11.3.11

Hantu Asrama Sekolah Agama

kat sini aku nak kongsi satu permandanhgan yang sangat indah. lokasinya di asrama SMKA AL-MASHOOR (L), Pulau Pinang. permandangan ini dirakamkan ketika minggu para pelajar tingkatan 5 sedang mengambil peperiksaaan SPM pada tahun 2007.


cantik tak? gambar ni diambil bagi merakam keindahan bulan mengambang pada malam tu dengan menggunakan kamera henset nokia "sabun" yang agak popular pada tahun tersebut.

tapi, salah seorang daripada pelajar tersebut terperasan akan satu keanehan pada gambar itu iaitu pada hujung blok asrama di sebelah dorm "harapan 1"


jika diperhatikan, seolah-olah ada seperti satu "kepala" sedang mengintai dari bahagian tepi blok. kalau tak jelas, kita zoom sikit.


nampak? untuk pengetahuan korang, seperti yang kita dapat lihat, "kepala" tersebut berada di luar koridor. dan di hujung bangunan tersebut tidak terdapat sebarang "lantai" yang boleh dipijak. kalau tak klear, kita zoom lagi...



jelas? kalau tak jelas, meh sini aku nak tolong lukiskan supaya lebih jelas..


sama ada "bayangan" ni satu pantulan cahaya atau tidak itu aku tak pasti. tapi gambar ini dijamin tidak ditokok tambah melainkan watermark dan garisan merah tersebut.

wallahu a'lam....


p/s : mana2 asrama pon sama jew.....



Pha is


6 comments: