27.2.11

sistem kalendar



MySpaceartikel ni aku simpan lama dah. masa aku masih lagi berhajat untuk menjadi seorang astronomer. sekarang still minat tapi dah tak de harapan nak jadi seorang astronomer dah. disebabkan minat aku masa tu, aku salin balik artikel ni dalam soft copy dan simpan dalam pendrive

masa tu aku tak de komputer lagi.salin balik pon kat makmal komputer sekolah. dah minat punya pasal. papepon, ni seqadar perkongsian.


Kelendar suria 

Kelendar suria adalah kelendar yang dikira berdasarkan perjalanan musim atau pergerakan matahari. Antara kelendar yang menggunakan asas ini adalah Masihi (Julian dan Gregorian), Roman, dan mesir purba.

Istilah kelendar masihi dikira berdasarkan perjalanan musim atau perjalanan matahari. Perkataan matahari menurut bahasa arab ialah Syamsi manakala Masihi adalah perkataan daripada al-masih iaitu Nabi Isa a.s. kelendar Masihi ini dikatakan bermula pada tahun kelahiran Nabi Isa a.s. oleh kerana penganut-penganut agama al-Masih ini kebanyakannya terdiri daripada orang-orang yang berpegang kepada perjalanan musim, maka kelendar Syamsi yang berdasarkan musim dinamakan kelendar masihi. Dapat dikatakan bahawa kelendar Masihi merupakan kelendar Syamsi tulen. 


Satu tahun Masihi mengandungi 365.2422 hari. Lebihan 0.2422 hari tersebut menyebabkan kekurangan 44 minit 55.68 saat pada setiap akhir tahun keempat.

Sebagai langkah mengatasi kekurangan tersebut, ahli taqwim telah menetapkan 3 tahun pertama mengandungi 365 hari manakala tahun keempat mengandungi 366 hari.tahun keempat dikenali sebagai tahun lompat. Tambahan satu hari tersebut diberikan kepada bulan Febuari iaitu 28 hari pada tahun biasa dan 29 hari pada tahun lompat. Walau bagaimana pun, kekurangan tersebut meningkat kepada tiga hari pada tahun genap 400 tahun.

Oleh itu, ahli kelendar menggugurkan satu hari pada tahun-tahun genap 100, 200, dan 300 sementara kekal satu hari pada tahun ke-400.

Awal tahun Masihi dikira lewat 6 hari dari tarikh kelahiran nabi Isa a.s. yang dikatakan berlaku pada 25 Disember menurut kepercayaan agama Kristian.
Kelendar ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
kelendar bahagian pertama iaitu kelendar sebelum kelahiran nabi Isa a.s. Kelendar ini dicebut dalam bahasa inggeris sebagai Before Crist (BC). kelendar bahagian kedua iaitu kelendar selepas kelahiran nabi Isa a.s. yang disebut Anno Domini (AD)

Orang-orang pada zaman selepas kelahiran nabi Isa a.s. mengira kelendar mereka berdasarkan gerakan bulan disamping gerakan matahari. Gerakan bulan diperlukan untuk aktiviti perayaan sementara matahari untuk menentukan musim. Perayaan mereka dimulakan selepas Hari Ester dan ditamatkan selepas Hari Krismas (25 disember) 

Hari Easter adalah hari ahad pertama selepas bulan penuh atau purnama selepas 21 Mac setiap tahun. Hari Easter dirayakan bagi memperingati hari ulang tahun kewafatan nabi Isa .a.s menurut kepercayaan orang-orang kristian.

Selain daripada dua bahagian tersebut, kelendar masihi juga dibahagikan kepada dua zaman. Zaman pertama adalah zaman sebelum kelahiran nabi Isa a.s. hingga 1582 M. pada zaman tersebut kelendar yang digunakan dikenali sebagai kelendar Julian atau kelendar Roman. Ia disusun pada tahun 46 SM ketika zaman pemerintahan Julius Caesar.

Kelendar tersebut disemsk dan disusun semula oleh ketau gereja rom iaitu Paus Gregory (1502M-1585M) pada awal tahun 1582M dan pindaan dibuat bermula pada 4 Oktober 1582M. pindaan tersebut dilakukan kerana terdapat perbezaan yang ketara antara kelendar Julian dengan permulaan musim pada zaman tersebut. Terdapat lebihan sebanyak 10 hari bagi kelendar Julian berbanding gerakan matahari sebenar.

Hal ini dapat diperhatikan apabila hari waktu matahari melintasi garisan khatulistiwa yang sepatutnya jatuh pada 21 Mac menurut Paus Gregory dijangka berlaku pada 31 Mac menurut kelendar Julian. Gerakan bulan juga didapati tidak selaras dengan kelendar Julian dimana terdapat perbezaan sebanyak 4 hari. Bulan purnama yang jatuh pada 14 Febuari 1582 hanya dijangka berlaku pada 18 Febuari 1582menurut taqwim Julian.

Selepas pindaan dilakukan, kelendar masihi dikenali sebagai kelendar Gregorian. Ia turut dikenali sebagai Kelendar Kaedah Baru sementara kelendar Julian dikenali sebagai Kelendar Kaedah Lama.
Bagi menyelaraskan kelendar Julian dengan gerakan matahari dan bulan, dua perubahan dilakukan iaitu:
Digugurkan 10 hari selepas 4 Oktober 1582 bagi menyeragamkan terhadap gerakan matahari. Hal ini bermakna 4 Oktober 1582 dituruti hari esoknya dengan 15 Oktober 1582. 

Diundurkan 4 hari pada awal januari 1583 bagi penyeragaman terhadap gerakan bulan. Hal ini bermakna tarikh lahir anak bulan yang dijangka lahir pada 3 Januari 1583 menurut kelendar Julian diundurkan kepada 31 Disember 1582.

Bagi melicinkan ketetapan kelendar Gregorian dengan gerakan matahari dan bulan untuk kegunaan sepanjang zaman, dua ketetapan lain telah dilakukan iaitu :

Menggugurkan 3 hari dalam satu pusingan 400 tahun gerakan matahari
Menggugurkan satu hari, sebanyak 8 kali dalam tiap-tiap 2500 tahun gerakan bulan, mulai 1800M.

Walau bagaimanapun, kelendar ini masih tidak tepat kerana ketetapan tersebut mempunyai perbezaan 26 saat setiap tahun berbanding gerakan matahari sebenar. Kekurangan ini meningkat kepada satu hari dalam tempoh 3323 tahun gerakan matahari. Sebagai maklumat, pindaan yang dilakukan oleh Paus Gregory tersebut hanya diterima pakai oleh England dan tanah jajahannya pada tahun 1750 M iaitu 170 tahun kemudiannya.
       

Kelendar lunisuria 

Kelendar ini berdasarkan gerakan bulan yang digabungkan dengan gerakan matahari atau perubahan musim. Ahli-ahli kelendar ini menentukan waktu-waktu amal ibadat mereka berdasarkan gerakan bulan sementara menentukan musim daripada gerakan matahari.

Oleh kerana terdapat lebihan 0.53 hari bagi setiap bulan (mengikut edaran bulan) maka ahli kelendar ini menetapkan bahawa bilangan hari dalam sebulan ialah 29 dan30 hari berselangan dan tidak berubah-ubah. Maka satu tahun mempunyai 354 hari sahaja.

Namun gerakan matahari adalah 365.242 hari setahun. Kelebihan 0.242 ini menyebabkan mereka mengadakan satu bulan tambahan sekali setiap 4 tahun. Maka kelendar ini mempunyai 12 bulan pada tahun pertama, kedua, dan ketiga tetapi mempunyai 13 bulan pada tahun keempat.

Masyarakat yang menggunakan kelendar ini adalah orang-orang Yahudi, masyarakat Cina dan Hindu. Namun, perincian atau syarat-syarat penyelarasannya dengan musim mungkin berbeza.
Bangsa Arab sebelum kedatangan Islam turut mengamalkan sistem kelendar lunisuria ini tetapi telah dilarang penggunaannya dengan peerintah Allah dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi Tuhan ialah 12 bulan (dalam setahun) . Yang demikian itu telah ditetapkan olehNya dalam kitab Allah pada hari Dia menciptakan langit dan bumi. antaranya empat bulan yang dihormati. ketetapan yang demikian itu adalah agama yang lurus……”           
(terjemahan Surah At-Taubah, ayat 36)


Larangan itu diturunkan ekoran perbuatan ahli-ahli kelendar yang sering menukar-nukar permulaan bulan-bulan haram sesuka hati mereka.




(dipetik dan diolah daripada `Sistem Kelendar` oleh Clarakartini bt A Hamid, Buletin Falak, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang / USM)

2 comments:

  1. CL bce komen kat entry CL..ingt pha niey pompuan.. ad plak golongan pha.. haha.. kalendar suria niey.. CL da tau.amboi,lama nye simpan kat pendrive.. :p

    ReplyDelete
  2. pompuan..??? auu.... sia2 aku simpan misai... hahahaha

    ReplyDelete