10.2.11

Ni'mat yang tak terharga


Aku pening, kerana dunia dan kerana migrane. Migrane pon salah satu ujian-Nya. Kan? Ujian, cobaan, dugaan, semua tu mesti ada hikmah.
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
( surah At-Tagaabun, ayat 11)

Antara hikmahnya ialah sebagai penghapus dosa. Seperti hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

So, setiap kali migrane, aku kena la anggap ‘dia’ sebagai ni’mat yang Dia bagi untuk “membersihkan” diri aku.


rujukan :
nadmumtazah. bila sakit, teringat plak artikel nih. [online]. 2011 Feb 8. [cited 2011 Feb 10]; available from: URL:http://mujahidahlillah-nadmumtazah.blogspot.com/2011/02/bila-sakitteringat-plak-artikel-nih.html




p/s : saje je aku buat "ringkasan dan rumusan" dari entry blog tu sebab aku "tersedar" semula bila baca entry tu. harap yang lain pon boleh tersedar jugak.
syukran ya ukhti...!

1 comment: