22.3.11

Alkisah budak malas gosok gigi



MySpacealkisah, pada zaman dahulu, dulu ader sorang budak yang sangat malas menggosok gigi. dan adapun budak tu bernama faiz (bukan nama sebenar). saban pagi, berusahalah ibubapa beliau memaksa beliau gosok gigi tetapi beliau masih tetap berdegil.


alasan beliau, setiap kali beliau gosok gigi, pasti gusi beliau berdarah.

selain itu, hobi beliau antara lainnya ialah mencungkil sisa makanan di celah gigi dengan menggunakan daun rokok yang diambil dari "beg tembakau" ayah beliau. kadang2, hobinya itu dilakukan sehingga gusi beliau berdarah.



sebab itulah sehingga kini, 2 gigi hadapan di bahagian atas beliau agak jarang seolah-olah sedikit "jongang" kerana selalu dicungkil dengan daun rokok yang diperbuat dari daun nipah hasil kerja tangan tok wan beliau sendiri yang merupakan tukang buat daun rokok.

MySpacedan disebabkan kemalasan beliau itu juga, acapkali membuatkan beliau dimarahi oleh mesi-mesi (nurse) di sekolah setiap kali sesi pemeriksaan gigi oleh bahagian kesihatan pergigian, kementerian kesihatan Malaysia.


saat beliau melangkah kaki ke asrama, beliau "terpaksa" gosok gigi sebab di bilik mandi, kesemua kawan beliau gosok gigi sebelom mandi. beliau tidak mahu ketinggalan dalam arus kegosok gigian globalisasi yang kian membangun.

belau juga tidak mahu dikutuk kawan2 beliau sepertimana kawan beliau yang bernama "afiq" (bukan nama sebenar) yang digelar "afiq GT" yang bermaksud (Golden Teeth) disebabkan giginya berwarna kuning keemasan.

maka, sebermulanya saat itu, belau pon gosok gigi hari2 tetapi dalam keadaan "terpaksa" kerana beliau masih tak suka melakukan pekerjaan tersebut.

MySpace
namun, pada suatu hari yang indah, saat angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, telah bersembang beliau dengan seorang kawan yang mungkin lebih malas gosok gigi dari beliau. dan adapun dalam perbincangan tersebut, beliau berasa amat tak selesa bersembang kerana mulut kawan beliau itu berbau.


maka, bermula saat itu, bergosoklah beliau akan gigi beliau saban hari kerana tak mahu nafas beliau berbau. dan beliau amat tak suka bersembang dengan orang yang nafas berbau, maka, belia juga tidak mahu nafas beliau berbau.

akhirnya, bergosoklah gigi akan beliau dengan riang gembira hendaknya...

sekian.....MySpace

4 comments:

  1. =_=".... kat mana yg comei nya tuh...???

    ReplyDelete
  2. lawak la....hahaha...ny bru lawak yg ad isi...haha

    ReplyDelete
  3. kepala plug : uih... sampai ke sini hg godek blog aku... hahahahaha.. ni dah tahap fanatik ni... hahaha

    ReplyDelete