Thursday, May 12, 2011

150cc

baru2 ni member aku si ariff yang penyayang telah bertukar motosikal dari yamaha LC 135 kepada kawasaki kips (krr 150 rr). segala spesifikasinya boleh korang check kat blog beliau di sini.
ni la moto arip yang baru beli

dan member aku si aepul ni pulak dah berangan nak tukar dari honda wave 125x ultimo (sama macam aku)  ke yamaha LC 135 kalau "bisnes" dia berjaya. betul or tak tak tau lagi.
yamaha LC 135 . sapa tak kenal aku tak tau la

dan semenjak tu jugak, aku pon ada la jugak perasaan nak tukar moto. tapi just rasa2 je. tak la serius sangat. tak salah kan kalau ada impian? hehe



tapi, dah alang2 nak tukar, kalau  stakat  yamaha LC 135, tak beza sangat pon. baik terus ke 150cc je. baru banyak beza sikit. tapi 150cc je la yang aku mampu sebab aku still bawah lesen B2.

tapi, tu pon lepas aku kerja la. skarang mana mampu.. dan benda ni kena diamkan dulu. tak boleh cakap selalu. karang merajuk pulak moto ultimo aku tu. hehehe..
my ultimo....

mula2 dulu aku ingat nak cari yamaha fz150i. tapi, ntah. orang kata enjin yamaha ni tak tahan. aku pon bukannya tau sangat pasai moto2 ni.
yamaha fz150i

lepas tu, tadi kat usm aku dan adi ada jumpa moto honda cbr 150 kat pusat ko-k. sekali pandang, boleh tahan la jugak. aku tengok ok je. tapi ramai yang komplen yang moto tu tak lawa. tak tau la aku.
honda cbr 150


so, sapa ada cadangan moto 150cc yang best? rekemen la kat aku.. hehehe

p/s : balajaq main clutch ngan arif pon enjin asyik dok mati je. hampeh...!




Pha is

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...