Wednesday, January 19, 2011

D.O.A



Baru2 ni aku ada pi pharmnight, dinner anjuran persatuan sains farmasi (PSF) yang dibuat khas bagi meraikan student 4th year yang nk grade dan untuk semua student farmasi USM amnya.

Selalunya, seperti yang telah diberitahu kepada aku sebelom ni, pharmnight ni jarang budak melayu yang pi. Kebanyakannya cina. Kalau yang pi pon sma ada dia budak 4th year, atau pon AJK, ataupon rapat ngan budak2 cina.

Aku kat sini bukannya nak racist. Bagi aku, tu semua terpulang kat diri masing2.  Lagipon, budak2 melayu yang tak pi kebanyakanny punyai sebab mereka yang tersendiri. 

Dan malangnya, aku terpaksa pi sebab aku exco PSF. Dah la masa hari kejadian, aku ada kem kat teluk bahang. So, aku pon pi kem lambat la. Hari ke-2 baru aku pi.  
jejaka kacak

Sebelom aku pi pharmnight, aku telah dipinta untuk memimpin bacaan doa bagi majlis tu. Then, aku pon terimalah. Ape susah, baca doa jew pon.

Tapi, bila aku sampai kat hotel tempat pharmnight tu, nak mengucap jugak la aku. Bukannya apa, aku kena pimpin bacaan doa, tapi majority ahli dewan tu orang bukan melayu. Tu baru satu hal. Yang lebih aku fikirkan ialah ramai Chinese girls yg pakai pakaian yang agak mencolok mata.
bersama prof saad dan isteri
Dalam hati aku masa tu, asyik dok pikiq, patutkah aku baca doa? Tapi nak buat macam mana, dah protocol untuk majlis rasmi perlu ada bacaan doa. Nak tak nak, kena la aku baca.

Sekarang baru aku percaya apa yang telah dikhabarkan kepada aku sebelom ni berkenaan majlis tu. Semua orang bebas melaram.

bersama kak angah
Dan masa aku pimpin bacaan doa, selain daripada apa yang aku bacakan, dalam hati aku ni, aku turut berdoa supaya Allah kuatkan iman aku, lindungi aku dari perkara yang tak elok, dan semoga mereka2 ni mendapat hidayah oleh-Nya.




Amen....

2 comments:

  1. wah, susah gak eh. Kat tempat aku bila ade dinner ade gak la melayu tunjuk muka. eh, batch ko melayu dengan cina sama banyak ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...