha is

11 comments:

  1. tengok orang bersilat
    dekat kenduri kawin je
    :)

    ReplyDelete
  2. aku pon baru je abes buat persembahan demo untuk kenduri kawen.. kalau tak caya, tgok entri kat bawah ni. hehehe

    masa latihan

    masa persembahan

    ReplyDelete
  3. skrg pn rmai org mlyu blaja seni len..lg truk yg xmau amek tau lgsg psl seni kte..
    ade org gtau org cina kt penang dh wjibkan stiap ank2 cine diorg blajo tkwndo..
    diorg da ready awl2 2,nk wat pape kt kte..
    * xsabo nk tggu MALAM PENDEKAR...=)

    ReplyDelete
  4. bagus2.. insyaAllah, nnti akan ader blog khas utk "perayaan psscmusm ke-35" antara acara yang terbabit termasuklah berkenaan MALAM PENDEKAR dan juga KONVENSYEN PSSCMIPT KEBANGSAAN KALI YANG PERTAMA.... hhehehe

    ReplyDelete
  5. baru tau silat masuk guines world rcord..hbat la...ni yg bngga ni jadi org melayu ni..:P

    ReplyDelete
  6. yeargh.. bersamalah kita mempertabatkan seni budaya warisan bangsa..!!!

    ReplyDelete
  7. wahh...de blog khas...t da de blog 2 roger2 tau

    ReplyDelete
  8. insyaAllah... nnti akn di share di fesbuk... lepas siap, aq gtw ko. hehehe...

    ReplyDelete
  9. silat mcm2 nama...
    tp mereka ttp 1....
    sbb sy da msuk 4 jnis persatuan silat...
    haha

    ReplyDelete
  10. pergh..!!! dahsyat ko one_niezuka.... sampai 4 silat... silat ape tu... ? hehehe

    ReplyDelete
  11. tak pernah berminat masuk silat,hehe

    masuk taekwondo XD

    ReplyDelete