Skip to main content

tangis dan air mata_2



Entry ni adalah sambungan entry “tangis dan air mata” yang sebelom ni. So, nak dipendekkan cerita, berikut adalah kes2 ataupon sebab2 yang boleh membuatkan aku mengalirkan air mata.

kes ke-2 :

Dulu masa kat sekolah, kalau aku pi kem mana2, bila balik ja dari kem tu, mesti aku rasa nak nangis. Sebab sayang nak tinggalkan kawan2 yang walaupon aku baru kenal 3 hari. Tapi dengan syarat mesti kena ada kawan yang “serasi” dengan aku.  Kalau tak dapat nak tahan, aku pi mandi, then nangis dalam bilik air.


Kalau aku tak nangis pon, mesti aku rasa tak sedap hati. Rasa macam ada yang tak kena. Contohnya macam apa yang berlaku dalam entry “kerja dan sibok.” Sampai mengganggu ibadat aku.

Kalau yang kawan baru kenal 3 hari pon aku dah sedih nak berpisah, ni kan pulak kawan sekolah. Even masa aku nak “grad” lepas spm. Tapi time tu tak teruk sangat la. Mungkin sebab aku dah matang sikit kot. Nangis sikit2 jew.


kes ke-3 :

Sejak aku form 3, masa pmr dah nak dekat, aku kadang2 ada la jugak study sampai pukul 2 pagi. Tapi kadang2 jew. Masa tu, bilik prep memang kosong. Kalau ada pon 2 or 3 orang jew. Then tetiba time tu aku teringatkan arwah ayah aku. Walaupon masa tu dia dah meninggalkan aku selama 4 tahun, tapi bermula saat tu, baru aku mula rindui ayah.

Seriously, sebelom ni aku tak rasa apa2 pon. Tapi mula saat tu, setiap kali aku sembahyang, aku teringat ayah. Teringat kegarangan ayah aku masa dia halau aku dari rumah masa waktu maghrib semata-mata nak suruh aku pi solat kat surau(time tu dia dah jarang pi surau sebab sakit jantung, baru lepas operate kat IJN (institut jantung Negara).

Sekarang mana nak cari bapak yang sanggup halau anak keluar dari rumah supaya pi solat kat surau or masjid walaupon baru lepas operate jantung..!!! Dan sekarang baru aku appreciate apa yang arwah ayah penah buat kat aku.

Sejak tu, aku kadang2 mengangis masa aku baca doa “Allahummaghfir lana zunubana waliwalidaina....” sebab teringat kat dia. Semoga roh ayah aku ditempatkan bersama orang2 yang soleh. Amin.

................

kes ke-4 :

Okey. Berbalik kepada tajuk kita, selain tu, aku jugak kadang2 menangis bila tengok cerita/movie. Contoh antara cerita yang aku pernah nangis bila aku tengok ialah windstruck (korea), sassy girl chun hyung (korea gak), brave heart (pasai kemerdekaan Scotland), jack frost(citer ni pasai hubungan “father n son”, Mengingatkan aku kepada arwah ayah aku), dan banyak lagi.


Sebab tu sekarang ni aku malas nak layan citer jiwang2 or touching2. Sebenarnya bukan sebab tak suka, tapi sebab aku risau kalau2 aku nangis masa tengok citer tu.


Kalau aku nak tengok sangat, aku tak kan tengok citer tu ngan kawan2. Kalau tengok pakai laptop, aku akan tengok sorang2. In case kalau air mata kuar, aku tak kisah. sebab tak segan sangat.


~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Sebenarnya, ada lagi sebab2 or kes2 yang boleh membuatkan air mata aku mengalir. Tapi cukuplah dulu buat masa sekarang. Kalau ada masa, nanti2 aku sambung lain.okey?

To be continued.....



p/s : sensitif sangat ke aku?

Comments

  1. hahaha..comel lah part nangis tengok cerita korea tu!!!
    x)

    ReplyDelete
  2. bak kta member aq, "nangis tgok citer korea itu normal, kan?"

    ReplyDelete
  3. Hhahaa..siut...copy paste ayat aku..

    ReplyDelete
  4. hahaha... saja nk balas dendam... dh ko tiru ayat aku dulu....

    ReplyDelete
  5. mana ada normal nanges tgk cite korea..
    aku gelak lg ada laa...

    ReplyDelete
  6. tu sbb ko abnormal... hahahaha

    ReplyDelete
  7. hahahahaha...lawak...tp best sbb the writter ngs sbb teringatkan arwah ayah dy...i respect itu...sy hrp arwah ayah penulis dalam kalangan orang2 yg soleh...amin..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Cara Lapor Penipuan Astro

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac

Gaji Ahli Farmasi