tandas terbaek..!!!

AMARAN
 tidak digalakkan membaca entry ni semasa sedang makan atau sedang pening kerana boleh menyebabkan rasa mual yang keterlaluan

sejak aku menjawat jawatan silat cekak kat usm ni, selalu jugak aku kena berurusan dengan penasihat 1 kami iaitu Prof. Madya Ar. Dr. Hj, Abdul Majid B Ismail (Ar. sebutannya "arkitek", mcm Dr. utk "doktor"). so, selalu jugak la aku kena pi bilik (office) beliau untuk urusan2 persatuan.



oleh kerana beliau juga merupakan seorang yang agak sibok, waktu terluang selalunya ada yang boleh kami berurusan dengan beliau adalah pada seawal jam 8.00 pagi.

dan selalunya, setiap kali aku pi jumpa beliau, aku akan taram (simpan) "hajat" aku kerana aku lebih suka melepaskan "hajat" aku kat toilet berdekatan dengan bilik beliau.




apa yang istimewanya tandas kat situ? well, tandas skool HBP, tandas para arkitek dan engineer, mesti la sempoi..!! tandas yang direka oleh mereka yang PAKAR... kalau nak bandingkan ngan tandas kat farmasi ni, huh, jauh bebenor bezanya...


dengan bau yang harum semerbak, kebersihan yang terjaga, dan walaupon tandas tu tak luas, tapi susunan dalam tu tampak kemas dan ellegan. tapi tak la se-exclusive mcm kat hotel.

and the best part, yang juga merupakan feveret aku, ialah mangkuk tandas kat situ. "A" class..!!!


walaupon sekilas pandang nampak biasa jew, tapi kalau dah duduk kat atas tu, memang u can feel the different..!!! bila duduk, aku rasa macam mangkuk tandas tu memang didesignkan khas specialized untuk punggung aku.

muat cukup2..macam ni ha.:


so, kepada sesiapa yang ingin berurusan dengan Dr. Majid kelak, singgah la sebentar di tandas tersebut. rasailah dan nikmatilah keselesaan yang terdapat disitu... hehehe

sekian....


Pha is

Comments

  1. err... lukisan ni adalah rekaaan semata-mata yer... heheehehe

    ReplyDelete

Post a Comment