6.2.11

single but NOT available.






Entry kali ni berkenaan dengan perbualan YM antara aku dan member aku. Perbualan ni dah lama dah. Saja aku simpan sebab setiap kali aku baca perbualan ni, aku rasa nak tergelak. Serius.!

Kat sini aku bukan nak berpoyo, tapi just sebagai perkonsian bersama.

xxxxxxx (11/5/2010 6:34:58 PM): weyh, ang x ley ade awek ea/??
phar_is (11/5/2010 6:35:11 PM): ?
phar_is (11/5/2010 6:35:29 PM): apesal ko kta mcm 2?
xxxxxxx (11/5/2010 6:35:33 PM): ang kan ala2 alim siket...
xxxxxxx (11/5/2010 6:35:40 PM): mcm xnak ade gewe jah
xxxxxxx (11/5/2010 6:35:41 PM): hahahha



Salahkah kalau x de awek? Adakah nak tuggu jadi alim baru buleh pilih untuk tak mau berkapel? Or, alimkah aku???? (musykil2....)dan di kesempatan ini, aku nak kongsikan kenapa aku rasa yang aku tak perlukan awek.


Sebab yang pertama adalah kerana agama. Mungkin ramai yang akan kata aku kolot. Dan mungkin ramai jugak yang akan pertikai dengan aku.

Haramkah berkapel? Untuk persoalan ni, aku tak mau jawab. Korang carilah guru yang lebih murshid, tanya kat dia. Aku cuma nak jaga hati aku je.



Dan aku tak pernah halang kawan2 aku yang nak berkapel. Habis kuat pon, aku just nasihatkan, jaga diri elok2. Tu je.

Yang kedua ialah kerana family. Aku anak sulong belah mak aku.(sebab belah ayah aku, aku anak yang ke-8). Bapak pulak dah meninggal. So, belah mak aku, aku dah dikira sebagai ketua keluarga. Dah ada tanggung jawab.


Kalau buleh, biaq adk2 aku ok dlu. Biaq depa "langkah bendui" menikah dulu pon tak apa. Bila family aku dah "stabil" skit, baru aku rasa nak pindahkan tanggung jawab aku tu kat keluarga aku sendiri. So, lambat lagi la. buat apa aku nak cari awal2?

Sebab yang ketiga ialah sebab aku masih study. Tak nak sesiapa ganggu aku. Nak fokus dulu. Tara sekarang yang tak ade awek pon study dah tunggang langgang. Ni kan pulak nak berkapel. Lingkop aku..!!!!


Yang keempat mungkin sebab saranan ustaz hazrizal abd jamil dalam bukunya "aku terima nikahnya" yang LEBIH KURANG macam ni :

"jgn mulakan suatu hubungan kalo x de chance hubungan tserebut akan ke jinjang pelamin dlm msa terdekat.."

Mungkin jugak banyak lagi sebab2 yang aku sendiri pon tak sedar. Cukuplah kat sini.

Tapi, aku bukan malaikat. Sepanjang idop aku, kalau aku cakap yang aku tak pernah rasa sangkut kat sapa2 tu muhong sangat la. Dan langkah yang aku akan lakukan ialah seperti mana dialog antara aku dan naqib aku kat bawah ni.

Perbualan ni pulak berlaku dalam salah satu usrah yang aku sertai kat usm ni.

Ceritanya begini, naqib aku ni selalu marah aku sebab banyak sangat program2 usrah yang aku tak boleh joint sebab "kesibokan" aku. Setiap kali ader program dengan ahli usrah, mesti clash dengan program2 aku yang lain. Terutamanya silat.

Then, suatu malam, dia bagi satu analogi kat aku supaya aku carikan jugak masa supaya aku boleh joint program diorang. analoginya begini :

"kalau kita sukakan seseorang tu, tak kiralah kalau sibok macam mana sekalipon, mesti kita akan cari masa jugak untuk bersama dia"

katanya lagi, "sama la hal ni dengan program2 kita. kalau kita suka, walau sibok macam mana sekali pon, kita akan cuba jugak untuk curi masa untuk joint."

Lantas, aku pon membidas hujjah beliau dengan berkata : eh, tak la. kalau saya sukakan seseorang, saya lagi akan sibokkan diri supaya saya lupakan dia.(untuk keterangan lanjut, baca  entry "kerja dan sibok")

naqib aku : (-_-')

yakinkan aku Tuhan
dia bukan milikku
biarkan waktu2
hapus aku
sadarkan aku Tuhan
dia bukan milikku
biakan waktu2
hapus aku

-nidji (hapus aku)






16 comments:

  1. ops... aq x mksdkan sesape... rmai lagi member aq yg kapel....
    eh, ko x terase kew????? hahahahaha

    ReplyDelete
  2. mana la tau... sebab tu aq tnya... ko x terasa ka..??? hehehehe

    ReplyDelete
  3. stkt ni tak terase lg..hahahaha...

    ReplyDelete
  4. owh... nnti terasa la tu... tggu masa ja tu....

    ReplyDelete
  5. ader ker sesiapa yg boleh membuatkan ko layak dikatagorikan sebagai orang yg akan terasa??? hahahahaha.....

    ReplyDelete
  6. tak pe... dia bkannya paham pon... ehehehe

    ReplyDelete
  7. arip, aq rasa sekarang ko patut terasa..!!!! hahahaha

    ReplyDelete
  8. aku yakin dan pasti,,ariff akan terasa dan bilaKAH masanya kita akan tgk...

    ReplyDelete
  9. tak terasa gak...
    xd kne mngena ngan aku..hahaha

    ReplyDelete
  10. @Mohd Areef
    sekarang aku rasa ko lagi akan terasa...!!!! hahahaha

    ReplyDelete
  11. hmmm sma je prinsip kita, n betoi la tipu la kl0 x pnah suka kt sapa2, kita pon mnusia biasa.. =)

    ReplyDelete