28.2.11

pantang larang



hidup orang melayu ni memang tak boleh lari dari pantang larang kan? dari nak makan, nak kawen, even nak bersilat pon ader pantang larangnyer.

tapi pantang larang silat cekak senang jew. ada lima jew pon. tapi sini aku nak tekankan pantang larang yang ke-4. dan adapun pantang larang tersebut berbunyi : "tidak boleh bergaduh sesama ahli"

MySpaceaku ni bukannya apa. aku manusia biasa. ada nafsu ammarah. itu normal kan? (kecuali arip ydp)


sebab tu islam awal2 lagi dah ajar cara2 untuk kita mengawal kemarahan tersebut dengan berhemah. agar ianya tidak mengawal kita. antara caranya ialah ambil wuduk, istighfar, dan banyak lagi. tanyalah yang lebih alim.

Day 15 - Put your ipod in shuffle. First 10 songs that play



dari entry cabaran 30 hari

aku tak ade ipod. so, pakai media player sudah... hehehe. ni hasilnya :

1. my world by avril lavigne
2. eternal flame by maxim (piano)
3. hanya kau yang mampu by aizat
4. doa dalam lagu by mawi ft heliza
5. my life would suck without you by kelly clarkson
6. tak bisakah by peterpan
7. tokyo drift (OST) by teriyaki boyz
8. first love by utada hikaru
9. losing grip by avril lavigne
10. ainul mardhiah by UNIC



sekian...

p/s : ape motif soalan ni pon aku tak tau...

27.2.11

sistem kalendar



MySpaceartikel ni aku simpan lama dah. masa aku masih lagi berhajat untuk menjadi seorang astronomer. sekarang still minat tapi dah tak de harapan nak jadi seorang astronomer dah. disebabkan minat aku masa tu, aku salin balik artikel ni dalam soft copy dan simpan dalam pendrive

masa tu aku tak de komputer lagi.salin balik pon kat makmal komputer sekolah. dah minat punya pasal. papepon, ni seqadar perkongsian.


Kelendar suria 

Kelendar suria adalah kelendar yang dikira berdasarkan perjalanan musim atau pergerakan matahari. Antara kelendar yang menggunakan asas ini adalah Masihi (Julian dan Gregorian), Roman, dan mesir purba.

Istilah kelendar masihi dikira berdasarkan perjalanan musim atau perjalanan matahari. Perkataan matahari menurut bahasa arab ialah Syamsi manakala Masihi adalah perkataan daripada al-masih iaitu Nabi Isa a.s. kelendar Masihi ini dikatakan bermula pada tahun kelahiran Nabi Isa a.s. oleh kerana penganut-penganut agama al-Masih ini kebanyakannya terdiri daripada orang-orang yang berpegang kepada perjalanan musim, maka kelendar Syamsi yang berdasarkan musim dinamakan kelendar masihi. Dapat dikatakan bahawa kelendar Masihi merupakan kelendar Syamsi tulen. 

26.2.11

Day 14 - A picture of you and your family

dari kiri : opi, anim, kinah, dan aku

gambar ni diambil ketika hari raya aidil fitri. (masing2 dok tayang baju baru. hehehe)

MySpace
dulu, aku ngan adik2 aku ni kuat bergadoh. bukan gadoh "gitu-gitu" jew, tapi gadoh yang "gedebak gedebik gedebuk". terutamanya antara aku dengan adik yang paling bongsu, opi (yang berbadan paling besar).

MySpaceyang si anim pulak jenis yang kuat berleter. kalau gadoh pon gadoh bertengkar jew. tapi ayat die "makan dalam" kowt. memang PEDAS ar ayat die. 
MySpace
kinah ni pulak jenis yang kuat merajuk. asyik2 masuk bilik, kunci pintu. sikit2 nangis, dan selalu jadi "mangsa" anim. ye la, kawan tu dah la hati cepat terasa, si anim pulak pantang salah sikit, perli kaw-kaw punya. 


MySpacetapi, alhamdulillah, bak kata orang tua-tua, air dicincang tak kan putus. kan?





sekian....

Day 13 - A letter to someone who has hurt you recently



kehadapan migraineku yang dikasihi,

sudah bertahun kita bersama. sejak aku kecil sampai la sekarang. suka duka, tangis tawa, segalanya telah kita tempuhi bersama. aku adalah kau dan kau adalah aku. kita ibarat lagu dan irama. tak pernah terpisah.

aku sedar yang aku sebenarnya amat memerlukan engkau. kadangkala, engkaulah sumber inspirasiku, engkau lah juga alasan aku untuk ponteng kelas, engkaulah penghapus dosa aku, kerana engkaulah aku boleh mengalirkan air mata tatkala aku menghadap Dia, dan kerana engkau jugalah, blog ini tercipta.

tapi, aku memohon kepada kau, aku merayu, tolonglah, please, jangan kerap sangat kau datang bertandang. sekali-sekala sudah la. sebulan sekali kew, 2 bulan sekali kew, itu sudah memadai bagi aku. kerana aku tahu, kalau lama2 kita tak bertemu, aku juga rindu pada mu.

25.2.11

Day 12 - How you found out about blog and why you made one



dari entry cabaran 30 hari

okeh. soalan yang bagus.


untuk pengetahuan korang, blog aku ni sebenarnya diinspirasikan selepas aku baca blog si fatihah, classmate aku kat matrikulasi dulu. ni header blog die :



simpel jew kan? but don't judge a blog by its header..!!!

soalan pelik-pelik



aku telah ditag oleh encik azman untuk "aktivity" kat bawah ni. bagi menyempurnakan hajat beliau, maka aku pon jawab la soklan2 ni....
MySpace

Apa yang penting dlm hidup korang 
- redha Allah


Benda terakhir yg korang beli guna duit korang? 
-Nasi goreng USA kat nazri
  
Dimanakah tempat korang akan melangsungkan perkahwinan dan apakah temanya?
-tak kisah dan tak pernah terfikir pon

Day 11 - Another picture of you and your friends

atas dari kiri : arif, abg munzir, aku
tengah dari kiri : nazri, syafiq, aepul
bawah dari kiri : ridhuan, pa an, jumaidi



tak nak cakap banyak. picture ni boleh la dikatagorikan sebagai antara yang terbaru diedit oleh member aku. pengeditnya saudara arip si ydp. hahahaha...




p/s : muka aku ader macam muka p. ramlee x? heheheheMySpace

ni pendapat je....



bagi yang tak paham, tak perlu amik tau.
klick untuk tumbesaran sempurna

sekian...

p/s : aq dah muak dah.... tolong la...

23.2.11

Day 9 + 1 - Something you're proud of in the past few days




dari entry Day 9 - Something you're proud of in the past few days

MySpaceseperti yang dirancangkan, hari ni aku bukan jew buat satu perkara yang membanggakan, tapi dua sekali gus




MySpaceyang pertama, aku telah berjaya menjejakkan kaki aku ke perpustakaan hamzah sendut 1 buat julung kalinya..!!!!!


cempera dan jakun aku sebentar bila masok library..

yang kedua pulak, tadi aku pi sekolah lama. SMKA AL-MASHOOR (L). sebab dah rindu kat sekolah, rindu kat surau asrama, aku pon pi la solat maghrib sekali.

teringat masa aku pakai serban masa form 1 dulu... hehehe

MySpacetup tap, dengar pengunguman : "dijemput saudara faiz zakaria, bekas pelajar mashoor untuk menjadi imam maghrib pada malam ni."




MySpaceadeh....




tu satu hal. dah abeh solat, suruh bagi tazkirah pulak..!!!

MySpaceadeh... adeh...



MySpace
diorang mintak aku ceritakan pengalaman. last2 aku citer pasai kes toyol masa aku form 3 dulu..




MySpace
hahaha... padan muka... suruh lagi aku bagi tazkirah....




tapi, kalau nak diikutkan, bagus la..... berjaya masok library dan melawat sekolah lama.


MySpacefuh, nostalgia sungguh..




MySpacetapi, yang sedihnya, aku tak dapat nak maintain rekod "student usm yang tak pernah masok library"




sekian...


bila masok bab reproductive system





MySpace
tadi, masa waktu kelas "endocrine system and metabolism", kami masuk topik baru.


MySpace
tapi tajuknya "the male reproductive system"


ala.... ladies first la...!!!MySpace

MySpace
lantas ramai yang bising2. ader yang gelak2, ader yang senyum2, dan bermacam lagi ekspresi yang timbul.


MySpace
lalu shahir, member aku pon bersuara : shh...!!!!! diam skit, budak pompaun kat depan kita ni nak dengar. kita tak pa la. dah expert...





MySpaceaku? dengar kuliah dengan penuh profesionalism...!!!! hahahaha





sekian.....


Day 10 - Songs you listen to when you're happy, sad, bored, hyped, mad



dari entry cabaran 30 hari

erm......MySpace


hmmm.......MySpace


errr......MySpace


ish.....MySpace


MySpace
tak tau la ku. aku tau nyanyi jew.. tak kisah sangat lagu apa.
MySpace


tapi, selalunya katagori nasyid la... hehehehe
kadang2 lagu berzanji pon jadi...





MySpace

konon alim la tu...

MySpace

ah, diam la ko..!!!! suka ati aku la..!!!



22.2.11

Day 9 - Something you're proud of in the past few days



MySpace
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
MySpace
.serius, tak de pape yang aku boleh banggakan dalam beberapa ari ni.

 apesal teruk sangat nih..???MySpace


hidop macam tak de arah tujuan jew....MySpace


aarrrgghh..!!!! tak boleh jadi ni...MySpace

MySpacetak pe. esok, aku bertekad nak buat sesuatu yang boleh membanggakan aku.. korang tengoklah nanti..!!!


nanti aku update, eh.....MySpace


>>>sambungan>>>



MySpace

p/s : korang ader idea tak ape yang aku boleh buat yang boleh membanggakan diri aku esok?