Skip to main content

Ilmu farmasi ilmu syirik?


Aku ambil ijazah sarjana muda sains farmasi kat USM. Sekarang tahun 2. Dari apa yang aku dapat simpulkan selama 2 tahun aku belajar farmasi ialah ilmu farmasi ni dalam sesuatu keadaan, boleh menyebabkan syirik.

Sebabnya, pelajar farmasi diajar tentang ubat2. Contohnya tentang MOA-mechanism of action (bagaimana ubat tersebut bertindak), SAR-structure activity relationship (Apa yang membuatkan ianya memberikan pharmacological effect  dalan system badan kita), dan banyak lagi.

Pelajar farmasi diberikan fahaman bahawa ubat ni boleh buat badan kita jadi macam ni, ubat tu pulak boleh buat badan kita jadi macam tu. Pendek kata, maca ubat tu ader “kuasa penyembuh”.

Sedangkan dalam islam, yang menyembuhkan ialah Allah.  atas kehendak Allah jualah yang menyembuhkan segala penyakit. Bukan ubat.  

Ubat Cuma asbab je. Kalau Allah tak izinkan, makan la ubat yang “potent” macam mana sekali pon, tetap tak sembuh.

Aku terfikir benda ni pon sebenarnya lepas dengar ceramah abg Harun (orang lama silat cekak) masa dia terangkan tentang amalan mandi limau ahli silat cekak.

Di dalam amalan silat cekak, limau tersebut hanyalah satu asbab sahaja yang lebih kepada kaedah asal orang melayu zaman dahulu nak menyucikan diri. Dulu mana nak cari sabun apa bagai. Diorang pakai limau je. Nak buang daki2. Siap wangi lagi.

Doa dan permohonan tetap juga dipanjatkan kepada ALLAH. Sebab Dia yang maha suci. supaya disucikan hati2 kita. Sepertimana kita baru keluar dari perut ibu.

Lepas tu orang dok pertikai, kenapa mesti mandi? Doa saja tak boleh ka? Sekarang, aku sebagai student dan bakal ahli farmasi nak Tanya balik : kenapa mesti makan ubat? Kenapa tak doa saja?   

wallahu a'la wa a'lam


Sekian...

Pha is

Comments

  1. erk? maka, moh la tinggalkan bidang farmasi tuh..

    syirik2.. hehe...

    ReplyDelete
  2. bukan suruh tinggalkan... cma ubah pemikiran jew.... agar tak lakukan syirik khufi (tersembunyi) tanpa kita sedar... hehehe

    ReplyDelete
  3. banyak benda sebenarnya... kalau dah belajar tinggi2.. niyh.. tapi tak boleh tinggalkan jugak.. ubah cara pemikiran..

    ustaz aku cakap ramai doktor yang menolak ayat Al-Quran tentang kewujudan jin..

    tolak 1 ayat Quran = Kafir..

    tu yang bahaye tuwh.

    ReplyDelete
  4. betol tu... bila diorang dah rasa ilmu dah cukup bnyak... mcm tu la jadinya..

    ReplyDelete
  5. t-rex??? hehehehe... thanks...

    ReplyDelete
  6. kena faham apa itu sunnatullah...dari situ kita yakin pergantungan hanya sanya pada Allah...dan bukan pada yg lain.

    ReplyDelete
  7. adeh... lps tu kalau sejuk.. berdoa je la ye..toksah cari selimut... Allah bagi kita cara untuk mengatasi masalah.. kita kena berusaha cari dan hanya dengan izinNya kita mampu selesaikan masalah. org berilmu mengatasi masalah dgn cara yg betul, org yg bodoh mengatasi masalah mcmn? contohnya kalau kena santau, nak jumpa bomoh ke, berdoa je ke, jumpa doktor ke, atau jumpa pakar perubatan islam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi saya, kalau kita betul2 tahu yg penyakit itu asal dari santau, better jumpa pakar perubatan islam... berdoa tetap berdoa. tapi ikhtiar kena ada... kalau penyakit biasa, cari doktor.. jumpa dengan mereka yg "ahli" dalam hal tersebut.

      Delete
  8. Setuju denga pendapat awak tu pha is.. Selalu jugak duk dengar orang cakap, sakit ni makanlah ubat ni.. Bagus ubat ni.. Awak ni member silat cekak hanafi ke cekak Malaysia ye? Ntah2 kita satu persatuan.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cekak malaysia... tapi ada je ramai member2 dari cekak hanafi... hehehe
      misz meiza?

      Delete
  9. pakjoe datang kesini dgn mata yg ngotok gila...nasib abis gak pakjoe baca hehehe

    ReplyDelete
  10. Oooo.. semua tu usaha lah ye..

    tapi usaha bukanlah syirik, kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. x.. usaha x shirik.. tapi yg dimaksudkan dengan syirik tu, beri'tiqad bahawa ubat tu mempunyai kuasa penyembuh.

      Delete
  11. Ada ke ilmu farmasi diklasifikasikan sebagai ilmu syirik? Kelakar betul

    ReplyDelete
  12. Takat doa je, takda usaha tak jadi apa jugak. Ikhtiar tu penting disamping doa kita sendiri.

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Cara Lapor Penipuan Astro

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac

Gaji Ahli Farmasi