1.2.11

hikmah di UPM


Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran tuhan
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia
-mirwana (hikmah kembara)
 
Entry kali berkenaan pengembaraan aku baru2 ni ke university putra Malaysia untuk menghadiri Kursus Pentadbiran IPT PSSCM peringkat kebangsaan kali ke-4.


Kata orang: jauh perjalanan, luas pandangan. Tapi, nak kata yg sekarang ni pandangan aku luas tu, tak la sangat. Tapi at least ader la sedikit pengajaran dan iktibar yg aku dapat extract sepanjang perjalanan dan sepeninggalan aku ke kursus tu.




Firstly, perjalanan kali ni telah membuatkan aku bertambah syukur atas kurniaan tuhan. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. Walaupon masa aku sampai kat kawasan Selangor dan sekitarnya, memangla aku mula2 agak sedikit ta’jub dengan kecantikan dan kemodenan kawasan tu.

Dengan jejambat 3 tingkat, kereta yang dahsyat2, kejap jumpa lancer, kejap jumpa mazda rx-8, kejap jumpa Porsche 911 (terus tringat game need for speed yang aku tinggalkan) dan banyak lagi.

MySpaceLepas tu, kami sampai kat kawasan hospital. Kat sini plak, aku macam Nampak “the bad side of the city”. dengan kawasan tak terurus, sampah merata-rata, dan bangkai anjing yang terbiar. Lepas tu boleh pulak kat depan hospital tu ader gerai makan yang hanya lebih kurang 50 meter dari bangkai anjing tersebut. Dan pengusaha tu buat dek je.


Agaknyer ader kerja sama antara gerai dengan hospital tu kot. Bila orang makan kat gerai tepi bangkai tu sakit, hospital jugak yang untung.

Ok. Next, bila aku sampai ke upm, aku terta’jub dengan keluasan kawasan university ni. Bapak luas. Kalau nak bandingkan dengan USM ni, alahai, ciput je.. lepas tu ada salah seorang dari kami bagitau yang penggambaran filem “legenda budak setan” pernah dijalankan kat kawasan tu. Tak heran la sebab memang cantik pon kawasan tu.


Then, sepanjang kem tu, kami diberitahu bahawa peraturan university tu menetapkan yang lepas pukul 12 malam, pintu pagar akan ditutup. Wow.. terta’jub akusebentar. Awalnya budak university ni tido.

Semua ni telah membuatkan aku bersyukur atas kurniaan tuhan kepada aku sebelom ni. Aku bukan nak kata tempat ni terok. Kat usm pon ader banyak jugak kelemahannya. Tapi, sekurang2nya, aku mula sedar yang dahulu, aku ni kurang bersyukur atas pemberianNya.

Papepon, keseluruhannya, aku amat berpuas hati dengan program kat sini. Trimas dan tahniah buat pihak penganjur, ahli PSSCMUPM. Aku tau, mesti penat kan handle program macam ni. Nak layan student2 dari seluruh IPT. But you all have done a great job. Kipidap..



p/s : thanks buat “drebar” kami, kak athirah yang tolong antar kami masa nak balik.

5 comments:

  1. welcome to selangor paiz..hohoho...

    ReplyDelete
  2. huh... aq bersyukur sbb dok kat penang.... hehehehe

    ReplyDelete
  3. tu baru sikit kot..belum tgk kehidupan mlm org kat sini cmner..hehe...

    ReplyDelete
  4. hah br hg taw merana dok upm ni...sblom kol 12 kena balik dh..

    ReplyDelete
  5. hahaha... sini abes meetg pon dah kul 1 pagi. pastu kuar makan plak.... hehehe

    ReplyDelete