Skip to main content

antara 5 dan 3.5 tahun

dulu, aku belajar di sekolah menengah kebangsaan agama AL-MASHOOR (lelaki) dari form 1 sampai form 5. 5 tahun. disitu, aku memang seorang budak yang skema. sehinggalah aku mendapat jawatan sebagai exco "lujnah da'wah dan qiaddi" masa aku form 4 dan form 5. dan sekarang, aku dah tinggalkan sekolah tu dah lebih kurang 3 tahun setengah.

apa yang cuba aku nak sampaikan, bayangkan kalau korang berada di tempat aku. 5 tahun belajar dan mempunyai kawan yang hanya terdiri dari kalangan lelaki sahaja, dan sekarang aku baru 3 tahun setengah aku bergaul dengan kawan yang pelbagai jantina.

cukupkah pengalaman 3.5 tahun yang sedang aku hadapi ni untuk mengajar aku tentang tatacara dan adab bersahabat sedangkan 5 tahun aku hidup bersahabatkan hanya golongan lelaki?



pengenalan aku mengenai sahabat yang berlainan jantina selepas 5 tahun aku "yang terpencil" ialah ketika aku di PLKN. culture shock? memang..!!!!

dengan pelatih yang datang dari pelbagai latar belakang, memang membuatkan aku mengalami kejutan budaya masa tu. tapi, Alhamdulillah, aku tak hanyut. disitu juga aku telah menjumpai seorang sahabat lelaki yang aku anggap sebagai sahabat dunia akhirat. namanya hafiz. orang kelantan.

sahabat dari kalangan perempuan pon ada jugak beberapa antaranya wani dan ifah. tapi dah lama tak contec. kadang2 just komen2 dalam fesbuk je. dan beberapa lagi.

so, berbekalkan pengalaman aku di PLKN yg tak sampai 3 bulan, aku mula berinteraksi dengan perempuan. since aku agak kekok untuk berkawan dengan mereka, aku just akan anggap "mereka" tu "lelaki". tapi aku still kekok. terutama di matrikulasi.

bila di USM, aku masih anggap "mereka" lelaki supaya aku tak kekok. mungkin sebab tu la aku tak pernah ada awek. sebab aku anggap mereka lelaki. dan inilah kesalahan aku. sekarang, aku sedar yang berkawan dengan lelaki dan berkawan dengan perempuan memang jauh bezanya. kerana "mereka" bukan lelaki.!

mungkin, sebab tu dalam aku berkawan dengan "mereka," ada beberapa yang tersinggung dengan gurauan aku. mungkin aku bergurau dengan "mereka" seperti aku bergurau dengan kawan lelaki. aku lupa yang mereka lebih sensitif, lebih peka, dan kadang-kala lebih dari aspek yang aku tak sangka.

jadi, dikesempatan ini, buat "mereka" yang masih tersinggung, maafkanlah aku.
maafkan aku bila aku bergurau dan terkutuk kampung halaman engkau...
maafkan aku bila aku bergurau tentang sesuatu yang engkau simpati....
maafkan aku bila aku bergurau sehingga engkau rasakan yang aku benci engkau...
maafkan aku bila aku langsung tak tanya khabar engkau sehingga engkau rasakan yang aku sudah lupakan engkau
maafkan aku bila aku tak dapat nak memenuhi permintaan engkau
maafkan aku bila aku tersinggung perasaan engkau bila-bila nanti.
maafkan aku....



kawanmu yang masih jahil,

Pha is

Comments

  1. takpe..belajar dari pengalaman..^_^

    ReplyDelete
  2. insyaAllah... harap2 yang lain memahami...

    ReplyDelete
  3. insyalah mampu sglanya.. :))

    ReplyDelete
  4. 0oooo k0 mmg bek gn wani ek... huhuhu x pe psni ak phm ... =)

    ReplyDelete
  5. memang aku terasa ngan kau,..kau pernah kata kat aku..aku ni perempuan ker??aku pulak terpikir..aku ni xcukup ayu ke..huahuauah

    ReplyDelete
  6. @anees, aq ngan wani baik gitu2 ja... tu pon lepas kem. masa kem jrg sembang...

    @nur farhana, sory la... hehehe... my mistake...

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Gelaran Adik Beradik Yang Betul

Gaji Ahli Farmasi

KTMD | Servise Penghantaran Motosikal