Skip to main content

Faiz's 1st Law = music-velocity relativity

Hasil pemerhatian aku, ketika menaiki kereta abang munzir, telah menunjukkan bahawa muzik sememangnya dapat member kesan terhadap kelajuan sesebuah kenderaan apabila memacu di jalan raya, terutamanya di lebuh raya.

hal ni kerana saat beliau hendak memandu dengan lebih laju, beliau akan memasang lagu2 yang rancak dan bertemakan perlumbaan kereta seperti "marabahaya" oleh pop shuvit, dan sebagainya.  

oleh yang demikian, Sebuah uji kaji telah dijalankan terhadap seorang respondent yang bernama Faiz berkenaan pemanduan beliau sama ada dengan mendengar muzik ataupon tidak. Jenis muzik yang dimainkan pula adalah lagu2 OST-original sound track dari siri anime yang berkisarkan perlumbaan kereta iaitu “initial D”


Antara tajuk2 lagu yang dimainkan termasuklah Blast My Desire, Dogfight, dan Rage Your Dream, yang dinyanyikan oleh kumpulan “move”.


Atas sebab2 keselamatan, dan kerana respondent belum mempunyai sebuah kereta, mahupon lesen memandu kereta, maka uji kaji tersebut dijalankan dengan menggunakan permainan video “need for speed : most wanted”.


Jenis kereta yang dipakai pula adalah dari jenis kereta antara yang mudah “tergelincir” dalam permainan video tersebut iaitu mazda rx-7.


Hasilnya, pemanduan ketika mendengar lagu tersebut lebih lancar dan jentera rx-7 dapat dikawal dengan lebih baik jika dibandingkan dengan pemanduan tanpa mendengar muzik. Masa yang diperlukan untuk mengelilingi "most wanted world map” melaui lingkaran lebuh raya luar juga dapat dikurangkan. 

kesimpulannya, dapat disimpulkan bahawa muzik sememangnya dapat memberikan kesan terhadap pemanduan seseorang.

sekian....


Pha is

Comments

  1. stailo ngat kajian mu, hehe

    ReplyDelete
  2. agak2 boleh pulish kat BMJ x? hehehe..

    ReplyDelete
  3. Untuk tidur lena ...
    (bukan sebagai pemandu)..
    Pasanglah lagu keroncong...

    ReplyDelete
  4. wah.. bahaya teori neh. hehe..

    camne nak wat link camtu. ce ajar cek! :)

    ReplyDelete
  5. ikut suke die wat teori haha... lagu utk kesegaran pendengaran supaya tdk ngantuk dan lebih fokus.. :D

    ReplyDelete
  6. amrannaiman : mungkin tu salah satu "mechanism of action" muzik tu... hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Cara Lapor Penipuan Astro

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac

Gaji Ahli Farmasi