16.2.11

Day 3 - A picture of you and your friends




 dari entry cabaran 30 hari


soalan tu kater "a photo" tapi aku tak kira.. nak gak buh lebih dari 1 gambaq... ni antara gambaq2 aku dan member2 aku yang membuatkan aku nak tergelak bila tengok. tak kira walaupon  dan bnyak kali dah aku tengok.



dari kiri : azman, nazri, syafiq, aku, aepul, ridhuan, dan arief
gambaq ni diedit oleh ridhuan. asal dari poster "prison break". aku tak tau macam mana dia boleh dapat idea nak buat macam ni. aku tukang tengok dan gelak jew. hahahaha...






dari kiri : saadah, momo, sarah, che, aku, amy, lyana, aepul,nazri, ridhuan, dan arif.
gambaq ni pulak masa kami pi servey taman rimba teluk bahang untuk buat kem kat sana. ni semua exco2 persatuan seni silat cekak malaysia USM serta seorang "pemerhati".



pasukan kawad kaki SMKA AL-MASHOOR (L) tahun 2007.

squad kami telah berjaya mewakili pulau pinang ke pertandingan kawad kaki sempena hari belia negara peringkat kebangsaan di kawasan stadium putra bukit jalil pada tahun tersebut. tapi dapat saguhati je. 

asalnya aku bukannya rapat sangat pon dengan ahli squad ni. dulu aku ni jenis budak skema. yang budak2 kawad ni ramai yang "otai2". tapi dalam pertandingan kawad ni la yang merapatkan kami. sampai sekarang, tiap2 tahun ada reunion. setiap kali raya, kami pi pekena sub gear box kat umah farid (squad leader)




gambaq member2 matrikulasi. dari kiri : aepul, cepul, zairi, dan aku serta syamil(photographer)
ni pulak member2 matrix sem 1. time tu agak rapat la. sedih kot kenangkan masa dulu2...





geng plkn.cuba cari dimana aku?
plkn dusun minda resort, kuala nerang. plkn best sebab ada member2 jew. pengisian semuanya hampeh. 

kalau tak caye, nanti aku postkan entry berkenaan pengalaman aku kat plkn. lepas jew aku balik dari plkn, aku dah listkan semua kelemahan2 PLKN yang aku sempat "rasa". agak banyak jugak la. siap boleh buat buku lagi. hehehe.. tapi nanti kena tahan ISA pulak. hahaha...



sekian....



2 comments:

  1. Wan siut ja..tak pasal2 aku macam apa entah.buruk benar..huh..edit senyap2 pastu kantoi..padan muka..

    'Pemerhati'??kita di perhatikan??Takutnya!!

    Eh hg satu matrik dgn aepul??Meaning hg satu matrik dgn mmber aku la..

    ReplyDelete