22.1.11

aku sayang ayah

Entry kali ni khas bagi memperingati pemergian arwah ayah aku, zakaria bin din bin saad bin hasyim yang telah meninggalkan kami sekeluarga pada jam 6 petang, jumaat 25 ramadhan dalam tahun 2001(butiran yang tu jew yang aku ingat berkenaan masa pemergiannya).



 Masa aku kecik2 dulu, aku memang tak rapat sangat dengan ayah sebab dia agak garang. Ape2 hal, aku bagi tau kat mak je. Biasa lah tu. Sebab tu lah tak banyak sangat kenangan aku dengan dia. Kebanyakan yang aku ingat adalah saat ayah tempik(tengking) dan marah kat aku.

Dulu, aku memang buas. Selalu buli adik2. Selalu pukul adik2. Kalau bergaduh ngan adik beradik tu selalunya memang gaduh kaw2 punya. Gedebak gedebik gedebuk la jugak. Sebab tu la ayah aku selalu  marah aku. 

Ayat yang selalu dia pakai masa tengking aku ialah “pi ambik kapak, bunuh semua orang. Biaq hang duk sorang2 kat dunia ni...” Dan sekarang baru aku paham maksud yang ayah aku nak bagi tau. Hidup kat atas dunia ni tak boleh sorang2. Family tu penting.

Tapi, betul kata orang tua2, air dicincang tak akan putus. Dulu kami adik beradik memang kuat gaduh, tapi sekarang Alhamdulillah, kami ok. Mungkin sebab masing2 dah matang.

Antara kenangan manis aku dan ayah ialah ketika dia memakaikan serban atas kepala aku. Masa tu aku kena berlakon sebagai “ustaz” untuk persembahan kat sekolah. Dan ustazah mintak aku cari kot2 ada serban kat rumah.

Lantas aku pon mintak kat ayah. Ayah aku keluarkan serban dia dan terus ikatkan kat kepala aku. Adik2 aku semua tengok aku masa tu. Tapi aku tak tau kenapa aku rasa seronok bila ayah aku pakaikan aku serban.

Ayah aku juga seorang yang agak disegani kat kampong aku. Orang menggelarkannya “pak long lee” sebab nama kedua pak aku ialah ramlee. Dulu, ayah agak terkenal dengan kea’limannya.  Selalu solat kat surau (rumah aku dalam 100 meter jew dari surau) sebelom di serang penyakit jantung.

Aku penah ingat masa aku kecik2 dulu, selalu jugak ada orang kampong yang mintak “air tawaq” kat ayah aku. Masa tu, aku tengok ayah aku sembahyang di tepi botol air yang tak tertutup. Dan pernah juga sekali anak kepada jiran aku kena hysteria. Lantas jiran aku tu bawak anak dia jumpa ayah aku. Masa tu riuh jugak la kat rumah aku.(sayangnya, aku tak sempat nak belajaq ilmu tu kat ayah aku)

Pada tahun 1999, ketika aku dalam darjah 3, ayah aku kena serangan jantung. Detik tu merupakan detik hitam buat kami sekeluarga. Bermula saat tu, semuanya dah tak sama macam dulu. Ayah selalu terpaksa ulang alik ke hospital. Dari hospital seberang perai Sampailah IJN(institut jantung Negara) dan HUKM(hospital university kebangsaan Malaysia) sebab salah seorang kak aku adalah lecturer kat UKM.

Bila sampai tahap tu, ayah aku dah tak boleh nak banyak gerak, dan selalu sakit. Pernah sekali ayah aku melakukan pembedahan jantung kat IJN dan kami sekeluarga tinggal sementara di kawasan KL.

Lepas tu, ayah aku dah tak dapat nak pergi ke surau lagi. Asyik terlantar je. Tapi dia selalu suruh aku pi sembahyang kat surau. Kenangan yang paling aku tak boleh lupakan ialah saat ayah halau aku keluar dari rumah waktu maghrib semata-mata nak suruh aku pi solat maghrib kat surau. Masa tu aku malas nak pi sebab nak tengok katun doremon.

Saat2 terakhir ayah aku merupakan detik yang paling aku kesalkan seumur hidup. Masa tu aku baru darjah 5. Baligh pon belom lagi. Memang tak tau apa2. Masa tu, yang paling aku kesalkan ialah aku Cuma sempat baca yasin 2 kali jew semasa ayah sedang nazak.

Selebihnya? Aku pi main dengan kawan2..!!! aku juga tak bersama ayah semasa ayah menghembuskan  nafas yang terakhir. Dan malam tu pon aku boleh lagi pi main mercun ngan kawan2 walaupon jenazah ayah aku masih ada dalam rumah aku.

Masa tu, memang aku still tak mengerti. Apa yang aku paham ialah ayah dah meninggal dan aku dah bebas..!!! ye la. Ayah memang garang. Bila ayah tak ada, aku bermaharaja lela. sebab tu masa aku darjah 6, perangai aku teruk. Sebab tak ada siapa nak halang aku, even mak aku.

Tapi Alhamdulillah, aku telah ditempatkan di SMKA Al-Mashoor (L). Kat sini la aku ditarbiahkan balik. Perangai aku mula berubah balik. Tapi aku still tak rasa apa2 kat ayah sampailah aku nak ambik PMR. Semuanya bermula pada suatu malam, masa aku tengah study sorang2.

Tak tau pasai apa tapi tiba2 ja time tu aku teringat ayah. Tiba2 ja aku rasa rindu kat ayah walaupon masa tu dia dah pergi selama 4 tahun. Walaupon sebelom tu, aq tak rasa apa2. Rindunya aku kat ayah masa tu sampai aku menangis.

Masa tu aku baru sedar yang aku bukanlah seorang anak yang baik, apatah lagi anak yang soleh. Dan bermula saat tu, aku bertekad untuk berdoa untuk ayah dan mak setiap kali lepas solat. Dan kadang2 air mata aku akan menitis setiap kali aku baca “Allahummaghfirlana zunubana waliwaalidaina.....” selepas solat sebab teringatkan ayah.

Pape pon, dia dah pergi. Harapan aku semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Amen...



p/s : sayangilah dan hormatilah ayah anda. Sebelom terlambat....

3 comments: