30.5.11

martabatkan silat.


walaupon aku bukan ahli silat lincah, tapi ada la sikt perasaan bangga bila seni warisan melayu ni dapat melakar nama di Guinness World of Records. sekarang ni, orang melayu sendiri pon ramai yang malu dengan budaya warisan mereka. asyik mengagong-agongkan seni bela diri lain.

gambar hiasan dari uncle google


apa2 pon, baca dulu 2 petikan akhbar utusan melayu kat bawah ni: 


...........................................................................................................

Silat lincah sembilan jam tanpa henti 


KUALA LUMPUR 26 Mei - Kira-kira 500 pesilat daripada pertubuhan Silat Lincah Malaysia akan beraksi selama sembilan jam tanpa henti bermula pukul 8 malam sehingga pukul 5 pagi, Ahad ini.

Pengerusi Majlis Tertinggi (MT) Silat Lincah Malaysia, Datuk Omardin Mauju berkata, program yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa, di ibu negara itu bertujuan mencipta rekod di dalamGuinness World of Records.

"Program ini juga sempena menyambut 50 tahun Silat Lincah Malaysia yang akan dihadiri seramai 20,000 ahli dari serata dunia," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Omardin berkata, majlis sambutan 50 tahun Silat Lincah Malaysia akan diadakan pada Julai ini dan dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.



.......................................................................................................................

Bersilat tanpa henti



KUALA LUMPUR 29 Mei - Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) memulakan aksi silat selama sembilan jam tepat pukul 9.20 malam ini sebagai usaha untuk mencatatkan nama dalam Guinness World of Records dan The Malaysia Book of Records.

Aksi tersebut yang berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa, di sini bakal berakhir pukul 6.20 pagi esok.

Ia disertai 500 pesilat pelbagai peringkat usia yang beraksi tanpa henti dengan membuat jurus asas dan diikuti selingan seni tempur dan buah pukulan di dalam silat.

Ketika ditemui pemberita pada majlis itu, Mahaguru PSSLM, Datuk Omardin Mauju berkata, program ini bukan sahaja bertujuan mencatatkan rekod dunia tetapi pada masa sama dapat mengangkat martabat seni silat negara di mata dunia.

"Rakyat Malaysia juga dapat berbangga dengan rekod yang akan dicipta ini di samping menunjukkan kemampuan pesilat tanah air melakar sejarah.

''Saya yakin para pesilat yang terlibat tidak mempunyai masalah untuk menyempurnakan misi ini kerana apa yang dikatakan, itulah yang akan dilakukan,'' katanya.

Program malam ini juga meraikan ulang tahun kelahiran Omardin yang ke-70 pada hari ini.
Turut hadir menyaksikan aksi tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.



............................................................................................................


macam yang aku kata tadi, orang melayu sendiri pon ramai yang malu dengan budaya warisan mereka...




Pha is

Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 21



Terjemah hadits :

Dari Abu Amr, -ada juga yang mengatakan Abu ‘Amrah-, Sufyan bin Abdillah Ats
Tsaqofi r.a dia berkata, saya berkata : Wahai Rasulullah S.A.W, katakan kepada saya tentang Islam sebuah perkataan yang tidak saya tanyakan kepada seorang pun selainmu. Beliau bersabda: Katakanlah: saya beriman kepada Allah, kemudian berpegang teguhlah .
(Riwayat Muslim).

29.5.11

Faiz's 1st Law = music-velocity relativity

Hasil pemerhatian aku, ketika menaiki kereta abang munzir, telah menunjukkan bahawa muzik sememangnya dapat member kesan terhadap kelajuan sesebuah kenderaan apabila memacu di jalan raya, terutamanya di lebuh raya.

hal ni kerana saat beliau hendak memandu dengan lebih laju, beliau akan memasang lagu2 yang rancak dan bertemakan perlumbaan kereta seperti "marabahaya" oleh pop shuvit, dan sebagainya.  

oleh yang demikian, Sebuah uji kaji telah dijalankan terhadap seorang respondent yang bernama Faiz berkenaan pemanduan beliau sama ada dengan mendengar muzik ataupon tidak. Jenis muzik yang dimainkan pula adalah lagu2 OST-original sound track dari siri anime yang berkisarkan perlumbaan kereta iaitu “initial D”


Antara tajuk2 lagu yang dimainkan termasuklah Blast My Desire, Dogfight, dan Rage Your Dream, yang dinyanyikan oleh kumpulan “move”.


Atas sebab2 keselamatan, dan kerana respondent belum mempunyai sebuah kereta, mahupon lesen memandu kereta, maka uji kaji tersebut dijalankan dengan menggunakan permainan video “need for speed : most wanted”.


Jenis kereta yang dipakai pula adalah dari jenis kereta antara yang mudah “tergelincir” dalam permainan video tersebut iaitu mazda rx-7.


Hasilnya, pemanduan ketika mendengar lagu tersebut lebih lancar dan jentera rx-7 dapat dikawal dengan lebih baik jika dibandingkan dengan pemanduan tanpa mendengar muzik. Masa yang diperlukan untuk mengelilingi "most wanted world map” melaui lingkaran lebuh raya luar juga dapat dikurangkan. 

kesimpulannya, dapat disimpulkan bahawa muzik sememangnya dapat memberikan kesan terhadap pemanduan seseorang.

sekian....


Pha is

Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 20



Terjemahan hadits :

Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al Anshary Al Badry r.a dia berkata: Rasulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya ungkapan yang telah dikenal orang-orang dari ucapan nabi-nabi terdahulu adalah : Jika engkau tidak malu perbuatlah apa yang engkau suka .
(Riwayat Bukhori) 

28.5.11

walimatul urus


Alhamdulillah, selesai sudah tadi persembahan demo silat untuk satu kenduri kawen. Next persembahan, esok. Papepon, nasib baik tak injurt apa2.
muka penat lepas demo... 


Majlis perkahwinan tadi boleh tahan la meriahnya. Dan yang bestnya, diorang guna kaler biru sebagai kaler tema. My fevered..(slang oghang putih sambil tangan melenggok lemah gemalai bak usop wilcha.. hehehe)



pelamin pon kaler biru. tapi x pe la. aku kawen nanti tak payah pelamin la.  pahala dapat,  bajet pon kurang. hehehe


Tapi, setiap kali mak aku tengok orang kawen pakai kaler biru, mesti dia kondem. Mak aku kata, baju pengantin kalau kaler biru, tak sesuai. Selalunya dia cakap macam tu masa dia tengok rancangan “nona” kat tv3. Dan setiap kali dia cakap macam tu, mesti dia jeling2 kat aku, sebab dia tau aku paling suka kaler biru. Macam blog aku ni. Hehehe...

Aku pon angguk dengan penuh ketaatan... tak kisah la. Aku nak kawen lambat lagi. Harap2 nanti, bila masanya tiba, semoga pintu hati mak aku terbuka untuk menerima kaler biru... hehe..


makan kat meja VIP kot... hahahaha


Okeh. Jom kita tengok beberapa hal yang berkaitan dengan kenduri kahwin dalam islam (walimatul urus)..

1. sunat diadakan dan menerima jemputannya adalah wajib (terdapat ulama mengatakan sunat).

2. tujuan :-
a. menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan tersebut
b. mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkata
c. saudara mara dapat menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga mereka.

3. adab dalam walimatul urus :
-dilakukan selepas akad nikah
-menjemput jemputan mengikut keutamaan seperti didahulukan saudara-mara, kaum kerabat dari kedua-dua pihak, jiran dan rakan kenalan;
-bagi pengantin wanita hendaklah mengikut sunah Nabi Muhammad SAW dengan cara bersederhana dan tidak unsur mehah, maksiat dan kemungkaran; dilarang sama sekali berhutang yang membebankan.
-Jamuan eloklah diadakan secara sederhana / tidak berlebih - lebihan / tidak membazir
-Tidak menunjuk- nunjuk / bangga diri /  riak
-Tiada unsur maksiat / tari menari / percampuran lelaki perempuan bukan mahramyang tiada batasan / hiburan yang melalaikan
-Tiada makanan dan minuman haram
-Tiada unsur khurafat seperti menepung tawar untuk menolak bala

4. etika berbudaya mengikut adat resam bangsa masing-masing adalah dibolehkan, namun perlu diingat agar penganjurannya perlulah selari dengan apa yang dianjurkan oleh Islam tanpa mempunyai rasa gharar(was-was)dalamnya.

5.  tidak mempunyai pengaruh adat berunsur keagamaan dan kepercayaan yang dicedok dari agama lain.

6. Islam melarang aktiviti persandingan seperti yang menjadi adat kebiasaan dalam masyarakat melayu khususnya kerana :-
a. perbuatan tersebut telah menampakkan pengaruh Hindu-Buddha seperti aktiviti merenjis dan menepung tawar,
b. memperlihatkan pasangan pengantin yang bergaya dan bersolek secara terus kepada hadirin.Hal ini akan pasti akan menimbulkan rasa bangga oleh pasangan pengantin

7. hikmah walimatul urus :
 - Melahirkan rasa kesyukuran kepada ALLAH kerana dapat membina rumahtangga
 - Melahirkan rasa kegembiraan atas ikatan perkahwinan
 - Tanda tahniah dan selamat kepada pasangan pengantin
 - Mengisytiharkan kepada orang ramai bahawa pasangan telah menjadi
   suami isteri yang sah
 - Mengikut ajaran agama dan sunnah Rasulullah s.a.w

sekian..


p/s : bila habis je demo, tetiba dapat mesej dari seorang sahabat lama...(n_n)


Pha is

27.5.11

study sampai muntah

1st time aku didedahkan dengan istilah "study sampai muntah" ni kalau tak silap aku melalui blog member aku si fatihah. dan pada masa tu, aku betul2 anggap yang dia melawak. macam impossible je kan, study sampai muntah.

tapi, semalam, since tak de latihan demo silat, dan dengan semangat nak study yang membuak-buak, aku memutuskan untuk study. tapi dalam sejam lebih gitu, tetiba aku rasa tak sedap duduk.

perasaan tu hampir sama masa aku nak khatan test Ujian Sijil Rendah silat... rasa cuak, cemas, risau, sempit dada (macam nak kena heart attack), MIGRAINE (mild), sakit perut, loya, dan nak termuntah (nausea and vomitting) dalam masa yang sama.

try tengok nota ni.. mcm mna la aku tak muntah.. hehehe
lantas aku bergerak ke tandas untuk basuh muka. dan aku tengok kat cermin, bibir aku merah..

patutla.... mungkin sebab tadi time magrib tadi aku buka posa dengan pecal... hehehe.... perut tengah kosong pekena pulak ngan benda pedas...

apa2 pon, akhirnya, merasa la jugak aku baca note sampai muntah.. penangan KSCP...



Pha is

Nabi minum air zam-zam berdiri?



jom baca hadis ni :

Dari anas ra, sesungguhnya nabi Muhammad saw melarang minum berdiri.
(riwayat Muslim, dalam didalam kitab minuman, bab tegahan minum berdiri, hadis yang ke 3771)

Dari hadis ini, Ibn qym berpendapat hukum minum berdiri ini adalah haram dan hanya dibenarkan sekiranya terdapat halangan yang menghalangnya minum secara duduk

Tapi terdapat hadis lain yang bermaksud :

Dari Ibn Abbas r.a berkata, aku memberi air zam-zam kepada Rasulullah saw, lalu baginda meminumnya sambil berdiri.
(riwayat muslim, dalam kitab minuman, bab minum air zam-zam berdiri, hadis ke 3776).

Imam Malik berpendapat laranagan minum berdiri dalam hadis pertama tadi telah dimansukhkan oleh hadis yang kedua ini yang menunjukkan minum berdiri bukan haram.

Hadis dari anas ra merupakan hadis sunnah qauliyah (percakapan) dan hadis dari Ibn Abbas merupakan hadis sunnah fi’liyyah (perbuatan). Apabila kedua-dua hadis ini bertembung, yang menjadi dasar hukum ialah hadis sunnah qauliyah. 

Hadis sunnah fi’liyyah akan berperanan menafsirkan maksud sebenar yang terkandung dalam hadis sunnah qauliyah tersebut. Ini bererti tegahan pada hadis anas tadi bukan membawa maksud haram, tetapi makruh.

Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 19


Terjemah hadits :

Dari Abu Al Abbas Abdullah bin Abbas r.a, beliau berkata : Suatu saat saya berada dibelakang nabi S.A.W, maka beliau bersabda :

Wahai anak, saya akan mengajarkan kepadamu beberapa perkara: Jagalah Allah[1], niscaya Dia akan menjagamu, Jagalah Allah niscaya Dia akan selalu berada dihadapanmu[2]. Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah, jika kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jika sebuah umat berkumpul untuk mendatangkan manfaat kepadamu atas sesuatu, mereka tidak akan dapat memberikan manfaat sedikitpun kecuali apa yang telah Allah tetapkan bagimu, dan jika mereka berkumpul untuk mencelakakanmu atas sesuatu , niscaya mereka tidak akan mencelakakanmu kecuali kecelakaan yang telah Allah tetapkan bagimu. Pena telah diangkat dan lembaran telah kering[3] .

(Riwayat Tirmizi dan dia berkata : Haditsnya hasan shahih).

Dalam sebuah riwayat yang lain :

Jagalah Allah, niscaya engkau akan mendapatkan-Nya didepanmu. Kenalilah Allah di waktu senang niscaya Dia akan mengenalmu di waktu susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu. ketahuilah bahwa kemenangan bersama kesabaran, kemudahan bersama kesulitan, dan kesulitan bersama kemudahan.

Catatan :

[1]. Maksudnya adalah bertakwalah kepada Allah dengan menjalankan perintahnya dan menjauhkan larangannya.

[2]. Dengan pertolongan dan perlindungan-Nya.

[3]. Maksudnya adalah segala sesuatu telah ditakdirkan dan dibukukan pencatatannya oleh Allah ta’ala.

25.5.11

Ultimo aku potong GT-R..!!!

Semuanya bermula bila aku menghantar adik aku ke terminal bas jeti agar beliau dapat ke sekolah lama beliau bagi mengambil sijil SPM. Dan semasa perjalanan pulang dari jeti, setelah pekena roti telur 2 biji kat restoran nasi kandar Subaidah di Bagan, tiba2 aku ditemukan dengan kereta fevered aku iaitu Nissan Skyline GT-R (R-34).

ni la kereta tu..

Err.. ok. Walaupon aku sebenarnya lebih suka GT-R (R-35), tapi bak kata orang, tak dapat rotan, akar pon jadilah. Apa2 pon, rasanya ni la 1st time aku dapat tengok jentera spesis ni real depan mata. kat USM ari tu aku ada Nampak satu. Tapi rupa2nya GT-T dan bukannya GT-R.

R-34 (gambar dari blog azman, sifu aku bab kereta)


R-35 (gambar dari blog azman jugak)

Kereta tersebut kelihatan baru keluar dari Taman Robina, Teluk Air Tawar, Butterworth. Lagi pon, aku tak heran sangat kalau penduduk taman tu ader GT-R sebab menurut mak aku, kawasan tu sememangnya didiami oleh golongan “elit”.

Buktinya, aku ada 2 orang kawan yang duduk kat taman tu dan kedua-dua mereka bergelar “tengku”. Seorang bernama Tengku Irfan (kawan sekolah) dan seorang lagi Tengku Azhar (kawan sebilik di kem PLKN).

Mula2, GT-R tu ada di belakang aku. Lepas tu aku slow kan “Ultimo” aku dan rapat ke kiri supaya GT-R tu boleh potong. Motif? Supaya aku boleh snap gambar dari belakang. Hehehe.

ultimo aku.. hehehe

Lepas dapat snap 2-3 gambar, aku pon memulakan misi aku seterusnya iaitu memotong kembali GT-R tersebut dengan Ultimo aku. Setelah beberapa cubaan, akhirnya aku Berjaya potong sebelah kiri sebab belah kanan banyak kereta dok mai dan GT-R tu tak dapat pi mana sebab kereta depan dia tu slow. Fuh... Bangga beb...!!!!

sekian..


Pha is

Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 18



Terjemah hadits :
Dari Abu Zar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdurrahman, Mu’az bin Jabal r.a dari Rasulullah S.A.W beliau bersabda : “Bertakwalah kepada Allah dimana saja kamu berada, iringilah keburukan dengan kebaikan niscaya menghapusnya dan pergauilah manusia dengan akhlak yang baik”

(Riwayat Tirmizi, dia berkata haditsnya hasan, pada sebagian cetakan dikatakan hasan shahih). 

header kscp

ok, kronology header2 blog aku ;










dan yang terbaru, KSCP mode :



Pha is

Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 17


Terjemah hadits :


Dari Abu Ya’la Syaddad bin Aus r.a, dari Rasulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah telah menetapkan perbuatan baik (ihsan) atas segala sesuatu . Jika kalian membunuh maka berlakulah baik dalam hal tersebut. Jika kalian menyembelih berlakulah baik dalam hal itu, hendaklah kalian mengasah pisaunya dan menyenangkan hewan sembelihannya.
 (Riwayat Muslim)

23.5.11

musim kahwin

sekarang ni cuti sekolah pertengahan tahun dah nak dekat. dalam waktu2 cuti macam ni la banyak la kenduri kahwin. kalau dok kat umah pon, kejap2 ada je orang datang rumah mai "memanggil".

time ni la semua pakat dok sibok nak kawen. termasuklah aku.

aku dah nak kawen ke? tak lah. aku cuma sibok ngan persembahan demonstrasi silat untuk hari perkahwinan je... time2 macam ni memang laku la persembahan demo silat. (cakap macam dah ada pengalaman tapi aku baru sekali je joint demo untuk kenduri kahwen - untuk kenduri kahwen anak Dr. Majid)

minggu ni sibok sampai terpaksa tolak program yang memeber aku ajak kat Quensbay.. nak buat macam mana... dah orang sibuk nak kahwin... hehehe...

aku tengok white board kat umah persatuan tu penuh dengan jemputan kawin. dan dalam hampir semua jemputan tu kami dijemput untuk buat persembahan demo. kali ni "show" kami sampai ada yang 2 hari berturut-turut. non stop.

squad demo psscmusm. gambar credit to sarah ashila.

lepas tu semalam ada geng rumah persatuan dok "merisik" aku (ayat musim kahwin) untuk joint sekali dengan persembahan kompang dan berzanji. huh.. kalau sempat, aku sebat..!!! hahaha

p/s : bila la agaknya aku boleh tengok orang buat persembahan demo silat untuk aku dalam kenduri kahwin... hehehe...



Pha is

Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 16



Terjemah hadits :
Dari Abu Hurairah r.a, sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah S.A.W : (Ya Rasulullah ) nasihatilah saya. Beliau bersabda : Jangan kamu marah. dia menanyakan hal itu berkali-kali. Maka beliau bersabda : Jangan engkau marah.
(Riwayat Bukhori ) 

22.5.11

sutera bidadari : harry potter versi Malaysia?


sutera bidadari

Bagi peminat2 RAM (Ramlee Awang Murshid), novelis thriller no. 1 malaysia (dakwaan beliau), mesti sekarang tengah atau sudah angau membaca novel terbaru belau iaitu “Sutera bidadari”.

Novel ni sememangnya telah megejutkan ramai peminta2 RAM yang sebelum ini menyangka novel “bagaikan puteri” akan terhenti pada 3 “jilid”, (trilogy) sepertimana novel trilogy pertama beliau (kalau tak silap aku) iaitu tombiruo, semangat hutan, dan tombiruo terakhir.

trilogi tombiruo : novel ketiga
trilogi tombiruo : novel pertama
trilogi tombiruo : novel kedua



Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 15



Terjemah hadits :
Dari Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda: Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya
(Riwayat Bukhori dan Muslim)

ISU yang semakin dilupakan... IFC

entry kali ni berkenaan satu perbualan fesbuk antara aku dan sahabat aku yang kini menuntut di maktab perguruan di melaka (kalau tak silap aku). "Xx" mewakili beliau manakala "Pha" pula mewakili aku.



Xx : salam paehh. mnt politik x?

Pha : err...soklan menguji minda tu. skarg ni mnat la skit2. x la fanatic. nape?

Xx : Bguslaaaa. tlong aq. Huhu.. isu pa yg hangat skrg yg bley kait dgn prlembagaan? heee;)

Pha : melayu..!!!

Xx : ok. spesifikkan lg, :0

Pha : melayu : perkauman atau kebangsaaan?
contoh :universiti x nak ambik silat cekak sebagai mata pelajaran ko-k sebab didakwa mono race dan mono religion sedangkan dalam perlembagaan disebut hal2 yg berkaitan melayu adalah "kebangsaan" dan bukannya perkauman

Xx : owhh.. yaka.. thnxx. tp isu bhs kbngsaan n melayu dh ada

Pha : owh.. nak wt ape ni?

Xx : mm, ada x isu len. cm kwarganegaraan ke, tanah kew, n lain2...  ney sbjk hbgn etnik .ala2 sbjk ejarah

Pha : owh

Xx : qasa cm nk jd loyer lak

Pha : aq igt ko dh jadi mpp kew

Xx : ishk2.. hahahaahha
x dk mknanya paeh

Pha : kot la

Xx : so, ada x?

Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 14




Terjemah hadits :
Dari Ibnu Mas’ud r.a. dia berkata : Rasulullah S.A.W bersabda : Tidak halal darah seorang muslim yang bersaksi bahwa tidak ada ilah selain Allah dan bahwa saya (Rasulullah S.A.W ) adalah utusan Allah kecuali dengan tiga sebab : Orang tua yang berzina, membunuh orang lain (dengan sengaja), dan meninggalkan agamanya berpisah dari jamaahnya.
(Riwayat Bukhori dan Muslim)

21.5.11

sedikit catatan mengenai ghibah (mengumpat)

Allah a’zza wa jalla berfirman :
dan jangan pula sesetengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang dari kamu, bahawa dia memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)? Maka tentu kamu tidak suka memakannya.”
(Al-Hujurat :12)

Rasulullah S.A.W. bersabda :
“setiap muslim bagi muslim lainnya maka haram darah, harta dan dirinya.”

Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 13



Terjemah hadits :
Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, pembantu Rasulullah S.A.W dari Rasulullah S.A.W,
beliau bersabda: Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai
saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.
(Riwayat Bukhori dan Muslim)

janji 1 Malaysia



Bila semua benda dikaitkan dengan 1 Malaysia, aku pon dengan semangat 1 Malaysia, nak jugaklah berkongsi satu cerita yang mungkin ader sikit kaitan dengan 1 Malaysia ni.

Masa aku form 5 tahun 2007 yang tidak lama dahulu, aku ada masuk squad kawad kaki sekolah. Tahun tersebut, sekolah kami hantar kontigen Kadet Pertahanan Awam. Alhamdulillah, kami Berjaya sampai ke Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Kebangsaan sempena Hari Belia Negara yang bertempat di sekitar Stadium Bukit Jalil.


Sepanjang latihan di sekolah, bermacam-macam ragam ahli skuad yang ada. Since aku dok sekolah Agama, memang konfomlah yang masuk kawad semuanya melayu. Dan bila semua ahli dalam kalangan melayu, ada la “janji melayu”.

Kawad memang memerlukan disiplin. Bila bab disiplin, yang paling kritikal bagi orang melayu konfomlah menepati masa. Kalau latihan mula pukul 3 petang, 3.30 baru nak kumpul, tu memang perkara biasa.



Mulanya, kami memang tak kisah sangat. Tapi semenjak kami boleh sampai ke peringkat negeri, dan bila sekolah yang pada masa tu baru dapat title “sekolah cluster” dah mula menaruh harapan yang tinggi, maka terpaksalah kami ambik serius. Ni bukan benda main2 lagi dah.

Lantas, kami mengambil inisiatif beserta langkah yang drastic dengan mewujudkan beberapa istilah. Antaranya:

Apabila diawal latihan:-
Skuad leader : esok aku mau pukui 3 “melayu” semua dah turun kat sini..!!!
(maksudnya pukul 3.30 petang)

Apabila hari pertandingan semakin hampir:-
Skuad leader : esok aku mau pukui 3 “cina” kita dah mula latihan..!!!
(maksudnya pukul 3 sharp)

Bila pertandingan dah habis:-
Skuad leader : esok pukui 3 hindu  (india) kita praktis sekali lagi...!!!
(maksudnya tak mai dah.. hehehe)

1 Malaysia..!!!!!

(amaran : entry ni tidak ada kaitan pada mana2 individu mahupon mana2 kaum. peace no war.. hehe)

Pha is

20.5.11

Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 12



Terjemah hadits :
Dari Abu Hurairah r.a. dia berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Merupakan tanda baiknya Islam seseorang, dia meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya .
(Hadits Hasan riwayat Turmuzi dan lainnya)

pekeliling KSCP - Kursus Semasa Cuti Panjang (USM)



PENDAFTARAN KURSUS SEMASA CUTI PANJANG (KSCP) SIDANG AKADEMIK 2010/2011

1.  Jadual KSCP, Sidang Akademik 2010/2011 

Cuti  :  7/5/2011 (Sabtu)  -  22/5/2011 (Ahad)
Tempoh Mengajar & Pembelajaran  :  23/5/2011 (Isnin)  -  3/6/2011 (Jumaat)
Peperiksaan  :  6/6/2011 (Isnin)  -  10/6/2011 (Jumaat)
Cuti  :  11/6/2011 (Sabtu)  -  11/9/2011 (Ahad)

2.  Tarikh dan Tempat Pendaftaran Kursus 

(a). Pelajar yang terlibat perlu mendaftar kursus secara “online” pada  25 – 26 Mei 2011 (Rabu dan Khamis) di Pusat-pusat Pengajian/Pusat.

(b). Pendaftaran kursus KSCP adalah menerusi Sistem PKDT yang boleh dicapai melalui menu ‘Online PKDT’ dalam Sistem Maklumat Universiti-Pelajar (SMU-P) Pusat Pengajian.

3.  Senarai Penawaran Kursus 

Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 11



Terjemah hadits:
Dari Abu Muhammad Al Hasan bin Ali bin Abi Thalib, cucu Rasulullah S.A.W. dan kesayangannya dia berkata : Saya menghafal dari Rasulullah S.A.W. (sabdanya): Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu.
(Riwayat Turmuzi dan dia berkata: Haditsnya hasan shoheh)