31.3.11
ianya FAKTA.
alhamdulillah....
hal ini kerana "ley ley" tu follower aku yang ke-99. sebelom aku ada 100 follower lagi dia dah follow. aku bukannya apa, just nak tahu siapa yang bertuah tu. hehehe...
30.3.11
kisah PLKN 1 - modul L
seperti yang telah aku maklumkan sebelom ni, selepas ni akan ada kandungan entry aku yang melibatkan pengalaman aku kat PLKN. dan cerita ni adalah muqaddimahnya. kalau korang nak kata aku ni ANTI-PLKN pon, aku tak kisah sebab ni pengalaman aku sendiri.
INGAT AKU HERAN...!!!
perkara ni berlaku masa aku masih bergelar pelatih PLKN suatu masa yang tidak bebrapa lama dahulu. ceritanya begini, semasa di penghujung latihan, kami diberi 1 borang maklum balas mengenai "cikgu2" (fasilitator) kat situ.
namun, salah seorang daripada pelatih (dipercayai seorang pelatih wirawati-perempuan) telah menulis bahawa perangai beberapa orang "cikgu" di kem kami seperti LEMBU. dan selang beberapa malam selepas tu, telah berlakunya satu perjumpaan tergempar dimana SEMUA pelatih telah dimaki hamun, dicaci, dan di marahi oleh para "cikgu2" yang kononnya kami SEMUA tak beradab.
lepastu ada barisan "cikgu2" yang buat muka sebek atas pentas. semua pakat dok EMO tak tentu pasal.
INGAT AKU HERAN..!!
kena kata LEMBU ja pon. yang kami dikatakan BARUA, BABI, dan sebagainya oleh "cikgu2" malahan oleh KAGAT sendiri, tak kata apa2 pon.
INGAT AKU HERAN..!!!
lepas tu, siap ada lagi salah seorang "cikgu" yang MENYUMPAH kami SEMUA agar tak berjaya DUNIA AKHIRAT. nasib baik ada seorang pelatih yang agak alim, yang tahu sedikit sebanyak mengenai hukum hakam, telah menegur "cikgu" tersebut. padan dengan muka dia.
bila belang dan terdedah, bila dah malu, dan dah nak cover line, mereka umumkan bahawa perbuatan mereka tersebut hanyalah lakonan semata-mata dan ianya kononnya merupakan salah satu daripada "modul2" yang ada. kononnya modul tersebut dicipta khas untuk kami. dan modul tersebut diberi nama "MODUL L".
INGAT AKU HERAN..!!!
tak pe lah. yang lepas tu lepas la. dah 3 tahun dah berlalu. buat apa nak kenang2. buat sakit ati jew.
lepas tu ader pulak tadi kat USM ni buat perangai LEMBU ni balik....
come on la.... aku dah masak dah dengan perangai yang macam ni.. emo tak tentu pasal, pastu kata semua tu lakonan.
INGAT AKU HERAN...!!!
29.3.11
header baru
27.3.11
relevankah kita menjalankan tanggungjawab kita dengan sambut earth hour, tapi pada masa yang sama tanggungjawab kita kat tuhan tak terbuat?
semua ini berbalik kepada matlamat dan tujuan kita hidup di atas muka bumi ni. sebagai manusia, kita dijadikan atas dasar 2 malamat iaitu yang pertama untuk beribadat kepada Allah sepertimana firman-Nya : "tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku." (51:56).
akan tetapi, tujuan yang ke-2 pula ialah sebagai khalifah yang mentadbir dan MEMELIHARA muka bumi seperti firman-Nya : "dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu telah berkata kepada malaikat - sesungguhnya Aku ingin menjadikan khalifah di bumi.Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang MERUSAKKAN dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan mensucikan nama-Mu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui" (2:30).
kedua-dua matlamat ini telah di mencakupi hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan makhluk termasuk alam sekeliling. kedua-dua ini merupakan TANGGUNG JAWAB yang telah dipikulkan kepada manusia.
tanggung jawab kita kepada alam tak semestinya hanya dengan "earth hour". ini hanyalah antara salah-satu jalan. apa guna sambut earth hour saban TAHUN kalau mengabaikan tanggung jawab sebagai khalifah saban HARI sepertimana yang telah dijangkakan oleh para malaikat?
jadi, berbalik kepada soalan tadi, semua ini kena seiriang. jika hilang salah satu matlamat, tak lengkap dan tak sempurnalah matlamat kita diciptakan.
jika asyik dengan earth hour sehingga abai tanggung jawab kepada Tuhan, tiada guna. dan kalau asyik beribadah sahaja tetapi tidak mengambil tahu hal sekeliling malah merusakkannya, pon tak boleh juga. kerana manusia perlu menjaga hubungan baiknya dengan 3 perkara iaitu hubungan dengan Tuhan, hubungan sesama manusia, dan hubungan dengan alam sekeliling.
so, perlu seimbang. dan kalau kedua-dua tanggung jawab ini dapat dijalankan dengan hebat, tidakkah ianya sesuatu yang bagus?
seqadar pandangan...(n_n)
25.3.11
senyum masa nak ambik gambar. perlu ke?
perasan x? aq tak senyum kan? kalau nak senyum sikit pon macam kat bawah ni jew :
atau kadang2 aku buat muka sengal. macam ni:
cuma jarang2 jew gambar aku senyum berjaya ditangkap. contohnya macam kat bawah ni:
24.3.11
akhirnya selesai
bila dah tempah, ada exco bagitau aku yang dia terjumpa poster satu program yang akan diadakan pada TEMPAT, HARI, dan WAKTU yang sama dengan AGM kami. aku pon pulun la cari kat mana2 papan kenyataan kot2 jumpa poster tu. akhirnya, jumpa jugak.
maaf, tarikh terpaksa sensored sbb AGM kami majlis tertutup. hehehe |
bila dah jumpa, aku cari la kot2 ader kontac sape2 dalam poster tu, sebab nak tanya dan sahkan bende ni. ye la, kalau clash, baik setel awal2, nanti bila dah sampai hari kejadian, susah..!!!
yang aku herannya, sebelom aku tempah dewan tu, aku tengok dalam "kalendar" penggunaan dewan tu memang kosong. tak sesape lagi yang tempah. tup tap, keluar poster. mana tak heran...???
cari punya cari, tak jumpa la pulak kontec sapa2 dalam tu. ah, gawat ni. dah tak tau arah sangat, aku cari penganjur program ni dalam internet. last2 dapat page fesbuk je. ah, jadi la. diorang ader blog, tapi cm tak update jew, so, aku "serang" la pakai mesej FB.
lepas tu, nasib baik ada diorang call. diorang cakap diorang memang dah tempah. siap ader surat lagi. so, petang tadi aku pi check kat pejabat, dan memang kami sahaja yang tempah dewan tersebut pada hari kejadian.
setelah sedikit perbincangan dengan pihak pejabat skool farmasi dan dari pihak diorang, akhirnya selesai. tak pe la. kami beralah ambik dewan yang sebelah tu. walaupon aircond kat dewan tu tak bebrapa nak kuat.
asalkan tak malukan nama baik student USM. kita buat program kalau melibatkan orang luar, bukan bawak nama persatuan kita je, tapi secara tak langsung bawak nama university sekali. kalau kelam kabut, malu la... kita kan APEX student... hehehehe....
idop USM...!!!!
sekian...
page FB yang mempersendakan nabi MUHAMMAD
balik je dari meeting, ingat nak sambung study lagi skit sebab esok ada kuiz. tapi sebelom tu, sempat lagi buka fesbuk....(hampeh betol..!!)
tapi, tetiba jew ternampak ada member yang postkan maklumat pasai kewujudan page lahanat ni. terus ilang semangat aku nak study.
aku pi page tu, godek sikit2, terus hangin aku satu badan. mat/minah endon ni ape hal?? main kutuk2 pulak. dah tak suka tu diam sudah la.
page lahanat ni punya pasal, walaupon esok ader kuiz, aku tak kira. aku nak siapkan jugak entry ni..!!! sat gi boleh stady. yang penting umat islam tak diperkotak-katikkan lagi sampai begini hina..!!!
so, bagi sesapa yang rasa dirinya itu umat Muhammad, yang sayangkan Muhammad, cintakan Muhammad, tolonglah at least jangan baca saja entry ni.
tolonglah at least ringankan tangan untuk report this page as a spam. caranya :
1. pi kat page tu atau klick kat sini.
2. skrol kat bahagian bawah kiri page tu dan klick "report page" @ "laporkan halaman"
3. pilih "spam or scam" @ "penyibuk dan penyamar"
4. tekan "submit" @ "hantar"
5. sebarkan setakat yang mampu.
aku tak paksa. cuma sampaikan. terpulang kat korang. jgn "like" page tu sudah.
(kalau nak "like" blog aku ni x pe la jugak)
sekian....
23.3.11
keputusan
bila aku amik result SPM, kaunter kelas aku dijaga oleh cikgu suria zunita, cikgu kimia aku. bila cikgu tengok aku, bila dia cari slip result aku, dan bila dia tengok sekali lalu, dia pon bersuara :
"tahniah sebab dapat # A.... tapi kenapa kimia dapat A2 je?"pergh....!!! menusuk qalbu soalan tu beb.. terasa aku. mungkin sebab aku antara pelajar harapan beliau untuk dapat A1 tapi aku dapat A2 je. aku pon sedih gak. kerana telah menghampakan cikgu suria.
"maafkan saya cikgu." suara yang tersekat dicelah kerongkong pada waktu tu. mungkin kerana terkelu lidah, dan menahan sebak.
lepas tu adik aku SMS, kata mak aku tanya dapat berapa. dan aku pon balas : [biology dapat B]
then, adik aku SMS lagi. mungkin tak puas ati dengan jawapan aku. aku balas balik : [bahasa arab tinggi dapat B jugak]
dan kali ketiga, adik aku SMS lagi. tapi kali ni, aku tak balas balik. biar diorang tertanya-tanya. hehehehe....
dan bila on the way nak balik rumah, aku still teringat kata2 cikgu Suria. aku sebak lagi time tu. mungkin disebabkan kata2 cikgu dan sebab kimia tu sendiri subjek feveret aku dan aku "kurang" skor.
sampai je kat rumah, aku bagi slip kat mak aku, dan aku pon terlentang tidor. penat. walaupon dalam negeri yang sama, tapi perjalanan nak pi sekolah aku ambik masa 2 jam dengan menaiki bas-feri-bas.
biarlah mak aku layan semua panggilan telefon yang bertubi-tubi datang dari sedara-mara.
sekian....
22.3.11
Alkisah budak malas gosok gigi
alkisah, pada zaman dahulu, dulu ader sorang budak yang sangat malas menggosok gigi. dan adapun budak tu bernama faiz (bukan nama sebenar). saban pagi, berusahalah ibubapa beliau memaksa beliau gosok gigi tetapi beliau masih tetap berdegil.
alasan beliau, setiap kali beliau gosok gigi, pasti gusi beliau berdarah.
selain itu, hobi beliau antara lainnya ialah mencungkil sisa makanan di celah gigi dengan menggunakan daun rokok yang diambil dari "beg tembakau" ayah beliau. kadang2, hobinya itu dilakukan sehingga gusi beliau berdarah.
20.3.11
tandas terbaek..!!!
sejak aku menjawat jawatan silat cekak kat usm ni, selalu jugak aku kena berurusan dengan penasihat 1 kami iaitu Prof. Madya Ar. Dr. Hj, Abdul Majid B Ismail (Ar. sebutannya "arkitek", mcm Dr. utk "doktor"). so, selalu jugak la aku kena pi bilik (office) beliau untuk urusan2 persatuan.
oleh kerana beliau juga merupakan seorang yang agak sibok, waktu terluang selalunya ada yang boleh kami berurusan dengan beliau adalah pada seawal jam 8.00 pagi.
dan selalunya, setiap kali aku pi jumpa beliau, aku akan taram (simpan) "hajat" aku kerana aku lebih suka melepaskan "hajat" aku kat toilet berdekatan dengan bilik beliau.
18.3.11
aku deklamator
sabtu depan (26/3/2011) ada diner silat cekak pulau pinang
sajak ni diorang yang buat. aku tukang baca jew... ni sajaknya.:
Pusaka Bangsa
Ku tebas lalang di lorong perjalananku
Mencari makna dalam langkah demi langkah
Minda ku didik jasad ku tadah
Agar hidup segala gerak
Bisa bersatu dengan akal yang satu
Ku gagahi keringat ini
Menongkah segala payah
Ku berilmu dengan pusaka ini
Mencari intipati dalam makna yang rapi
jom joint ipanelonline
jawab soalan je kan? bukan susah mana. tak macam exam pon. kalau berminat bleh klick kat bawah ni :
17.3.11
assignment-malaria
16.3.11
yang pertama
dulu, orang selalu pesan, "tak elok makan MAGGI, nanti otak lembab". tapi kenapa golongan yang selalu makan MAGGI adalah golongan student dan golongan pelajar universiti? golongan cerdik pandai?
bila dah lama2 sikit, mula la naik CINTAN, PAMA, MAMEE, MEE SEDAP, dan sebagainya. bila dah ada banyak jenama2 baru, aku pon teringin la nak try.
tapi bila pekena MAGGI balik, rasa macam sama je. tak de la special sangat. biasa2 je.
14.3.11
Walau pandangan jauh berbeza, tak bermakna ada salah ada benar. kan?
sebelom tu, layan dulu lirik lagu ni :
corong-corong radio layar kaca tv
Pancaran satelit parabola siarkan cerita
Salurkan berita bawakan derita sandiwara kisah nyata
Di dada akhbar rencana terkini
Menghiasi ruang muka warkah wadah warta wajah warga dunia
Nanah luka mereka
Gejolak resah kocak dunia
Siksa mereka kita saksinya
Bencana alam melanda tragedi dan petaka
Musibah menimpa kemelut negara dunia ketiga
Lapar dan dahaga panas dan dingin cuaca
Perang meragut jiwa angkara si mesiu peluru tak bermata
Dan kita hanya cuma membisik hiba hanya satu rasa
13.3.11
Pandangan sarjana dunia terhadap nabi Muhammad
belek2 laptop, jumpa artikel ni. so nak berkongsi lah sikit. tapi aku tak ingat dulu ambik artikel ni kat mana. sekadar berkongsi.
1. Penulis prolifik Amerika Syarikat, Michael H. Hart dalam buku beliau The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History (1982) meletakkan Nabi Muhammad s.a.w di tempat teratas senarai manusia paling berpengaruh dalam sejarah dunia.
Day 25 - What would i find in your bag?
aku ada 2 beg. 1 beg kelas satu lagi beg duit.
kalau beg duit, ader duit, kad2 yang sepatutnya, dan resit2 yang belom di "claim"
kat dalam beg kelas pulak ada lec note, tie (tali leher), kertas A4 kosong dan beberapa surat2 persatuan.
tu jew... lagi simple...
sekian...
11.3.11
Hantu Asrama Sekolah Agama
cantik tak? gambar ni diambil bagi merakam keindahan bulan mengambang pada malam tu dengan menggunakan kamera henset nokia "sabun" yang agak popular pada tahun tersebut.
tapi, salah seorang daripada pelajar tersebut terperasan akan satu keanehan pada gambar itu iaitu pada hujung blok asrama di sebelah dorm "harapan 1"
jelas? kalau tak jelas, meh sini aku nak tolong lukiskan supaya lebih jelas..
sama ada "bayangan" ni satu pantulan cahaya atau tidak itu aku tak pasti. tapi gambar ini dijamin tidak ditokok tambah melainkan watermark dan garisan merah tersebut.
wallahu a'lam....
p/s : mana2 asrama pon sama jew.....
10.3.11
Day 23 - Something you crave for a lot
sekarang ni, aku rasa hampir semua benda yang aku nak, aku dah ada. contohnya moto. so, lepas jew aku beli moto, aku tak pulak terfikir untuk simpan duit nak beli benda lain pulak.
ha, ni la menatang tuh... |
tester pre-test ujian sijil rendah
sebelom jadi tester, aku dah memang niat siap2 yang kali ni aku tak nak buat kasar2. buat ikut silibes jew. malas nk buat gaya lebih2.
bukannya apa, dah la diorang nak ambik test betol2 sabtu ni. nanti patah riuk, susah pulak. lagi pon, aku bukannya nak membuli or nak melepaskan geram kat sesapa. just nak tolong diorang dapat markah.
tapi, kat kaunter aku jadi tester tu aku sorang jew budak induk. yang lain semua budak kejut (USM kampus kejuruteraan). diorang aku tengok semua bagi serangan kaw2 punya..
tapi aku tetap dengan prinsip aku. buat rilex2 jew. tapi lepas tu, pemberi markah "sound" aku sebab aku buat serangan lembut sangat.
dia kata, kalau tak serang betol2, nanti diorang tak belajar apa2.
so, nak buat macam mana, terpaksalah aku bagi kuat sikit. tapi aku still agak2. aku sepak bengkung, dah sentuh, aku tunggu die ambik. budak kejut, sepak bengkung, sampai budak tu senak..! sampai dia mintak rehat jap.
nak buat macam mana, aku macam tak sampai ati pulak nak buat macam tu. dulu sebelom jadi tester, praktis buah sungguh2. macam nak pukul orang betol2. siap "simpan" dua-tiga "move" untuk digunakan masa nak jadi tester. reverse kick ngan sepak pancung.
tapi last2 tak sampai ati pulak nak buat...
p/s : buat exco psscmusm, sory sbb aku balik awal sebab nak study. esok paginya aku ada qiuz physical pharmacy tapi aku satu haram pon tak study lagi... heheheh
8.3.11
tajuk reproductive system pon ader praktikel?
Day 22 - What makes you different from everyone else?
errmm......
yang pertama sebab aku ader migraine.....
yang kedua mungkin aku satu2nya orang yang menyesal sebab ambik kos farmasi. penyebab utama yang membuatkan aku masih di USM ni adalah kerana silat cekak. bukan kerana degree farmasi aku. kalau aku drop silat, macam hidup aku dah tak bermakna lagi kat USM ni.
semua ni sebab aku ada saudara sebapa berlainan ibu. aku anak sulong sebelah emak aku tapi sebelah ayah aku, aku anak yang ke-8. masih pening? macam ni la. ayah aku berkahwin 2 kali. kalau tak paham2 juga, tak dapat kurnia lagi la tu. sampai masa nanti, korang paham la. hehehe
tu jew dulu kowt buat masa ni...
sekian...