30.3.11

kisah PLKN 1 - modul L


seperti yang telah aku maklumkan sebelom ni, selepas ni akan ada kandungan entry aku yang melibatkan pengalaman aku kat PLKN. dan cerita ni adalah muqaddimahnya. kalau korang nak kata aku ni ANTI-PLKN pon, aku tak kisah sebab ni pengalaman aku sendiri.

INGAT AKU HERAN...!!!

perkara ni berlaku masa aku masih bergelar pelatih PLKN suatu masa yang tidak bebrapa lama dahulu. ceritanya begini, semasa di penghujung latihan, kami diberi 1 borang maklum balas mengenai "cikgu2" (fasilitator) kat situ.

namun, salah seorang daripada pelatih (dipercayai seorang pelatih wirawati-perempuan) telah menulis bahawa perangai beberapa orang "cikgu" di kem kami seperti LEMBU. dan selang beberapa malam selepas tu, telah berlakunya satu perjumpaan tergempar dimana SEMUA pelatih telah dimaki hamun, dicaci, dan di marahi oleh para "cikgu2" yang kononnya kami SEMUA tak beradab.

lepastu ada barisan "cikgu2" yang buat muka sebek atas pentas. semua pakat dok EMO tak tentu pasal.

INGAT AKU HERAN..!!

kena kata LEMBU ja pon. yang kami dikatakan BARUA, BABI, dan sebagainya oleh "cikgu2" malahan oleh KAGAT sendiri, tak kata apa2 pon.

INGAT AKU HERAN..!!!

lepas tu, siap ada lagi salah seorang "cikgu" yang MENYUMPAH kami SEMUA agar tak berjaya DUNIA AKHIRAT. nasib baik ada seorang pelatih yang agak alim, yang tahu sedikit sebanyak mengenai hukum hakam, telah menegur "cikgu" tersebut. padan dengan muka dia.

bila belang dan terdedah, bila dah malu, dan dah nak cover line, mereka umumkan bahawa perbuatan mereka tersebut hanyalah lakonan semata-mata dan ianya kononnya merupakan salah satu daripada "modul2" yang ada. kononnya modul tersebut dicipta khas untuk kami. dan modul tersebut diberi nama "MODUL L".

INGAT AKU HERAN..!!!

tak pe lah. yang lepas tu lepas la. dah 3 tahun dah berlalu. buat apa nak kenang2. buat sakit ati jew.

lepas tu ader pulak tadi kat USM ni buat perangai LEMBU ni balik....

come on la.... aku dah masak dah dengan perangai yang macam ni.. emo tak tentu pasal, pastu kata semua tu lakonan.

INGAT AKU HERAN...!!!



Pha is

3 comments:

  1. mcm smpahan pulak..mmg bnda yg sma akn ulang tiap2 kali PLKN ehh..??

    ReplyDelete
  2. kalau tak boleh terima teguran, baik tak payah ada borang maklum balas tu.. pastu melenting tak memasal.. :( cheh.. ingat orang heran..

    ReplyDelete