Skip to main content

Walau pandangan jauh berbeza, tak bermakna ada salah ada benar. kan?


sebelom tu, layan dulu lirik lagu ni :



corong-corong radio layar kaca tv
Pancaran satelit parabola siarkan cerita
Salurkan berita bawakan derita sandiwara kisah nyata
Di dada akhbar rencana terkini
Menghiasi ruang muka warkah wadah warta wajah warga dunia
Nanah luka mereka
Gejolak resah kocak dunia
Siksa mereka kita saksinya
Bencana alam melanda tragedi dan petaka
Musibah menimpa kemelut negara dunia ketiga
Lapar dan dahaga panas dan dingin cuaca
Perang meragut jiwa angkara si mesiu peluru tak bermata
Dan kita hanya cuma membisik hiba hanya satu rasa 
Tik tok tik tok tik tok tik
Sedetik simpati
Suis listrik pun dimati disitu simpati berhenti 
Lain di mulut lain di hati
Cukupkah dengan rasa hiba setakat mudah hulur simpati
Hanyalah mampu cuma bersuara bisa lafaz kata
Pilu sayu hanya sementara
Timbul tenggelam pergi dan datang sekelip mata rasa itu hilang
Sekilas rasa seikhlas mana
Tiada guna apa ertinya 
Apalah guna setelaga airmata dan selaput duka
Seandainya tidak dapat mencuci darah luka dan nanah mereka
Apalah guna sejuta kata dan berjilid naskhah kisah duka lara
Seandainya tidak dapat mengisi alas kosong perut mereka
Tiada erti segala sinar pancar optik kaca silau lensa kamera
Seandainya tidak dapat mejadi selimut gebar tubuh mereka
Tik tok tik tok simpati kau datang dan pergi
Tik tok tik tok simpati timbul dan tenggelam lagi
Tik tok tik tok simpati sedih dan senyum kembali
Berulang-ulang lagi tiada henti
Simpati kita semua hanyalah secubit rasa
Tidak mampu berdaya mematah peluru-peluru yang muntah
Dari picul-picul mulut-mulut senjata angkara kita
Simpati polan simpati anu simpati mu simpatiku
Simpati kita semua nilainya hanyalah sekadar secebis SAMPAH!
Airmata kita kering semula

(ahli fiqir)


adeh, migraine aku. betul2 kerana dunia. orang ni kata macam tu, orang yang ni pulak kata macam ni. pape pon, tak kisah lah. asalkan bende ni tak memecah belahkan kita. ok?


apa yang penting? kerjasama..!!!


memang kita berbeza pemikiran. bak lirik lagu "1 qiblat yang sama" oleh Rabbani :

Tak mungkin manusia yang punya nafsu
bisa terlari walau secebis dosa
Apa yang mampu kejar pahala,
biarlah yang Esa menghitungkannya
Buang yang keruh, ambil yang jernih
tak guna merintih menyesal bersedih
Khalifah bumi semua bersaudara
untuk menghambakan diri kepada-Nya
Kadangkala kesabaran dicabar
tiang utuh teguh bisa kan runtuh
Sedangkan lidah lagi tergigit,
inikan pula sesama saudara 
Walau pandangan jauh berbeza, tak bermakna ada salah ada benarPada akhirnya kita semua
sujud ke arah satu qiblat yang sama

so, tak payah la nak bertikam lidah. tak da manfaat pon. aku harap benda ni tak terbawak2. tolonglah..!!!, aku tak mau lagi menghadapi meeting yang haru-biru.. tu jew...

kalau ada salah silap, aku mohon maaf.



Comments

Entri popular bulan ini

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Gaji Ahli Farmasi

Gelaran Adik Beradik Yang Betul

KTMD | Servise Penghantaran Motosikal