Skip to main content

Day 13 - A letter to someone who has hurt you recently



kehadapan migraineku yang dikasihi,

sudah bertahun kita bersama. sejak aku kecil sampai la sekarang. suka duka, tangis tawa, segalanya telah kita tempuhi bersama. aku adalah kau dan kau adalah aku. kita ibarat lagu dan irama. tak pernah terpisah.

aku sedar yang aku sebenarnya amat memerlukan engkau. kadangkala, engkaulah sumber inspirasiku, engkau lah juga alasan aku untuk ponteng kelas, engkaulah penghapus dosa aku, kerana engkaulah aku boleh mengalirkan air mata tatkala aku menghadap Dia, dan kerana engkau jugalah, blog ini tercipta.

tapi, aku memohon kepada kau, aku merayu, tolonglah, please, jangan kerap sangat kau datang bertandang. sekali-sekala sudah la. sebulan sekali kew, 2 bulan sekali kew, itu sudah memadai bagi aku. kerana aku tahu, kalau lama2 kita tak bertemu, aku juga rindu pada mu.


maafkan aku sekiranya aku telah banyak menyakiti engkau. bukan ku sengaja mencederakan engkau dengan paracetamol. tapi aku terpaksa. aku terpaksa dan terdesak. tatkala minggu study week, tatkala aku tengah buat assignment, tatkala aku ada meeting, tatkala aku ada program, dan tatkala aku nak pi latihan silat, tolonglah, jangan kau dekati aku.

ketahuilah bahawa bukan aku bencikan kau. aku cuma memerlukan ruang. berikanlah aku sedikit masa, supaya aku bersedia mengadap engkau. agar dapat aku menikmati engkau sepuas-puasnya bila kau bertandang nanti.


sekian, terima kasih

temanmu,


Faiz

Comments

  1. Aku tak taulah..aku nak gelak ke nak kesian..HAHAHAAHHA(gelak jahat)

    ReplyDelete
  2. =_="... tapi last2 gelak jugak....
    kena kat ko baru tau..!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Gelaran Adik Beradik Yang Betul

Gaji Ahli Farmasi

KTMD | Servise Penghantaran Motosikal