9.1.11

kepimpinan dan kepengikutan_1

Sebelom aku nak merapu dengan lebih lanjut, meh sini aku nak citer skit kat korang satu situasi yang akan berlaku semasa aku naik moto. Eh, ader kaitan kew ngan tajuk nie? Ha, yang tu nanti korang akan tau.


Aku mula sedar yang setiap kali aku naik moto(tak kira la moto sapa pon), aku ada satu “habit”(a.k.a fe’el , perangan dsb.) yang susah untuk aku buang. Setiap kali aku naik moto sorang2 kat jalan raya(especially kat lebuh raya or jalan raya yang selalunya orang akan bawak laju bila aku balik rumah aku), apa yang aku akan buat ialah aku akan memilih mana-mana kenderaan yang ada di depan aku yang boleh aku “follow”.

Ciri2 kenderaan yang akan aku pilih ni mestilah tak terlalu laju yang selalunya kereta yang hebat2 macam mers, bmw, lancer, dan termasuklah Kawasaki ninja, ducati serta yang sewaktu dengannya sebab memang konfom la tak terkejarnya aku dengan “mereka2” ni hanya dengan moto wave aku ni.


moto yang aku sayangi..


Selain itu, kenderaan yang aku pilih pulak mestilah tak terlalu slow contohnya macam pak cik yang bawak moto kapcai yang baru balik dari masjid, or mak cik yang tengah bawak anak diorang nak pi sekolah.


Dan yang pasti, lori, trelar, dan yang sespesis dengannya, memang aku tak akan ikut dok kat belakang diorang. Untuk spesis ni, kalau slow, cepat2 aku potong. Kalau laju, aku bawak slow dulu, biaq diorang p jauh2 dlu, Lepas tu baru pedeghaih(laju). Bahaya kot kalau ikut belakang..!!! terutamanya trelar… dia punya “air pressure” kat belakang tu memang kuat. Kalau naik moto kat belakang dia, silap ari bulan boleh jatuh.


Selalunya, masa aku nak balik rumah,(tapi bukan setiap kali) kenderaan yang aku pilih untuk aku follow ialah moto LC yang dipandu oleh seorang lelaki. Sepanjang pemerhatian aku kat lebuh raya, kalau moto LC ditunggang oleh seorang lelaki, dia punya feel tu lain skit. selalunya die lebih “confident”. Ye la, dengan 135cc, tak kan tak confident kan?


Lagipon, since aku naik moto, mesti la lagi senang kalau aku “follow” moto jugak. Kalau nk follow kereta, bila jalan jamm jew, dah stop. Kalau moto, boleh lagi selit-menyelit. Setiap spesis kenderan ader kelebihan dan kelemahannya. Kelebihan moto masa jalan jamm, kelebihan kereta masa HUJAN…


Bila aku dah kenal pasti kenderaan tu, aku akan ikut belakang “dia”. Kalau dia pon follow kenderaan lain, aku follow jugak. Kalau dia potong kenderaan lain, aku pon potong jugak. Aku akan stop follow apabila dia tetiba bawak slow, atau dia belok kot jalan lain, atau jalan jamm(kereta), atau dia terlalu laju sampai aku tak dapat kejar, atau aku ternampak kenderaan lain yang lebih berpotensi untuk aku follow, atau keadaan yang tak membolehkan aku follow dia lagi, contohnya dia eksiden.

Bila berlaku kes2 yang macam ni, cepat2 aku cari kenderaan lain yang boleh aku follow, sampailah aku masok “jalan raya biasa”   yang mana orang selalu bawak pada kelajuan biasa. Strategi aku ni pon ada kelebihan dan keburukannya jugak. Kelebihannya, kalau aku follow pemandu yang confident, aku pon turut confident gak atas lebuh raya. Keburukannya pulak, dah dua kali dah aku exident moto oleh kerana aku follow terlampau dekat, dan dia brek mengejut.

So, moral of the story, apa yang aku nak sampaikan ialah, moto aku telah mengajarkan aku tentang diri aku. Dan aku mula sedar apabila aku menunggangnya. Dalam sesuatu keadaan, aku lebih sesuai jadi follower (pengikut) dari menjadi leader (pemimpin). Tu jew.

p/s : insyaAllah akan bersambung.....

>sambungan>>

2 comments:

  1. Ok tu.. satu lagi pengajaran ~ bila bermusafir (mengembara) , elok secara berjemaah. Kan tu ajaran Nabi kita (sallahualaihiwasalam)? :)

    ReplyDelete