ianya FAKTA.

"Once you have been tagged, you are suppose to write a note, with 25 random things, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 peoples to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If i tag you, it's because i want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated. "



ok. aku telah di tag oleh saudari syamimi salleh . dan kat bawah ni ialah 25 perkara tersebut.:

1. nama panjang aku Muhamad Faiz Bin Zakaria Bin Din Bin Saad Bin Hasyim.

2. keturunan dari pattani, selatan thai. moyang aku, Hj. Yunus (sala-silah tok hajar, nenek sebelah ayah)  yang merupakan seorang pendakwah dari pattani suatu ketika dahulu datang ke kampung aku dan membuka penempatan disitu. Hj Yunus dikatakan telah berkahwin dengan anak Hj kecik (nama asal "ki chi" sebelom datang ke tanah melayu), juga seorang pendakwah yang datang dari Goa, India dengan menaiki tongkang.

3. anak yatim sejak berumur 11 tahun

4. seorang budak kampung yang tak pernah mandi ban (tali air), suatu aktiviti yang sangat disukai oleh mana2 budak lelaki yang tinggal di kampung aku.

5. suka simpan janggut dan misai

6. tamat seni silat cekak malaysia (penamat) ketika berumur 17 tahun dan mengambil ujian sijil rendah psscm ketika berumur 20 tahun.

7. baligh ketika ketika masih di bangku sekolah rendah.


8. pernah dihalau keluar oleh arwah ayah supaya aku pergi solat berjemaah kat surau.

9. belajar mengaji dengan "Long Teh", seorang guru agama di kampung sejak berumur 6 tahun dan sempat khatam dengan beliau, ketika berumur 10 tahun, sebelum beliau meninggal dunia. 

10. pernah bercita-cita nak jadi seorang astronomer.

11. suka kaler biru sejak azali. tapi sekarang dah x kisah sangat kaler apa pon.

12. masa kecik2, aku bukanlah seorang abang yang baik. dan sekarang sedang mencuba untuk jadi yang terbaik untuk adik2.

13. sangat suka bertangguh kerja dan buat kerja last2 minit.


14. peminat novel karya Ramlee Awang Murshid tapi bukanlah seorang pembaca novel yang tegar.


15. seorang lelaki yang tak minat bola sepak.


16. belum pernah berpasangan.


17. agak mudah menangis.


18. telah pon mempunyai seorang "cucu sedara".


19. salah seorang pelatih PLKN kumpulan 1 siri 5 2008 di kem dusun minda resort kuala nerang, kedah.


20. mempunyai keluarga yang agak meriah kerana ayah aku berkahwin 2 kali.


21. ahli kelab SANTUN-YaPEIM (Skim Anugerah Kecemerlangan Anak Yatim/Miskin Nasional-anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia) 


22. mempunyai keputusan yang agak cemerlang sejak sekolah rendah hingga ke matrikulasi tetapi terkandas di universiti.


23. peminat setia anime naruto


24. antara game yang pernah dihabiskan ialah Need For Speed : Most Wanted, Need For Speed : Carbon, dan Need For Speed : undercover.


25. sukakan kelajuan dan benci menunggu trafic light.




ok. nak kena tag 25 orang? amai sangat la.... so, sekarang aku mencabar mana2 bloger yang sanggup listkan 25 perkara ni tentang hidop korang dalam blog korang. senang citer. 


kalau dah buat, bagi link kat tempat komen bawah ni.


ader bran..???





Pha is

Comments

  1. malas sudah... buat "projek 365" ko tu rajin pulak... hehehe

    ReplyDelete
  2. orang siam...hehehe. aku orang siam gak....tp sikit2 je la...ada la dalam 20%..HAHA.

    ReplyDelete
  3. saya peminat abg RAM jugak.. byk koleksi novel beliau dekat umah.. :)

    ReplyDelete
  4. rasa tringin la pulak nak buat hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahaha..
      smpai sini ko godek... hahahaha
      ok2.. buat je... dgn ini, pha is tag Edo Hayra.. hehehe

      Delete
    2. hehe tgh rajin godek2.. nti bila ada masa lapang, edo buat haha

      Delete
  5. Novel RAM terbaru dah baca?
    *salam blogging :)

    ReplyDelete
  6. Waa.. macam best je.. nak buat tapi malas dan rajin.. *krik*

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nk buat je.. nadaikan saya tag yun sing.. :)

      Delete
  7. moyang Hj Yunus?? keturunan Pattani? Aik..adakah kita dr kturunan yg sma..krikkrikkrik..

    ReplyDelete

Post a Comment