Thursday, April 28, 2011

Ilmu farmasi ilmu syirik?


Aku ambil ijazah sarjana muda sains farmasi kat USM. Sekarang tahun 2. Dari apa yang aku dapat simpulkan selama 2 tahun aku belajar farmasi ialah ilmu farmasi ni dalam sesuatu keadaan, boleh menyebabkan syirik.

Sebabnya, pelajar farmasi diajar tentang ubat2. Contohnya tentang MOA-mechanism of action (bagaimana ubat tersebut bertindak), SAR-structure activity relationship (Apa yang membuatkan ianya memberikan pharmacological effect  dalan system badan kita), dan banyak lagi.

Pelajar farmasi diberikan fahaman bahawa ubat ni boleh buat badan kita jadi macam ni, ubat tu pulak boleh buat badan kita jadi macam tu. Pendek kata, maca ubat tu ader “kuasa penyembuh”.

Sedangkan dalam islam, yang menyembuhkan ialah Allah.  atas kehendak Allah jualah yang menyembuhkan segala penyakit. Bukan ubat.  

Ubat Cuma asbab je. Kalau Allah tak izinkan, makan la ubat yang “potent” macam mana sekali pon, tetap tak sembuh.

Aku terfikir benda ni pon sebenarnya lepas dengar ceramah abg Harun (orang lama silat cekak) masa dia terangkan tentang amalan mandi limau ahli silat cekak.

Di dalam amalan silat cekak, limau tersebut hanyalah satu asbab sahaja yang lebih kepada kaedah asal orang melayu zaman dahulu nak menyucikan diri. Dulu mana nak cari sabun apa bagai. Diorang pakai limau je. Nak buang daki2. Siap wangi lagi.

Doa dan permohonan tetap juga dipanjatkan kepada ALLAH. Sebab Dia yang maha suci. supaya disucikan hati2 kita. Sepertimana kita baru keluar dari perut ibu.

Lepas tu orang dok pertikai, kenapa mesti mandi? Doa saja tak boleh ka? Sekarang, aku sebagai student dan bakal ahli farmasi nak Tanya balik : kenapa mesti makan ubat? Kenapa tak doa saja?   

wallahu a'la wa a'lam


Sekian...

Pha is

ape k0rg akn wat pd bdk yg tipu k0rg.???

depend on "siapa" dan "apa" yg ditipunya. kalau kawan sndiri, mgkin lbih snang skit aq nk maafkan. kalau penipuan tu pulak tak memudharatkan aq, tak kisah sangat la.

kalau kes yg selain yg kat atas tu, kalau boleh aq sabar , aq sabar. kalau teruk sangat, aq marah (nasihat) jew la.. bukannya apa, supaya dia sedar..

tapi aq tetap akan maafkan.. kerana memaafkan itu lebih baik untuk aq...

sabda nabi : ciri2 org munafiq itu ada 3. bila bercakap, dia bohong. bila berjanji, dia mungkiri. dan bila diberi amanah, dia khianat.

so, penipu ni dah masuk katagori orang munafiq.

dan kalau x silap aq, dalam Al-quran (x beberapa sure sama ada al-quran atau hadis. tapi rasanya macam dari al-quran) ada menyebut : wahai orang2 yg beriman, apabila didatangkan kepadamu perkhabaran dari org munafiq, maka hendaklah kamu menyiasat perkhabaran tersebut.

maknanya, ckap orang munafiq tak boleh percaya. kena check dulu betol or tak. tak boleh terus percaya ..

dan saksi orang munafiq juga tak akan dikira... tak sah.... contohnya dalam kes saksi berzina yang memerlukan 4 orang saksi. kalau salah seorang dalam kalangan saksi tu orang munafiq, tak sabit hukum zina.

kes munafiq ni amatlah serius sampai ulamak2 usul fiqh menetapkan salah satu sebab mengapa sesebuah hadis itu menjadi dhaif (lemah) adalah kerana salah seorang dari sanad (periwayat) hadis tersebut tergolong dalam golongan munafiq.

so, lepas ni, jgn percaya ckap dia. papehal pon, siasat sendiri... cari dari sumber lain...

wallahu a'la wa a'lam.....

(n_n)



p/s : ni adalah jawapan dari persoalan yg ditanya kepada aku dalam formspring. sja nk share kat sini. hehehe

Wednesday, April 27, 2011

header baru (tamat exam mode)

ok. kita buat kronology header skali lagi.. hehehe

1st



2nd



3rd

Sunday, April 24, 2011

salam pha is..shoutmix x de ka

w'salam

buat sementara waktu, shoutmix sja disable kan dulu dalam mode exam ni... sebabnya, skrg ni still x de masa nk blogwalking. tumpu study dulu. abes exam baru nak blogwalking puas2.

tapi, kalau ader shoutmix, kmunkinan bsar para blogger akan tinggalkan jejak kat situ berbanding mengomen di entry. dan bila dah bnyak2 jejak, "jejak"2 yg lama akan terpadam.

so, x dpat la aq nk mmbalas kunjungan smua orang yg penah datang blog aq masa time exam tu, lepas jew abes exam aku nanti. cm x adil bagi mereka yg penah datang di awal "mode exam".

aq harap dgn langkah ni, akan lebih membuatkan para pembaca mengomen di entry kerana komen2 di entry tak kan hilang. dan bila aq dah abes exam nnti, boleh la aq melawat korang puas2..

insyaAllah, lepas jew exam nanti, aq buh balik shoutmix tu yer... papepon, thanks for ur respond

hehehe...

(peringatan : ini bukan entry. tapi adalah perkongsian jawapan kepada persoalan yg diajukan di formspring. sebarang persoalan, boleh dikemukakan di tab "respond".. sekian dimaklumkan)

Ask me anything

Friday, April 8, 2011

header baru. again..?

yang pertama :


yang ke-2 :


dan buat kali yang ke-3, aku mempersembahkah. header blog pening, exam version. terimalah :


tadaaaa....!!!!

sekarang nak dekat exam. so, sendiri mau paham la.... hehehe

dah la tu  pha is, pi study....

sekian, terima kasih. jumpa lagi..!!!!!

Pha is

Thursday, April 7, 2011

antara 5 dan 3.5 tahun

dulu, aku belajar di sekolah menengah kebangsaan agama AL-MASHOOR (lelaki) dari form 1 sampai form 5. 5 tahun. disitu, aku memang seorang budak yang skema. sehinggalah aku mendapat jawatan sebagai exco "lujnah da'wah dan qiaddi" masa aku form 4 dan form 5. dan sekarang, aku dah tinggalkan sekolah tu dah lebih kurang 3 tahun setengah.

apa yang cuba aku nak sampaikan, bayangkan kalau korang berada di tempat aku. 5 tahun belajar dan mempunyai kawan yang hanya terdiri dari kalangan lelaki sahaja, dan sekarang aku baru 3 tahun setengah aku bergaul dengan kawan yang pelbagai jantina.

cukupkah pengalaman 3.5 tahun yang sedang aku hadapi ni untuk mengajar aku tentang tatacara dan adab bersahabat sedangkan 5 tahun aku hidup bersahabatkan hanya golongan lelaki?

Wednesday, April 6, 2011

tutorial masukkan onion emoticon dalam entry

baru2 ni terkejut aku bila buka fesbuk ada orang tnya soalan kat aku dalam inbox. orang tersebut ialah haslinda said.

soalan 1 : apesal blog aku lambat nak skrol ?
yer kew? aku buka pakai tenet USMSecure ni ok jew... hehehe... tak kan masih berat?

tak pe lah... sekarang ni aku tengah cuba kurangkan widget kat tepi2 ni (tapi still nampak serabut). huh.

soalan 2 : cm ne nak buh onion emoticon kat dalam entry.?
huh.. dulu masa 1st time aku cuba nak buat memang buntu jugak aku. aku try tak boleh2. aku pon heran jugak. orang lain boleh jew buh emoticon ni.

so, dengan tanpa berputus asa, aku cuba pelbagai kaedah. akhirnya berjaya jugak...!!! hoyea..!!!

so, buat saudari haslinda said, ni la caranya.

1. seelok-eloknya siapkan dulu "isi" untuk entry baru korang. tapi terpulang.
2. pergi ke laman web ni
3. pilih mana2 emoticon yg seswai. klik dan copy code yang diberi

Monday, April 4, 2011

minyak urut.

mula2 sakit kerongkong, lepas tu batuk, then selsema, dan yang terbaru, semalam, lenguh badan sampai tak boleh tidor.

dan lepas tu azman kata aku ni macam ader symptom demam denggi. uih..!!! harap2 tak la.

dan semalam, aku lenguh gila, sampai tak boleh lena, walaupon dah disapu dan diurut dengan minyak panas yang aku beli kat pasar malam sg. dua depan USM.


hampeh betol. tak boleh pakai langsung. panas pon sikit je. lepas tu macam tak de effect langsung. dah la ramuan dia pon tak bagi tau. just tulih "sari akar tongkat ali". tapi ada bau "serai wangi".

dan pagi tadi, aku pi pusat sejahtera tutup. pi klinik panel pon tutup. bila aku tak tau arah dah nak buat apa sebab lenguh sangat bahu aku ni, aku belek2 laci, jumpa ammeltz yoko yoko.


hah. jadi la. tapi, nasib baik berkesan. Alhamdulillah. ingredient dia simple jew pon. methyl salicylate, menthol, dan camphor. ramuan standard la untuk minyak urut, termasuklah minyak cap kapak, minyak cap 2 singa, balm cap harimau, dan sebagainya. teringat pulak masa masuk lab dosage dulu.

p/s : ada kes pada 2007 dimana seorang "cross-country runner" yang  berumur 17 tahun di staten island, mati sebab dia guna methyl salicylate terlampau banyak sebagai muscle-pain relief. maklumat lanjut kat sini

Sunday, April 3, 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA



dulu, sebelom aku berblog, aku bnyak nampak nama "ben ashaari" kat blog kawan2 aku. lantas masa tu aku agak hairan. siapakah beliau? apa yang dibuatnya sampai hampir setiap blog member aku ader link blog beliau.

kini, aku tahu. dan aku pon nak try joint. untuk maklumat lanjut, klick kat sini.

sekian..

Saturday, April 2, 2011

bila student pharmacy pi klinik.

semalam aku batuk dan sakit tekak, pagi ni rasa macam nak demam sikit. so, tadi aku pi klinik. Dr. kata ada radang (inflamation) kat tekak aku dan Dr. bagi ubat kat bawah ni :


untuk demam. paracetamol 500 mg. ceh, sama jew kalau aku beli panadol... hahahaha


untuk sakit tekak, dia bagi lozeng. cetylpyridinium chloride 1.5 mg dan benzocaine 3 mg. cetylpyridinium chloride (CPC) ni aku search dia kata ni jenis anti-baceria jugak la, termasuk untuk fungi dan virus.

benzocaine ni pulak jenis "local anesthetic".lebih kurang ubat nak bagi hilang rasa sakit la.(aku tak tau istilah BM die ape sbb aku blajar dalam english).

dan dalam aku dok search, aku terjumpa 1 kegunaan benzocaine yang lain ynag agak menarik iaitu sebagai pencegah ejakulasi pra-matang. diorang buh benzocaine ni dalam kondom, nak bagi penis kurang sensitif. supaya "lambat pancut."  WTH..!!!

so, sekarang ni aku tengah kulum ubat yang boleh letak dalam kondom la. patutla lozeng ni rasa strawbery. hahahaha


next, ubat batuk. normal la.. x bnyak maklumat yg tulih kat botol tu. cuma "minum 1 sudu besar, 3 kali sehari selepas makan" atau dalam bahasa antara Dr.-pharmacist nya, "10 ml, t.i.d, p.c"


yang ni jew yang aku tak pernah cuba. sejenis "gargle" (ubat kumur). walaupon aku dah belajar ubat ni sem 2 tahun lepas, tapi malam ni baru bleh rasa ubat ni.

ubat ni pon x banyak maklumat. dan arahan "pharmacist" kat klinik tu pon kurang jelas. ni mesti fail paper "communication skill in pharmacy" macam aku jugak. ye la. tulis kat botol "1 sudu besar 4 kali sehari. tapi dia cakap pakai 15ml, campur dengan air, 1/2 cawan, kumur.

aku pon "bancuh" la. then aku try masukkan 1/2 cawan "ramuan" tu dalam mulut aku. terlebih la pulak. sampai aku kena kumur 3-4 kali baru abes. rasa? macam listerin jew. cuma kurang pedaq (minth).

tapi, nasib baik semua ni FREE. sbb aku pi klinik panel USM. kalau klinik bisa, mau lebih kurang RM 50 melayang. hahaha...


Pha is